ASM semua,

Di harap di dalam membincangkan islam hadhari, kita
lupakan persoalan yang membawa kepada titik-titik
perbezaan di antara kita.

Kita cari titik-titik pertemuan yang membawa perpaduan
di antara kita. 

mari kita renungi dan hayati kuliah di bawah ini yang
membincangkan mengenai pemimpin yang diperlukan di
dalam kepimpinan islam hadhari. Ia tidak merujuk
kepada mana-mana pemimpin, ia cuma memberi panduan dan
peringatan kepada pemimpin, bagaimanakah watak yg
diperlukan oleh pemimpin yang perlu di dalam islam
hadhari.

----------------------------------------------------

Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mengenali
Tuhan dapat membawa manusia kepada Tuhan. Mana mungkin
seorang pemimpin yang tidak merasai kehambaan dan
merasai bertuhan dapat menanamkan rasa tersebut di
hati manusia. Mana mungkin pemimpin yang hatinya lalai
dari mengingati tuhan boleh membawa hati manusia untuk
mengingati Tuhan.

Adalah mustahil pemimpin yang derhaka kepada Tuhan
dapat membentuk manusia lain untuk taat dan patuh
kepada Tuhan. Pemimpin yang tidak terdidik atau tidak
berupaya mendidik dirinya dengan iman dan taqwa, tidak
akan berupaya men-didik manusia kepada iman dan taqwa.

Pemimpin yang gagal mendudukkan nafsunya pasti gagal
untuk membawa manusia lain menundukkan nafsu mereka.
Pemimpin yang zalim tidak akan mampu menjadikan
rakyatnya berlaku adil. Pemimpin yang bengis, keras,
kasar, pemarah,  dan sombong pasti tidak mampu membawa
kasih sayang dan menyatupadukan manusia.

Dalam apa keadaan pun pemimpinlah yang mesti
mendahului orang lain dalam berbuat, barulah kejayaan
bakal terjadi kepada orang lain. Hatta pemimpin
perompak dan penyangak sekalipun, dirinyalah yang
terlebih dahulu patut memiliki  kepunahan akhlak
paling teruk. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak layak
menjadi pemimpin kepada mereka yang jahat dan rosak
akhlak seperti dia.

Betapalah untuk menjadi pemimpin yang baik yang
bercita-cita dan mahu mencetuskan kebaikan kepada
manusia. Yang mahu melihat manusia menjadi baik,
mengenali Tuhan, hidup bersyariat, berkasih sayang,
bersatu padu dan bertolong bantu. Pemimpin yang hendak
membentuk manusia soleh, maka dirinya mesti memiliki
ciri-ciri super soleh. Pemimpin yang bercita-cita
membawa hati manusia merasa bertuhan, maka hatinya
sendiri mestilah berada pada tahap keupayaan menjadi
penghubung kepada Tuhan.

Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri
kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang
yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi
pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang
yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam
soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah
siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah
menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.

Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan
selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin
oleh Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta
pemimpin pilihan Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak
rasul. Antara kedua-dua pemimpin ini, yang berwatak
rasul saja yang layak memimpin seluruh kehidupan
manusia, walaupun tidak salah untuk manusia mengikut
pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana para nabi dan
pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di bidang ibadah
dan akhlak sahaja.

Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi
tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama
didahulukan telah memberi tunjuk ajar kepada diri
sendiri. Mesti mampu mendidik diri, mampu menundukkan
nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu
menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan
minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan rumahtangga.
Manusia terjamin selamat di bawah naungan Pemimpin
super model ini. Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini
sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang
tanggung. Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan
mindanya Tuhan yang ajarkan dalam bentuk ilham atau
firasat. Strateginya tepat kerana ilham dari Tuhan.
Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan,
keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuh-nya Tuhan
yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu.
Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi
menjadi dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan
menjadi reda. Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi
kendur. Hati menjadi lembut dan lunak serta mudah
menerima kebenaran dan kebaikan. Hati yang degil
menjadi luntur. Maksiat dan kemungkaran menurun kerana
hati-hati manusia turut terproses dengan sendiri.
Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak di
luar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad
dengki mengongkong mereka lantas menolak kebenaran
yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa
seperti ini.

Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa
pemimpin inilah akhirnya yang beroleh kemenangan,
kerana Tuhan kehendaki mereka menang. Tiada kuasa yang
berupaya menembusi kuasa Tuhan. Musuh nya Tuhanlah
yang menumpaskan kerana Tuhan kehendaki yang batil dan
pemimpin zalim itu tumpas.

Pemimpin zalim di zaman mana pun, sejarah telah
mem-buktikan yang dengan bukti sejarah itu wajar
dijadikan iktibar, bahawa akhirnya mereka kecundang.
Betapa gagahnya Firaun, Qarun, Hammad, Namrud, Abu
Lahab, Abu Jahal, Al Walid bin Mughirah, kuas empayar
Rom dan Parsi, keutuhan Kota Konstantinopal, semuanya
kecundang di tangan pemimpin kebenaran. Sejarah pasti
berulang.

Watak zaman kebangkitan Islam kali kedua ini sama saja
dengan watak zaman kebangkitan Islam yang pertama,
terutamanya Tuhan benar-benar campurtangan dalam
memenangkan pemimpin kebenaran hingga menuju ke zaman
ummah. Mana-kala sebaliknya, Tuhan juga benar-benar
campurtangan dalam melenyapkan pemimpin palsu yang
membawa kebatilan dan kezaliman. Inilah zamannya yang
mana sejarah itu sedang berulang dan sedang berlaku.
History is in the making.

--------------------------------------------------

wallahu a'lam.




                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - 250MB free storage. Do more. Manage less. 
http://info.mail.yahoo.com/mail_250





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/O2aXmA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke