--- Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> UMNO MINTA FATWA TENTANG KELAB MALAM
>
>
> ROSLAN SMS
>
> The Syariah must be clear for the public. Many are
> asking if it is illegal to go to the nightclub. If
> it is illegal, JAWI should announce it.
>
> Undang-undang Syariah mestilah jelas kepada umum.
> Ramai yang bertanya adakah salah untuk mengunjungi
> kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI patut
> mengisytiharkannya.
>
> Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO Wanita
> Umno Malaysia yang juga selaku Pengerusi Majlis
> Perundingan Wanita Islam sebagaimana yang terkandung
> di dalam THE MALAY MAIL hari ini.
>
>
>
> Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI
> yang menyerbu sebuah kelab malam di KL baru-baru ini
> dan menahan hampir 100 orang pengunjung Islam yang
> mana 50 peratus terdiri daripada wanita.
>
> Ramai masih mempersoalkan samada benar ataupun tidak
> para pegawai JAWI pada malam tersebut telah
> bertindak kasar dan diluar batasan kuasa mereka.
> Setakat ini kenyataan dan aduan hanya diperolehi
> dari mangsa ataupun tertuduh yang ditahan.
> Termasuklah pimpinan Umno yang kononnya
> mempertahankan hak tertuduh. JAWI sendiri tidak
> mengeluarkan sebarang kenyataan.
>
> Kini status kedudukan kelab-kelab malam pula yang
> dipersoalkan oleh pimpinan Umno. Saya rasa sebelum
> JAWI mengeluarkan kenyataan kita boleh tanya siapa
> sahaja yang tinggal dan berada di KL termasuklah
> Shahrizat, Azalina dan Kamelia sendiri bagaimanakah
> rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di KL
> sebenarnya?
>
> Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata
> menghidangkan arak dari pelbagai jenis. Muzik barat
> samada secara LIVE ataupun dimainkan oleh DJ
> berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan
> selitan muzik video yang biasanya memaparkan adengan
> separuh lucah. Dan kelab-kelab ini menggalakkan
> percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari dan
> bersuka-ria secara bebas tanpa batasan dalam suasana
> muram dan separuh gelap. Semakin malam membuta
> kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat
> sehinggalah menjelang subuh.
>
> Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis Perundingan
> Wanita Islam kononnya masih mahu bertanya samada
> salah ataupun tidak dari segi syarak mengunjungi
> kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan Konsert
> Sureheboh TV3 pun Mufti Perak mengharamkan inikan
> pula kelab-kelab malam di KL! Aduhai sesat dan
> menyesatkan sahaja baunya.
>
> Nampaknya semakin hari semakin keliru jadinya
> pimpinan ISLAM HADHARI, gerun memikirkan nasib dan
> masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang
> seumpama ini, mudah-mudahan Allah swt melindungi
> kita dari angkara melampau mereka.
>
>
>
>
> KUNJUNGI http://n32.blogspot.com/
> posted by Roslan SMS 11:12 PM
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
___________________________________________________________
How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail
gives you 250MB! Get Yahoo! Mail http://uk.mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/O2aXmA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/