Betullah...saya sokong 100% pendapat shbt kita sdr Roslan. Sy ni takdela nak menyokong mana2 parti politik tapi sy sokong Pak lah. Cuma org2 Pak Lah ni yg x tau nak bercakap dan nak beri pendapat....kengkadang diorang ni mcm nak memalukan diri sendiri bila bercakap....org kata bercakap tanpa ilmu jadi mcm tulah...nak bercakap tentang perkara2 yg menyentuh agama ni...janganlah ckp x tentu hala...tolonglahhh....tolonglah betulkan keadaan bangsa kita ni...kalau dah para pemimpin menyokong benda yg salah, apa daya kita org biasa ni nak menidakkan nya...sekadar boleh bercakap belakang je lah.....dah sah2 tpt2 tu tpt2 maksiat...arak ni, bukan org yg minum je yg salah...sumer org yg terlibat dlm membuat, menghidang, membeli, menjual, dan apa2 shj yg berkaitan, sama je dosanya....lagi nak tanya kelb mlm tu salah le tak?kalo dah yg pegi sana separuh bogel, berpeluk2 laki pompuan, tgk screen besar tepampang aksi2 yg bukan2 lakonan org2puteh sana, terkinja2 tak tentu hala...of course la tpt tu berdosa utk kaum kita pergi especially anak2 dara ni.....kdg2 rasa nak gelak tgk anak2 org kaya dan VVIP kita yg tertangkap dok beri kenyataan dlm paperlah, semlm dlm melodilah....diorang ni tak tau apa nak jadi...kita sumer ada buat salah...dah buat salah tu diam2 je lah kat belakang...x payah nak salahkan org tu org ni, sebab bila diorang ni bercakap mcm x tau lgsg basic2 agama ni....siap dapat sokongan makbapak lagi kononnya....kalau dah pakai jeans & top je tanpa lengan, apa hukumnya dlm Islam?takkan itu pun x tau....kalo pakai baju kurung bertudung singkat tak tutup dada pun dah salah, inikan pulak pakai mcm yg si Jeslina tu ckp....mmg la kat Malaysia ni kita terlepas dari hukumannya cik Jeslina oiiii...tapi hukum Allah tetap hukum Allah...aurat kalo dah terbukak byk mana pun tetap berdosa....perangai diorang yg cuba buat press statement, press conference semata2 nak tutup aib sendiri ni sebenarnya membuka segala pekung diorang, bak kata org, "tepuk air dlm dulang, terpercik ke muka sendiri..."...x faham betul apa didikan yg telah diberi kpd org2 mcm ni...sampai nak bercakap pun tak boleh fikir betul salah, baik buruk...apalagi lah agaknya perbuatan mrk...insaflah semua....kami2 ni mmg la tak seperfect mana, tapi kalau kita buat salah, sah2 secara terbuka, mengaku sajalah....saya bukan apa...kita hidup ni bermasyarakat....bala dari Allah tu pulak bukan nya kena pada org yg buat tu aje, tapi akan ditimpa kepada masyarakat sekeliling yg bersubahat juga......kami yg tak clubbing mcm you all tak berniat lgsg utk bersubahat dgn korang, tapi kami amat takut dgn balasan Allah yg Mahakuasa....Tsunami dah beri petunjuk, tak perasan lagi ke petunjuk yg sebesar itu?? Saya berckp ni bkn nak kenakan org2 lain, tapi dlm masa yg sama utk diri sendiri juga....Buat Jeslina dan geng2 dia (anak2 org ternama katanya tu...) jomlah sama2 kita muhasabah dan cuba berubah sempena tahun Baru Islam ni...berhijrah lah kita bersama2.....
syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

--- Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> UMNO MINTA FATWA TENTANG KELAB MALAM
>
>
> ROSLAN SMS

> The Syariah must be clear for the public. Many are
> asking if it is illegal to go to the nightclub. If
> it is illegal, JAWI should announce it.
>
> Undang-undang Syariah mestilah jelas kepada umum.
> Ramai yang bertanya adakah salah untuk mengunjungi
> kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI patut
> mengisytiharkannya.
>
> Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO Wanita
> Umno Malaysia yang juga selaku Pengerusi Majlis
> Perundingan Wanita Islam sebagaimana yang terkandung
> di dalam THE MALAY MAIL hari ini.
>
>
>
> Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI
> yang menyerbu sebuah kelab malam di KL baru-baru ini
> dan menahan hampir 100 orang pengunjung Islam yang
> mana 50 peratus terdiri daripada wanita.
>
> Ramai masih mempersoalkan samada benar ataupun tidak
> para pegawai JAWI pada malam tersebut telah
> bertindak kasar dan diluar batasan kuasa mereka.
> Setakat ini kenyataan dan aduan hanya diperolehi
> dari mangsa ataupun tertuduh yang ditahan.
> Termasuklah pimpinan Umno yang kononnya
> mempertahankan hak tertuduh. JAWI sendiri tidak
> mengeluarkan sebarang kenyataan.
>
> Kini status kedudukan kelab-kelab malam pula yang
> dipersoalkan oleh pimpinan Umno. Saya rasa sebelum
> JAWI mengeluarkan kenyataan kita boleh tanya siapa
> sahaja yang tinggal dan berada di KL termasuklah
> Shahrizat, Azalina dan Kamelia sendiri bagaimanakah
> rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di KL
> sebenarnya?
>
> Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata
> menghidangkan arak dari pelbagai jenis. Muzik barat
> samada secara LIVE ataupun dimainkan oleh DJ
> berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan
> selitan muzik video yang biasanya memaparkan adengan
> separuh lucah. Dan kelab-kelab ini menggalakkan
> percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari dan
> bersuka-ria secara bebas tanpa batasan dalam suasana
> muram dan separuh gelap. Semakin malam membuta
> kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat
> sehinggalah menjelang subuh.
>
> Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis Perundingan
> Wanita Islam kononnya masih mahu bertanya samada
> salah ataupun tidak dari segi syarak mengunjungi
> kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan Konsert
> Sureheboh TV3 pun Mufti Perak mengharamkan inikan
> pula kelab-kelab malam di KL! Aduhai sesat dan
> menyesatkan sahaja baunya.
>
> Nampaknya semakin hari semakin keliru jadinya
> pimpinan ISLAM HADHARI, gerun memikirkan nasib dan
> masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang
> seumpama ini, mudah-mudahan Allah swt melindungi
> kita dari angkara melampau mereka.
>
>
>
>
> KUNJUNGI http://n32.blogspot.com/
> posted by Roslan SMS 11:12 PM
>
>
>
>            
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
>  Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'


     
     
           
___________________________________________________________
How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail
gives you 250MB! Get Yahoo! Mail http://uk.mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke