Pendatang asing: Siasat segera Pengerusi Eksekutif MKland
Friday, February 18 @ 15:54:41 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Pusat Gerakan Reformasi Malaysia (Pager) menggesa kerajaan menyiasat segera Pengerusi Eksekutif MkLand Holding, Tan Sri Mustafa Kamal Abu Bakar berikutan dakwaan sindiket membawa pekerja asing tanpa izin ke Malaysia.

Pengarah Pager, Badrul Hisham Shaharim berkata, pada 7 Februari 2005, yang lalu beliau bersama beberapa aktivis reformasi dan pemimpin Angkatan Muda Malaysia telah mengiringi Saharuddin Adnan yang membuat laporan Polis bagi pihak Labour Resource Centre (LRC).

Kata Badrul, laporan Polis dengan nombor (Sg. Buluh / 001311/05) dibuat pada jam 2.39 petang, 14 Februari lalu di Balai Polis Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan kepada Harakahdaily dalam mengulas laporan polis yang dibuat pihaknya terhadap Mustafa Kamal.

Katanya, laporan itu dibuat ke atas Mustapha Kamal kerana didakwa terlibat mengambil sekurang kurangnya 90 orang pekerja asing tanpa izin untuk melakukan kerja pembinaan di Tapak Pembinaan Damansara Damai dan jelas bertentangan dengan Akta Imegresen 1959 / 63 (Pindaan 2002).

Menurut Badrul, jika disabit kesalahan pihak terbabit akan didenda hingga RM 50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Sementara jika kesalahan melibatkan lebih lima buruh asing maka majikan juga boleh disebat tidak lebih enam sebatan.

Ujar Badrul Hisham, perkara tersebut merupakan perkara serius kerana kemasukan buruh asing tanpa izin di negara ini merupakan masalah yang lama berlarutan.

"Ia kelihatan seperti sindiket yang begitu terancang. Maka ini peluang pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

"Tangkap dan siasat Mustafa Kamal. Cari dari mana beliau mendapatkan sumber tenaga asing tanpa permit tersebut dan mungkin ini dapat mendedahkan sindiket dan dalang di sebaliknya,"tegas Badrul Hisham.

Selain itu kata Badrul Hisham, Pager berpendapat kes ini juga menjadi kayu pengukur adakah kerajaan benar�benar serius dalam melaksanakan hukum seperti hukuman sebat ketas majikan.

Menurut Badrul Hisham, isu membabitkan MKLand itu terbongkar apabila tenaga buruh asing yang diambil MkLand tidak dibayar upah.

Tambahnya, setelah kerja mereka hampir siap, mereka dihalau dan kediaman (rumah kongsi) dipecahkan.

Bagi Pager katanya, tindakan tersebut satu bentuk kezaliman yang bertentangan dengan hak asasi manusia.

Justeru kata Badrul Hisham, jika kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap perkara aduan tersebut, maka kerajaan seolah-olah membenarkan Malaysia dilabel masih mengikftiraf aktiviti 'hamba abdi'. - mks.


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor

Get unlimited calls to

U.S./Canada



Yahoo! Groups Links

Kirim email ke