|
JENAMA SOSEJ CAMPUR USUS BABI IALAH MULLER, AZMY,
SAUDI, PRIMA...DISAHKAN OLEH PPIM. TOLONG SEBARKAN KEPADA MUSLIMIN DAN
MUSLIMAT
TQ
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, March 15, 2005 3:14
PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Sosej
usus babi
Edisi Nasional: Sosej usus babi
Oleh Jamilul Anbia Md Denin dan Muhd Izawan Baharin [EMAIL PROTECTED] SELAYANG: Pihak berkuasa membongkar kegiatan sebuah kilang memproses
daging sosej yang dikesan menggunakan usus haiwan disyaki babi sebagai sarung
sosej.
Kilang berkenaan turut didapati
menggunakan logo halal palsu pelbagai jabatan agama pada bungkusan
produknya.
Sosej yang dikeluarkan syarikat pengilang bukan Bumiputera
itu diedar secara meluas ke beberapa pusat beli-belah terkemuka tanpa disedari
pengguna Islam.
Hasil siasatan mendapati pemilik kilang terbabit turut
membekalkan hampir 4,000 sosej setiap hari kepada restoran di sebuah pasar
raya terkenal di Damansara.
Kegiatan itu didedahkan Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapati kilang yang membekalkan sarung sosej
berkenaan syarikat sama yang turut memproses produk berasaskan daging
babi.
Penyelaras Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata
Bahagian Siasatan PPIM yang melakukan risikan sebelum ini mendapati kilang
terbabit mendapatkan bekalan sarung sosej diperbuat daripada usus haiwan
daripada sebuah syarikat yang beroperasi di Subang Jaya.
Menurutnya,
pihaknya pernah menyamar sebagai wakil pengilang untuk membuat tempahan sarung
sosej terbabit dan syarikat itu mengakui produk itu diperbuat daripada haiwan
yang haram dimakan umat Islam.
Perkara itu terbongkar selepas
pemeriksaan lebih empat jam oleh 15 pegawai Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais), Jabatan Kesihatan negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan PPIM di kilang memproses daging sosej dan
kilang membuat sarung sosej berkenaan, di sini, semalam.
Dalam serbuan
kira-kira jam 10 pagi itu, pengilang sosej yang berusia lewat 50-an gagal
menjawab soalan berhubung sarung sosej yang digunakan.
Malah, puluhan
bungkusan berisi kulit usus terbabit yang siap digaram tidak mempunyai label
pengeluar pada tongnya, menyebabkan ia disyaki usus babi mentah yang sudah
dibuang lemak.
“Tambah mengejutkan apabila Jabatan Perkhidmatan Haiwan
sebelum ini mengesahkan tiada syarikat luar negara yang diiktiraf dan disahkan
halal oleh pihak berkuasa negara ini bagi membekalkan sarung sosej berasaskan
organ haiwan.
“Oleh itu kita mengesyaki ada sesuatu tidak kena di
kilang sosej terbabit. Malah, kebanyakan pengguna terpedaya apabila pengeluar
sewenang-wenangnya melekatkan label halal Majlis Agama Islam Selangor dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bungkusan produk,” katanya.
Menurutnya, sarung sosej yang dihasilkan daripada bahan protein haiwan
pada amnya sukar ditentukan halal haramnya kerana selepas haiwan disembelih,
kulit usus atau bahan mentah yang diproses menjadi sarung sosej akan melalui
satu proses lain yang memerlukan teknik tertentu di kilang berlainan dari
rumah penyembelihan.
“Setiap sarung sosej yang dihasilkan memerlukan
bahan mentah yang banyak. Kemungkinan bahan mentah daripada haiwan yang
disembelih akan bercampur dengan bahan mentah haiwan tidak disembelih adalah
tinggi.
“Perkara ini menimbulkan tanda tanya berikutan tiada kilang
mengeluarkan usus halal di negara ini. Pengguna Islam perlu dijelaskan
berhubung keraguan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan
dan Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) Selangor, Mohamad Sopa Sarjan, berkata pihaknya mengambil tindakan
tegas terhadap pengilang terbabit atas kesalahan menggunakan logo halal Jais
yang sudah tamat tempoh pada 28 Januari 2004.
Menurutnya, pengilang
terbabit turut menggunakan logo halal palsu Jakim serta satu logo halal lain
yang salah ejaan dalam tulisan jawi pada kotak, label pelekat dan bungkusan
plastik.
“Pengilang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 Akta
Perihal Dagangan 1972 kerana kesalahan menggunakan nama agensi kerajaan tanpa
kebenaran yang boleh didenda RM250,000.
“Hasil serbuan itu KPDNHEP
merampas kotak, pelekat selain 115 kotak sosej yang sudah siap dibungkus,”
katanya.
Susulan serbuan pertama itu, pihak berkuasa turut membuat
rampasan produk berkenaan di sebuah lagi kilang pengeluar barangan makanan
yang menggunakan sijil halal tamat tempoh di Selayang.
Hasil siasatan
mendapati kilang itu masih menggunakan logo halal walaupun tempohnya sudah
tamat pada 28 Januari tahun lalu.
Berikutan itu, pihak berkuasa
merampas 95 kotak sosej yang dianggar bernilai RM23,750 serta menyita kilang
terbabit selama dua minggu.
Siasatan juga mendapati, kilang itu
mengedarkan produk keluaran mereka di beberapa pasar raya dan hotel terkemuka
di Lembah Klang.
“Satu serbuan turut dilakukan di restoran di sebuah
pasar raya dipercayai mendapat bekalan daripada kilang terbabit dan kami
merampas 60 kotak berisi sosej bernilai RM14,425,” katanya.
Pengerusi
Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk
Abdul Rahman Palil, yang turut serta dalam operasi itu berkata, pemeriksaan
mendapati kedua-dua kilang terbabit menggunakan logo halal tamat tempoh dan
sudah ditarik balik kebenarannya oleh majlis agama.
“Penutupan selama
dua minggu itu akan membolehkan pemantauan lanjut dibuat,” katanya kepada
pemberita selepas serbuan ketiga diadakan di sebuah pasar raya di
Damansara
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
-- This message
has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean. Disclaimer: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Queries: Postmaster
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|