Sebagai menjawab kenyataan Pak Abu, saya agak sedikit kecewa lah sebab
Pak Abu mengeluarkan kenyataan tentang citarasa seseorang. Apa salahnya
jika dia (salah seorang ahli jemaah yg Pak Abu maksudkan) meletakkan
perkataan dan logo Mitsubishi pada keretanya, lagi pun tuan kereta
tersebut tidak berkongsi wang utk membeli atau menyelenggara keretanya
dengan Pak Abu. Satu hal lagi berkenaan dengan kereta jenama luar yg
terbukti kukuh dari segi design dan ketahanannya, tidak salah bg pemandu
tersebut menyukai jenama atau barangan buatan luar. Contohnya saya
sendiri menggunakan kereta jenama tempatan yg dianggap 'hebat' kononnya,
tp belum sampai sebulan dah ada problem, itu ini dan mcm mcm perkara yg
memerlukan duit utk membaikinya, bukan nak hina barangan buatan sendiri
tp itulah hakikat. Sekarang saya mmg cukup beringat bila mana utk
membeli barangan buatan tempatan yg gah pd nama tp hancur dari segi
ketahanan. Kecewa saya Pak Abu, cuba kalau kena atas batang hidung Pak
Abu, mungkin belum jadi abu tp baru api nak naik...
Dan Pak Abu jangan sama kan citarasa seseorng dengan makanan yg sekarang
ni sibuk ttg sosej yg tidak halal. Saya juga respect pada Pak Abu yg
dilahirkan sebagai anak watan yg patriotik tp jgn terlalu melekehkan
barangan buatan org di saat barangan kita dianggap baik atau elok TAPI
mcm hampeh...

Dari Pak Kayu Api...





-----Original Message-----
From: asab02 [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Sunday, March 20, 2005 7:59 PM
To: [email protected]
Subject: Bismillah [hidayahnet] Minda Melayu Selera Melayu




Jumaat lepas semasa turun masjid setelah selesai solat Jumaat saya 
melewati sebuah kereta salah seorang ahli jemaah. Pada bahagian 
bawah pintunya tertulis perkataan dan logo kereta Mitsubishi yang 
cantik dan kemas. Setelah meneliti kereta itu didapati ianya bukan 
kereta jenis Mitsubishi. Kereta itu sebenarnya kereta nasional Gen 
2. Setelah melewati bahagian depan saya lagi terkejut kerana logonya 
diganti dengan logo Toyota. Kata hati saya inilah cita rasa Melayu. 
Nak kata tuannya tak patriotik pun tidak kerana dia beli kereta 
nasional. Desain kereta ini hebat agaknya baginya. Kalau tidak 
kenapa dia tak kereta Mitsubishi atau Toyota saja. Tapi nampaknya 
dia tidak boleh terima jenama tempatan. Yang penting baginya mesti 
jenama luar baru ada class! Demi Allah ini cerita benar yang saya 
lihat. Sekarang sama-sama kita renungkan apa beza dengan cerita 
sosej usus babi. Makan roti canai ada kelas? Makan nasi lemak ada 
kelas? Makan tose ada kelas? Tidak. Yang ada kelas ialah makan 
burger, hotdog, makaroni, pizza, cis, dan sebagainya. 

Saya dilahirkan sebagai anak kepada pejuang kerana arwah saya aktif 
menyokong kemerdekaan. Saya anggap diri saya anak merdeka kerana 
saya dilahirkan tahun 1952 dan semasa tahun 1957 saya juga 
melaungkan 'Merdeka' walaupun masa itu saya tak mengerti apa-apa. 
Saya amat benci penjajah dan penjajahan. Tapi saya amat tidak faham 
kenapa minda orang-orang muda Melayu sekarang begitu mudah dijajah. 
Selera mereka juga mudah dijajah. Jawapan kepada kehairanan ini 
ialah kejahilan mereka. Jahil, bodoh, dungu dan berapa jenis adik-
beradik istilah ini subur dalam roh mereka kerana malas cari ilmu. 
Usahkan ilmu agama yang boleh disangkah oleh orang-orang seperti 
Just Lee Na, ilmu fasal makanan pun mereka jahil. Tahukah saudara-
saudara bahawa daging hancur (burger/sosej-hotdog), peanut 
butter, kulit roti dan kerak nasi atau makan hangus seperti pizza, 
minuman dalam tin dan sebagainya ialah pembunuh senyap dan punca 
kepada sebahagian dari penyakit kenser. Saya akan menulis bukti 
saintifik mengenai dakwaan ini esok.

Sekian. Terima kasih.
Pak Abu,
Sg. Petani.
http://www.asabart.com










------------------------------------------------------------------------
--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".  
Yahoo! Groups Links



 









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke