|
Assalamualaikum,
First, saya minta maaf mencelah.
Jawapan untuk En [EMAIL PROTECTED] First Islam itu mudah dan
memudahkan. Banyak persoalan yang En. tanya. Saya try my best untuk beri
pendapat saya berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.
1) ASB dalam kes ASB ni ada
perbezaan pendapat dikalangan ulama2. ada yang kata haram, ada yang kata harus,
ada yang kata syubhat dan ada yang kata halal. JIKA betul
ada pelaburan yang ke kaunter2 haram, maka tak syak lagilah memang ada unsur
haram. TETAPI keputusan terakhir ada ditangan peserta lah.
Terpulang pada beliau untuk berpegang pada mana2 pandangan ulama. TETAPI pada
pandangan saya, LEBIH baik kita ambil the safest way, to
avoid it. Daripada kita tanggung risiko makan duit haram atau syubhat, baik kita
melabur kat bon2 islam atau insuran2 islam atau di bank2
islam.MANAKALA tentang MENYUCIKAN pelaburan dengan DISEDEKAHKAN, setahu saya
salah tu. Benda haram tetap haram, dah kita tak akan dapat
pahala dari perkara kebaikan yang kita buat hasil dari benda haram. Dan biasanya
duit2 haram (interest) kita boleh beri kepada baitul mal (DAN DECLARE DUIT
HARAM). Mereka akan gunakan untuk perkara2 macam repair jalan
dan sebagainya.
2) Insuran Konventional ada few
reason kenapa jatuh hukum haram. antaranya AKAD JUAL BELI,
INTEREST, TEMPAT DILABUR dan sebagainya (Dah diterang oleh saudara
Khalid). cuma saya nak tambah sikit. Mungkin ada yang kata
'konventional pun pakai islamic rules jugak, ada penasihat
syariah'. Saya cuma nak ajak kita berfikir, kalau kita pergi ke
kedai untuk beli ayam. ada banyak ayam yang dah dipotong, seekor
tak sembelih dan seekor disembelih dan potong kecil2 dan campur gaul bersama.
kita boleh bezakan tak yang mana halal(disembelih) dan yang
mana tak? Macam tu jugak duit... katakan syarikat konventional
tu declare invest dalam counter islamic.. ADAKAH duit pampasan yang kita terima
tu betul2 hasil dari keuntungan kaunter islamic? OR adakan dia guna
duit dari untung syarikat haram? Siapa tahu? Then adakah Duit keuntungan
(dividen) yang kita dapat tu dibayar dengan duit dari syarikat haram? atau duit
untung dari kaunter syariah? TYhen adakah syarikat simpan duit2
keuntungan dari kaunter syariah dan dari kaunter haram dalam akaun yang sama
atau berlainan? Semua tu kita kena take into considerationlah kalau
betul kita nak jaga family kita dari makan duit haram. sebab benda tu
nak jadi darah daging... nak kuat kan kita agar boleh beramal. bayangkan kita
bergerak hasil dari benda haram. padahal option halal ada. Manakalau
tentang majlis penasihat, Kuasa yang ada pada mereka cuma untuk NASIHATkan
sahaja. tak lebih.. terpulang pada management (yang mostly non muslim)
untuk buat keputusan...wallahualam
3) Saya tak nafikan ada kes2 dimana institusi
kewangan islam tersalah invest ke dalam kaunter/syarikat
haram. tapi itu ada beberapa sebab: 1.
penyelewengan perseorangan 2. Kesalahan fakta semasa
kajian Bagi kes penyelewengan, kita kena yakin,
ALLAH maha tahu, maha adil. Allah tak akan berlaku zalim. Kita SUDAH BERUSAHA
untuk elakkan perkara haram jadi, berserah lah pada
ALLAH. banyakkan bersedekah. LAIN LAH kalau kita tak berusaha eg: invest
ditempat yang tak jelas status halal yang sebenar.
Bagi kes kesalahan fakta. sama lah macam yang sebelumnya. kita dah berusaha dan
Allah penentu segala. Yang penting bila kita tahu salah, kita cepat2
perbetulkan. jgn duk rilek lagi.. duk
tunda2..
4) Untuk maklumat konsep insuran dalam islam,
insyaAllah ramai wakil2 insuran takaful, TERMASUK SAYA
:). kami bersedia untuk beri penerangan tentangnya.
(Saudara Khalid pun dah terangkan sikit).
Sekian wassalam. Munzir Ahmad 019 2184806
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan dan
kekurangan ilmu saya.
Jadi tolong perbetulkan.
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, April 06, 2005 10:41
AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ASB
dan Insuran - Diskusi
kemusykilan;
1. kalau takaful mengamalkan konsep tolong-menolong kenapa perlu ada
caruman? bukankah tolong menolong itu tak perlukan imbalan.
2. bagaimana dgn peroalan dalam satu perbuatan dua khima (tujuan ygkita
nak dpt dari perbuatan ini) misalnay membeli sambil menderma? apa yg sy tau
urusan itu tidak dibenarkan dlm ISLAM....kalau na membeli membeli bukan
menderma.
wassalam
Khalid Yahya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum,
konsep insuran islam ialah Takaful, Takaful tiada unsur gharar, riba'
dan judi.
Takaful pakai akad tolong menolong(tabarru' dan ta'awun) sedangkan
insuran konvensional pakai akad jual beli. Akad jual beli dalam insuran
konvensional adalah tidak sah ini adalah kerana sebarang jual beli perlu
ada:
1.pembeli
2.penjual
3. akad
4.barang
Dalam insuran konvensional syarat No 1,2,3 takda masalah yang
menjadi gharar ialah no 4 iaitu barang, dimana syarat barang ialah:
1. jumlah
2. tempat
3. tarikh
4. etc lupa lak
Barang yang dijual beli dalam insuran ialah barang tak nampak iaitu
polisi atau perlindungan(coverage), bila seseorang itu membeli insuran
polisi dia dah tahu jumlah cover yang akan diperolehi bila ditimpa musibah
contohnya mati: 50k, lumpuh,50k, sakit kritikal 40k dan etc. Jadi syarat no
satu tak ada masalah. Yang gharar ialah no 2 dan no 3 iaitu tiada siapa yang
akan tahu bila tarikh dan tempat akan mati,lumpuh atau sakit kritikal. Di
sinilah timbulnya gharar dalam akad jual beli insuran konvensional di mana
tak dapat memenuhi syarat jual beli dalam islam. Dalam Takaful pun memang
tiada siapa tahu bila dan tarikh musibah menimpa maka sebab itulah Takaful
tak pakai akad jual beli tetapi Takaful guna akad tolong menolong dan bantu
membantu. Untuk membantu dan tolong menolong tak ada syarat.
Dalam insuran konvensional, pelaburannya tidak jelas kerana tidak
memiliki majlis pengawasan syariah yang akan memantau pelaburannya. Oleh itu
ada syarikat insuran konvensional yang tak kisah melabur kat calsberg,
sport toto, genting etc. Takaful ada ahli majlis pengawasan syariah yang
akan memantau dari semasa ke semasa di mana pelaburan di lakukan. oleh itu
pelaburan takaful adalah halal dan tidak meragukan.
Dalam insuran konvensional sekiranya client tertunggak bayaran bulanan,
dan nak sambung balik, syaratnya bayar tunggakan beserta dengan interest,
sedangkan dalam takaful client hanya perlu membayar tunggakan tanpa caj
interest.
Dalam insuran konvensional lagi, selepas beberapa tahun menabung,
client dibenarkan buat personal loan,itu pun ikut kelayakkan, dan loan itu
tak ikut syariah sebab dia konvensional loan. Sedangkan dalam Takaful,
client tak perlu buat pinjaman tetapi boleh buat pengeluaran wang
simpanannya 30%,syaratnya lepas 5tahun menabung gan takaful.Kalau takaful
bagi keluar bila-bila masa maka tak sampai lah maksud nak menabung kerana
asyik keluar je. Yang bagus tu pulak tak yah bayar balik.
Dalam insuran konvensional tak keluar zakat. Sedangkan dalam Takaful
zakat dah siap dibayar macam kita simpan kat tabung haji.
Dan dalam takaful setiap bulan bila kita menabung tanpa kita sedar
sebenarnya kita telah bersedekah. Oleh itu tanpa kita sedar kita mengumpul
pahala sedekah kita. Kerana dalam takaful sebahagian dari duit yang kita
simpan di masukkan ke dalam tabung sedekah yang digunakan untuk membantu
semua peserta takaful. So sebenarnya sekiranya ada peserta takaful
meninggal/lumpuh/sakit kritikal tanpa kita sedar duit kita pun turut sama
membantu peserta tersebut.
Oleh itu pilihlah takaful kerana kita akan selamat dunia dan akhirat.
Sebelum Takaful wujud hukum menyertai insuran di istilahkan sebagai darurat
sebab tak ada alternatif, tetapi sekarang dah banyak syarikat takaful wujud
maka hukum memilih insuran konvensional bukan darurat lagi tetapi jatuh
kepada HARAM. in adalah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1972 hingga
sekarang masih belum berubah.
Sekiranya anda inginkan bantuan saya, dapatkan penerangan detail,
bolehlah hubungi saya ZAHARAH OTHMAN 012-3146454 atau email: [EMAIL PROTECTED] Saya bersedia
memberi penerangan kerana ianya adalah sebahagian daripada dakwah yang perlu
saya sampaikan.
Hindarilah insuran konvensional
[EMAIL PROTECTED]
wrote:
Assalamualaikum, Saya
nak mintak pendapat kengkawan berkenaan isu-isu di bawah. Harap mendapat
feedback bagi memahami lebih lanjut. 1) Adakah dividen dan pelaburan
ASB itu halal atau haram. Ada yang mengatakan haram kerana pelaburan ASB
itu termasuk melabur di kaunter kaunter yang bertentangan dengan ajaran
Islam seperti MAS (MAS ada jual arak dalam kapal terbang), MAGNUM dan
Genting. Ada jugak mereka yang melabur dan hasikl dividennya di
sedekahkan ke rumah anak yatim untuk "menyucikan" pelaburan tersebut. Ada
jugak yang menggunakan dividen itu untuk minyak kereta, pagar, cat
etc.....
2) Insuran konvensional - Ada pendapat yang menyatakan
dalam insuran konvensional yang ada "Projected Return" dan "guaranteed
return" Jadi projected return adalah sasaran dan tidak jatuh dalam riba
manakala "guaranteed return" adalah riba. Apa pendapat anda?
3)
Institusi kewangan Islam di Malaysia, pada tahap tinggi ada membuat
pelaburan pada tempat yang haram dan maklumat ini adalah rahsia dan jatuh
di bawah akta BAFIA...Adakah ini benar atau tidak? Maknanya dimana-mana
pelaburan islam pun akan bercampur dengan benda-benda yang haram seperti
riba, faedah etc..... Adakah benar fakta ini?
4) Ada tak sesiapa
dapat memberi maklumat mengenai Konsep Insuran dalam
Islam.....
Terimakasih kerana memberi pendapat
anda,..Wasalam....
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from
Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
begin:vcard n:Yahya;Mohamed Amrah fn:Mohamed Amrah
bin
Yahya tel;cell:0162094751 tel;fax:092951028 tel;home:092211105 tel;work:092330888 org:Elektrisola
(M) Sdn Bhd;IT adr:;;NO: 138, Taman Sri
Siantan;Bentong;Pahang;28700;Malaysia version:2.1 email;internet:[EMAIL PROTECTED] title:IT
Executive end:vcard
Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn
more.
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you
may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
"Senyum"
__________________________________________________ Do You
Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|