Betul akhie,

Insurance yang islamiy sebetulnya tidak ada, karena inti dari tolong menolong (takaful) adalah tanpa membebani (premi) kepada orang yg ditolong. Kalau kita buka Kitab Halal Haram dalam Islam karangan Yusuf Qardhawi, maka disitu dijelaskan kalau mau diadakan Insurance Islam, maka ada sekelompok orang mengumpulkan dana dan bersepakat jika salah seorang dari mereka celaka maka dana itu diberikan kepada ybs. Artinya, ini bukan bayaran premi yang mengikat, tetapi tabungan bersama sukarela dan tidak mengikat.

 

Tetapi yang terjadi pada Insurance konvensional atau Takaful yang mengaku Islamiy, sama saja yakni pembayaran premi yang mengikat nasabah. Disisi lain, Insurance ini mau dimasukkan kedalam jenis mana dari Syirkah yang diakui Islam; karena perdagangan yang diakui Islam hanya dua: jual beli barang (HP, rumah, komputer, dll) dan jual beli jasa (konsultan, karyawan, dokter, dll), sedangkan Insurance adalah jual beli JANJI yang tidak termasuk dari transaksi perdagangan Islam.

 

Dengan demikian Insurance ini transaksi bathil, meskipun mengaku Insurance syariah, tetapi  pada intinya tetap saja melanggar syari’ah. Kita yang mempunyai Mafahim terhadap Islam, seharusnya tidak terpengaruh dengan istilah syari’ah (Bank, bursa saham, insurance, pegadaian syari’ah) tetapi telitilah prosesnya terlebih dahulu apakah benar-benar sesuai dengan syari’ah atau lahan bisnis biasa yang berkedok syari’ah.

 

Rujukan:

  1. Halal haram dalam Islam, Yusuf Qaradhawi
  2. Nidzamul iqtishadi fil Islam, Taqiyuddin an-Nabhani

 

Wallahua’lam,

azh

 

-----Original Message-----
From: inspirasiku [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent
:
Wednesday, April 06, 2005 9:42 AM
To: [email protected]
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ASB dan Insuran - Diskusi

 

kemusykilan;

1. kalau takaful mengamalkan konsep tolong-menolong kenapa perlu ada caruman? bukankah tolong menolong itu tak perlukan imbalan.

2. bagaimana dgn peroalan dalam satu perbuatan dua khima (tujuan ygkita nak dpt dari perbuatan ini) misalnay membeli sambil menderma? apa yg sy tau urusan itu tidak dibenarkan dlm ISLAM....kalau na membeli membeli bukan menderma.

 

wassalam

 



Khalid Yahya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Assalamualaikum,

 

konsep insuran islam ialah Takaful, Takaful tiada unsur gharar, riba' dan judi.

Takaful pakai akad tolong menolong(tabarru' dan ta'awun) sedangkan insuran konvensional pakai akad jual beli. Akad jual beli dalam insuran konvensional adalah tidak sah ini adalah kerana sebarang jual beli perlu ada:

1.pembeli

2.penjual

3. akad

4.barang 

 

Dalam insuran konvensional syarat No 1,2,3 takda masalah yang menjadi gharar ialah no 4 iaitu barang, dimana syarat barang ialah:

1. jumlah

2. tempat

3. tarikh

4. etc lupa lak

Barang yang dijual beli dalam insuran ialah barang tak nampak iaitu polisi atau perlindungan(coverage), bila seseorang itu membeli insuran polisi dia dah tahu jumlah cover yang akan diperolehi bila ditimpa musibah contohnya mati: 50k, lumpuh,50k, sakit kritikal 40k dan etc. Jadi syarat no satu tak ada masalah. Yang gharar ialah no 2 dan no 3 iaitu tiada siapa yang akan tahu bila tarikh dan tempat akan mati,lumpuh atau sakit kritikal. Di sinilah timbulnya gharar dalam akad jual beli insuran konvensional di mana tak dapat memenuhi syarat jual beli dalam islam. Dalam Takaful pun memang tiada siapa tahu bila dan tarikh musibah menimpa maka sebab itulah Takaful tak pakai akad jual beli tetapi Takaful guna akad tolong menolong dan bantu membantu. Untuk membantu dan tolong menolong tak ada syarat.

 

Dalam insuran konvensional, pelaburannya tidak jelas kerana tidak memiliki majlis pengawasan syariah yang akan memantau pelaburannya. Oleh itu ada syarikat insuran  konvensional yang tak kisah melabur kat calsberg, sport toto, genting etc. Takaful ada ahli majlis pengawasan syariah yang akan memantau dari semasa ke semasa di mana pelaburan di lakukan. oleh itu pelaburan takaful adalah halal dan tidak meragukan.

 

Dalam insuran konvensional sekiranya client tertunggak bayaran bulanan, dan nak sambung balik, syaratnya bayar tunggakan beserta dengan interest, sedangkan dalam takaful client hanya perlu membayar tunggakan tanpa caj interest.

 

Dalam insuran konvensional lagi, selepas beberapa tahun menabung, client dibenarkan buat personal loan,itu pun ikut kelayakkan, dan loan itu tak ikut syariah sebab dia konvensional loan. Sedangkan dalam Takaful, client tak perlu buat pinjaman tetapi boleh buat pengeluaran wang simpanannya 30%,syaratnya lepas 5tahun menabung gan takaful.Kalau takaful bagi keluar bila-bila masa maka tak sampai lah maksud nak menabung kerana asyik keluar je. Yang bagus tu pulak tak yah bayar balik.

 

Dalam insuran konvensional tak keluar zakat. Sedangkan dalam Takaful zakat dah siap dibayar macam kita simpan kat tabung haji.

 

Dan dalam takaful setiap bulan bila kita menabung tanpa kita sedar sebenarnya kita telah bersedekah. Oleh itu tanpa kita sedar kita mengumpul pahala sedekah kita. Kerana dalam takaful sebahagian dari duit yang kita simpan di masukkan ke dalam tabung sedekah yang digunakan untuk membantu semua peserta takaful. So sebenarnya sekiranya ada peserta takaful meninggal/lumpuh/sakit kritikal tanpa kita sedar duit kita pun turut sama membantu peserta tersebut.

 

Oleh itu pilihlah takaful kerana kita akan selamat dunia dan akhirat. Sebelum Takaful wujud hukum menyertai insuran di istilahkan sebagai darurat sebab tak ada alternatif, tetapi sekarang dah banyak syarikat takaful wujud maka hukum memilih insuran konvensional bukan darurat lagi tetapi jatuh kepada HARAM. in adalah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1972 hingga sekarang masih belum berubah.

 

Sekiranya anda inginkan bantuan saya, dapatkan penerangan detail, bolehlah hubungi saya ZAHARAH OTHMAN 012-3146454 atau email: [EMAIL PROTECTED] Saya bersedia memberi penerangan kerana ianya adalah sebahagian daripada dakwah yang perlu saya sampaikan.

 

Hindarilah insuran konvensional

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamualaikum,
Saya nak mintak pendapat kengkawan berkenaan isu-isu di bawah. Harap mendapat feedback bagi memahami lebih lanjut.
1) Adakah dividen dan pelaburan ASB itu halal atau haram. Ada yang mengatakan haram kerana pelaburan ASB itu termasuk melabur di kaunter kaunter yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti MAS (MAS ada jual arak dalam kapal terbang), MAGNUM dan Genting.
Ada jugak mereka yang melabur dan hasikl dividennya di sedekahkan ke rumah anak yatim untuk "menyucikan" pelaburan tersebut. Ada jugak yang menggunakan dividen itu untuk minyak kereta, pagar, cat etc.....

2) Insuran konvensional - Ada pendapat yang menyatakan dalam insuran konvensional yang ada "Projected Return" dan "guaranteed return" Jadi projected return adalah sasaran dan tidak jatuh dalam riba manakala "guaranteed return" adalah riba. Apa pendapat anda?

3) Institusi kewangan Islam di Malaysia, pada tahap tinggi ada membuat pelaburan pada tempat yang haram dan maklumat ini adalah rahsia dan jatuh di bawah akta BAFIA...Adakah ini benar atau tidak? Maknanya dimana-mana pelaburan islam pun akan bercampur dengan benda-benda yang haram seperti riba, faedah etc.....
Adakah benar fakta ini?

4) Ada tak sesiapa dapat memberi maklumat mengenai Konsep Insuran dalam Islam.....

Terimakasih kerana memberi pendapat anda,..Wasalam....



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



begin:vcard
n:Yahya;Mohamed Amrah
fn:Mohamed Amrah bin Yahya
tel;cell:0162094751
tel;fax:092951028
tel;home:092211105
tel;work:092330888
org:Elektrisola (M) Sdn Bhd;IT
adr:;;NO: 138, Taman Sri Siantan;Bentong;Pahang;28700;Malaysia
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:IT Executive
end:vcard


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


 

"Senyum"

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke