|
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Sabtu 26 Mac 2005 Mengawasi Akhlak Masyarakat Entah apalah nasib umat ini, bertubi-tubi dihadapkan dengan masalah yang amat menguji jati diri dan kesabarannya. Belum reda isu perlakuan tidak senonoh remaja Islam yang mengakibatkan tekanan dari berbagai pihak kepada institusi Islam, JAWI, meletup pula isu penubuhan Suruhanjaya Antara-Agama (IFC). Belum reda isu IFC yang bakal campur tangan dalam hal ehwal Islam, timbul pula sosej bertanda halal yang mengunakan usus babi. Belum reda lagi isu darah-daging itu, timbul pula cadangan 50 NGO untuk mengkaji semula (baca: mansuhkan) enakmen, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan akhlak (moral). Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) memandang serius perkembangan-perkembangan yang seolah-olah mencabar pendirian kerajaan dan ketabahan umat. Jika 50 NGO itu mengatakan kawalan tidak berkesan untuk membenteras keruntuhan moral, adalah wajar mereka mengemukakan kaedah yang lebih berkesan. Hujah memansuhkan enakmen, undang-undang dan peraturan moral tidak munasabah kerana itu akan hanya membawa kepada perlakuan maksiat secara terbuka. JIM menyeru kerajaan agar bertegas untuk tidak memansuhkan enakmen, undang-undang dan peraturan ini kerana peranannya sebagai pertahanan terakhir (last defence) masih perlu walaupun kita meningkatkan usaha pendidikan dan penyemaian akhlak mulia. Malah JIM berpandangan usaha membina akhlak mulia perlu diperhebatkan kerana ia juga menjadi benteng yang menghalang dari perbuatan jenayah. JIM menyokong penuh pendirian ABIM yang akan menggerakkan usaha di kalangan NGO Islam dan umat untuk menentang usaha pemansuhan "undang-undang moral" ini. JIM juga berpandangan kenyataan kerajaan yang mengkehendaki operasi jabatan agama mendapat kelulusan pihak polis terlebih dahulu sebagai merendahkan martabat dan bidang kuasa penguasa agama. Beberapa tahun lalu pihak polis pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan memberi kerjasama dalam menguatkuasakan suatu enakmen yang telah diluluskan oleh DUN sebuah negeri di Pantai Timur. Oleh kerana itu tidak wajar polis diberi kuasa dalam isu ini. Lebih baik setiap operasi dirancang secara bersama. Zaid Kamaruddin Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
| ||||||||||||||||||||||||
