kalau ada kesedaran baru ada lonjakan pemikiran dan tindakan, orang putih kata paradigm syift.
sekarang ni identity melayu tu pun hampir hilang, teringat lagu WARISAN
 
'indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya, hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri....
 
nak cari kedai makan; habis warung pun tukang masaknya indon, hantar anak ke nursery lagi haru baby sitter 90% indon; maid pun 95% indon, buat rumah tak dapat indon dpt bangla..yg towkeh dia cina pulak.
 
dulu british bawa masuk india dan cina utk meraih keluar hasil kekayaan malaysia, now we are doing the same thing, tak lama lagi 100000 pakistani pulak nak masuk, soon susah nak cari orang melayu ramai dah mixed marriage agaknya, mana pegi orang melayu yang 50%++ penduduk malaysia ni?
cuba intai kat UNIVERSITY SERENTI- university yang paling banyak branch kat malaysia hampir semua state ada cawangan dia....tah bila nak pass students kat situ dok buat phd bertahun2 keluar masuk, kut thesis kena reject ke viva tak pass?
nak kata orang melayu tak nak mencuba ni dah terlebih cuba.
 
kalau dari sektor pekerjaan pulak nak kongsi cerita husband yang selalu kena interview cari pekerja baru. dia kata bukan tak nak tolong orang melayu sendiri tapi bila sampai kat dia english sepatah haram pun tak reti macam mana? kalau depan dia ada dua orang yang sorang speaking berabuk, sorang cakap melayu pun terketar2 nak ambil yang mana? company milik orang putih nak tolong bangsa sendiri atau nak tingkatkan produktiviti?
kadang2 dia pejam mata gak lepaskan satu dua, tapi bila dah kerja, suruh tulis report hancur....dia pulak kena baiki report tu...bukan nak mengagongkan bahasa inggeris...tak rugi belajar benda baru yang melayu phobia sangat..dia jadi one great advantage, u know more than others.
ni ada peralihan bahasa dari melayu ke inggeris utk mathematics dan sains, ramai yang lihat dari negative side, think positive kan bagus.
my own experience with ETEMS of course ada baik dan buruknya. yang baiknya lebih banyak dari yang buruk. at least we are forcing the students to learn english. memang ada perubahan especially di sekolah kampung2 yang dulu rata2 cikgu english kena ajar english dalam bahasa melayu. pelik? tak pelik cubalah intai. kalau dulu sebut 15 - fiveteen now dah boleh sebut fifteen.
kenapa bila sampai part bahasa selalu aja orang bangkang nak menjatuhkan bahasa ibunda etc..belajar bahasa arab tak ada pulak orang sebut. belajar bahasa apa pun..kalau pergi interview, rasa2 orang yang interview tu nak hire sape antara orang yang hanya reti cakap melayu or yang pandai banyak bahasa ni. my kids are learning arabic, as well as english and malay. sorang lagi tambah lagi japanese.
2bcont after this..

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya pun ada soalan untuk anjang. Kenapa Melayu selalu tanya apa yang kerajaan, agensi NGO ataupun individu lain buat atau nak buat untuk baiki nasib bangsa Melayu. Kenapa tak tanya apa yang individu Melayu itu sendiri buat atau nak buat untuk ubah & perbaiki diri sendiri & keluarga?
 
Kerajaan dah sediakan terlalu banyak peluang dan kemudahan. Berapa ramai Melayu yang sambar peluang? Takkan sampai makan pun nak harapkan orang suap? Berapa banyak tanah milik orang Melayu yang terbiar? Padahal pertanian itu boleh menjana ekonomi & pelbagai khidmat nasihat percuma & bantuan telah disediakan.
 
Sedarlah Melayu, kita tak boleh berharap pegawai Kerajaan datang mengetuk setiap pintu rumah Melayu "ada apa-apa masalah Encik, boleh saya bantu Encik, bantuan apa yang Encik perlukan?". Sebaliknya kitalah yang perlu panjat tangga pejabat kerajaan "Encik, saya ada tanah pusaka yang tidak diusahakan. Saya minat nak bertani tapi tak ada pengetahuan, bolehkan Encik bantu". Dari situlah, orang boleh bantu kita.
 
Masuk TV, keluarga daif, miskin. Keadaan rumah, masyaallah, bersepah. Adakah kemiskinan jadi alasan? Rumah tak terurus? Sekeliling semak samun? Sebagai orang Islam, bukankah kita mesti jaga kebersihan. Susunatur rumah kita yang buruk dan sempit agar sentiasa kemas dan sedap mata memandang. Bersihkan kawasan sekitar, cucuk ubi kayu, tanam pokok betik, tanam sayur pegaga, pokok cili, pokok terung, tomato. Ternak ayam 3,4 ekor. Makan pun tak cukup nak bagi ayam makan??? Pergilah kat kedai kopi kampung, minta sisa makanan untuk diberi kepada ayam-ayam tu. Bila bertelur, dapatlah makan telur. Tinggalkan 3,4 biji untuk dieramkan.
 
Kalau nak cerita panjang. 10 kertas kajang tak cukup. Fikir sendirilah.
 
Ingatlah, kalau setakat berlonggok kat kedai kopi, kat tepi jalan, kat egroup, hatta dimasjid sekalipun, tak ada apa keuntungan yang kita dapat.

"anjang bin awang awang"@yahoo.com wrote:
Cuma satu jea nak, tanya penulis yang dah berjalan sehingga 5 negeri. Apa
yang dilakukannya kearah membaiki nasib bangsa Melayu????????

>From: Rozali Abdullah Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] CUTI-CUTI MELAYU
>Date: Mon, 6 Jun 2005 01:22:10 -0700 (PDT)
>
>Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap orang Melayu di 5 negeri
>yang saudara lalui. Orang Pahang? Orang Pahang pemalas. Ini diperkaui
>sendiri oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. Katanya orang Melayu
>Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas kerbau banyak-banyak. Masa nak duit
>tangkap kerbau dan jual. Silap beliau cakap silaplah saya. Orang Kedah juga
>pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba cari kalau restoran dan kedai
>runcit Melayu. Yang ada cuma ada milik Melayu Mamak. Kalau ada yang
>berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit kedai makan ala Thai
>milik Melayu Pattani. Ini belum lagi bisnes lain yang lebih besar. Kalau
>ada pemaju Melayu mereka ambil tender sahaja lepas itu sub kepada
>kontraktor bangsa Cina.
>
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>wrote:good article to share!
>
>Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Bacalah kalau nak tahu.......
>CUTI-CUTI MELAYU
>
>Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti setelah beberapa minggu
>tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya, walaupun di hujung minggu.
>Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai cuti untuk memandu
>pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk berehat di Kuantan.
>Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat penatnya kerana
>penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan fikiran sambil
>menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis sebenarnya hanya ingin
>lari sekejap dari memikirkan soal kerja.
>
>Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak, bermalam di rumah
>saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang dan tinggal dua
>malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama sekali.
>
>Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating, terus ke Kuala
>Terengganu
>(PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui Jalanraya Timur Barat,
>tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL) untuk pulang ke
>rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa tempat sekadar untuk
>menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu dan ada kalanya penulis
>juga berhenti untuk membeli belah dan makan.
>
>Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan' pembangkang itu di
>sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang di Terengganu mengenai
>Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan" dengan 'penampilan
>khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah tajuk itu kerana penulis
>tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat rakyat yang menyokong
>golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa atau kemenangan dalam
>pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu menunjukkan yang memang itulah
>satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk berkuasa dan untuk
>menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan ke mana arah rakyat
>hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama, bangsa dan negara juga
>bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal menang! Penulis
>menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana mudahnya bangsa Melayu
>terpedaya oleh mereka.
>
>Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal politik sepanjang
>perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah ke dalam kepala
>penulis selama beberapa minit (terutama bila terlihat bendera UMNO lebih
>banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding beberapa jam
>perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu.
>
>Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang menyapa penulis di
>sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian penulis. Ini kerana
>loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan dengan penampilan
>dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan baju kurung lusuhnya dan
>tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil berbual dengannya dan
>juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu yang dia berbangsa
>Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta dengan lelaki
>Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus menetap di sini.
>
>Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang penulis ingin kongsi di
>sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi bahawa wanita
>Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea untuk mereka berniaga,
>membuka chalet dan juga menjual pakaian selain mengusahakan batik di
>kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong - sekadar untuk perubahan
>dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis terkenang betapa
>bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan taraf hidup sendiri
>tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya datang dari
>pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari pembelajaran,
>pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita tidak suka belajar,
>membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu bagaimana mungkin
>akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh mengubah keadaan hidup dan
>pemikiran?
>
>Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis berjumpa dengan
>sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin untuk mengumpul wang
>untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan mereka dengan wang yang
>hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang, adalah sekadar
>mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat negara orang. Penulis
>memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti ini, iaitu mengambil
>risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan rapi, tetapi sehingga
>kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis lihat ini penulis
>ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka bertanya apa penulis
>buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun, cerita penulis
>tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya mengundang pendapat
>bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk akal.
>
>Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi kebanyakan bangsa
>Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka tidak ingin mencari
>pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. Mereka impikan yang
>hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua, ingin sentiasa dalam
>keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana mencari pengalaman
>seperti sepasang pelancong tadi adalah gila. Meneroka hutan belantara,
>melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa hari tentulah lebih gila
>lagi.
>
>Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu mempunyai minat yang
>sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama ini jugalah yang
>diserapkan dalam pembelajaran, pekerjaan, agama serta politik kita.
>Mereka ingin ambil mudah, selesa dan kelihatan hebat.
>
>Dalam pelajaran, anak-anak Melayu hanya belajar dan menghafal apa yang
>di dalam buku, sedangkan persekitaran, pergaulan dan segala sesuatu yang
>terserap oleh pancaindera tidak dijadikan sumber pembelajaran juga.
>Mereka malas memikirkan tentang perkara yang tidak ada di dalam buku
>teks itu. Kerana itu, walaupun mereka cemerlang di dalam pelajaran,
>tidak bermakna mereka juga pandai dalam pergaulan, kehidupan dan
>pekerjaan.
>
>Dalam pekerjaan, orang Melayu inginkan yang mudah dan ingin menjadi
>ketua hatta kadangkala sijaga atau sikerani di jabatan kerajaan juga.
>Asal ada sedikit kuasa, sudah bongkak hingga tiada tara. Yang sudah
>menjawat jawatan tinggi tentulah lebih hebat lagi bongkaknya. Sedangkan
>hasil kerja tidaklah sampai ke mana. Inisiatif dan kreativiti juga tidak
>ada kerana terlalu sibuk menjadi ketua dan tidak mahu bekerja jauh
>sekali belajar melalui pekerjaan.
>
>Dalam agama, semua ingin terus mencapai ketinggian tanpa melalui asas
>pemahaman melalui mengkaji dan menganalisa. Semua ingin menghafal
>Al-Quran, tanpa melalui disiplin memahami wahyu. Akibatnya, ada yang
>berserban tetapi pengotor atau kaki perempuan atau ada yang hafal
>Al-Quran tetapi menjadi haruan makan anak.
>
>Dalam politik pula, semua inginkan wang atau kuasa tanpa ingin bekerja
>dan tanpa memahami dan menghayati apa-apa. Jiwa yang kosong itu langsung
>tidak memahami perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Susah payah dan
>penat lelah perjuangan pemimpin dahulu bukan cara kita kononnya. Itu
>cerita dulu, kata bangsa Melayu. Berjuang harus selesa, kononnya.
>Pejuang harus berada, kononnya. Tanpa keselesaan, tanpa jaminan, tiada
>siapa akan bertungkus lumus membantu dalam mempertahankan pemimpin
>negara dan juga negara. Padahal, perjuangan politik di zaman ini tak
>semestinya mahal dan susah. Yang menjadikan ia mahal ialah mentality
>seperti yang disebut tadi iaitu ingin kelihatan hebat, ingin selesa dan
>ingin ambil mudah.
>
>Inilah reality mentality kebanyakan Melayu, walaupun tak semua. UMNO dan
>PAS, sama saja. Dan perjalanan melalui 5 negeri di Malaysia itu
>memperlihatkan pemikiran bangsa kita dengan jelas sekali. Apabila
>memikirkan semua ini, penulis tertanya-tanya sendiri, apakah bangsa kita
>sudah tiada harapan lagi?
>
>--
>No virus found in this outgoing message.
>Checked by AVG Anti-Virus.
>Version: 7.0.322 / Virus Database: 267.3.3 - Release Date: 5/31/2005
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>Disclaimer:-
>
>The contents expressed in this eGroup are those of the person named and are
>not those of Mahligai. The person named on Mahligai has, as a condition of
>contributing to this eGroup, agreed to and hereby indemnifies Mahligai
>against all liability at law for the material contained therein.
>
>Kandungan bahan-bahan yang termuat di dalam eGroup Mahligai ini adalah
>pendirian rasmi pemilik/pengirim bahan dan bukannya dari Pemilik dan
>Moderator Mahligai. Pengirim bahan bertanggung-jawap di atas mana-mana
>bahan yang didapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa.
>Pengirim bahan diminta mematuhi peraturan hakcipta sepenuhnya apabila
>menghantar mana-mana posting atau respons.
>
>eGroup Mahligai tidak bertanggungjawab keatas pencerobohan akta hakcipta.
>
>*********************************************
>Silakan forward email ini ke teman Anda, dan ajaklah mereka untuk turut
>menyertai Mahligai
>
>Sila hantarkan sumbangan anda ke alamat: [EMAIL PROTECTED]
>
>Untuk melanggan secara percuma di Mahligai, sila hantarkan satu e-mail
>kosong ke alamat: [EMAIL PROTECTED]
>Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>---------------------------------
>Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with
>voicemail
>
>
>--------------------------------------------------------------------------
>
>All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
>in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
>approved otherwise.
>
>If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
>daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
>change your mail delivery settings or email the moderators at
>[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
>
>
>
>---------------------------------
>Yahoo! Groups Links
>
>    To visit your group on the web, go to:
>http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
>
>    To unsubscribe from this group, send an email to:
>[EMAIL PROTECTED]
>
>    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
>
>
>
>
>---------------------------------
>Discover Yahoo!
>  Find restaurants, movies, travel & more fun for the weekend. Check it
>out!

_________________________________________________________________
Find love online with MSN Personals.
http://match.msn.com.my/match/mt.cfm?pg=channel






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke