SENARAI 40 TERKAYA DI MALAYSIA: APA KHABAR ORANG MELAYU?

Sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963 negara ini dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu ataupun Federated Malays States. Sebelum itu ianya
dikenali sebagai Tanah Melayu. Bermakna Malaysia yang kita duduki pada hari
ini merupakan tanah air asal orang-orang Melayu sehinggalah apabila merdeka
orang-orang bukan Melayu berupa pendatang dari negara Cina dan India
diterima
sebagai warganegara Malaya atas kehendak anak-anak bangsa ketika itu.
Saya tidaklah bermaksud mahu mengapi-apikan semangat perkauman ataupun
seumpamanya namun ini adalah fakta sejarah.

Kini hampir 47 tahun negara merdeka, bukan hanya orang Melayu malah mereka
yang berbangsa Cina dan India sudah menganggap negara ini sebagai tanah air
mereka. Dan hakikat ini diterima oleh semua. Persoalannya setelah 47 tahun
negara merdeka, apakah kedudukan ekonomi orang Melayu yang merupakan
penduduk asal bumi Malaysia ini lebih baik dari mereka yang terkemudian
atau
bagaimana? Sepatutnya sebagai penduduk asal yang telah mengerjakan aktiviti
ekonomi, memiliki hartanah dan seumpamanya jauh sebelum kedatangan bangsa-
bangsa lain, orang melayu pastilah lebih maju dan kaya dari mereka yang
terkemudian. Tambahan pula teraju negara sejak dari sebelum merdeka dari
zaman kesultanan Melayu Melaka lagi sehinggalah hari ini terus dipegang
oleh
orang Melayu.

Walaupun demikianlah halnya, malangnya orang Melayu sebenarnya semakin
terkebelakang dan tercicir di atas bumi tumpah darahnya sendiri. Bagaikan
itik di air mati kehausan, orang Melayu yang asalnya Tuan kini semakin
kecil
dan rendah. Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40
individu yang terkaya di Malaysia.

   Senarai Top 5 dibolot oleh bukan Melayu iaitu:

1. Tan Sri Robert Kuok - kekayaan RM16.96 billion

2. Tan Sri Ananda Krishnan - kekayaan RM12.23  billion

3. Tan Quek Leng Chan - kekayaan RM 8.97 billion
Sebagai perbandingan jumlah kekayaan ketiga-tiga mereka ini iaitu RM39.06
billion jauh melebihi anggaran perbelanjaan pembangunan untuk seluruh
Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Bajet 2005 iaitu RM28.3 billion!
Senarai seterusnya:

4. Tan Sri Lim Goh Tong - kekayaan RM 6.87 billion

5. Tan Sri Teng Hong Piow - kekayaan RM 6.11 billion
Jika dijumlah kekayaan mereka berlima ini iaitu RM52.04 billion ianya lebih
setengah daripada anggaran pendapatan negara bagi tahun 2005 iaitu RM99.03
billion!

Bukannya tak ada langsung orang Melayu yang termasuk dalam senarai Top 40
ini, adalah Tan Sri Syed Mokhtar di nombor 7 dengan kekayaan RM2.69
billion,
tetapi tidakkah ini menunjukkan bahawa kekayaan negara hakikatnya dibolot
oleh masyarakat bukan Melayu.

Dari industri pemakanan, pertanian, perjudian, pengangkutan, bank, hartanah
semuanya di bawah kuasa mereka. Tetapi bukankah kita diajar bahawa orang
Melayu ini adalah Tuan. Konsep ketuanan Melayu selalu dipropogandakan oleh
pihak tertentu samada kepada anak-anak Melayu khususnya di IPTA dan IPTS
dan
juga dalam konvensyen dan persidangan Melayu.

Persoalannya kalau kita Tuan tetapi harta dan kekayaan berada ditangan
orang
lain, masih bolehkah kita berlagak Tuan?
Orang bukan Melayu seharusnya dipuji kerana mampu menjana ekonomi mereka
dalam keadaan mereka asalnya sekadar pendatang di tanah bertuah ini. Tetapi
apa nak dikatakan terhadap bangsa Melayu? Kita berjuang mati-matian untuk
kemerdekaan negara, kita tentang dan lawan mereka yang tidak sealiran
dengan
kita. Bila Merdeka kita pegang segala pusat kekuasaan, kita yang lulus
tanah,
kita yang lulus projek, kita yang beri lesen, kita yang beri bantuan tetapi
bila hitung kekayaan malangnya yang kaya orang lain!

Bukalah minda bukalah mata seluas-luasnya. Mungkinkah ini berlaku lantaran
kita tidak telus, ada unsur salah guna kuasa, ada unsur rasuah, ada unsur
penyelewngan sepanjang usia negara. Kerana kita mahu senang maka kita
terima
yang tidak sepatutnya kita terima, kita ali babakan projek dan hak kita
kerana kita mahu cepat kaya, kita pajak tanah ladang dan kebun kita kerana
nak meraih laba yang cepat, kita lentur-lenturkan peraturan dan
undang-undang
kerana mahu mengumpul harta walaupun akibatnya merugikan bangsa.

Kesimpulannya orang Melayu yang melaung Hidup Melayu suatu ketika dahulu
kini
sekadar menjadi pemandu kepada taukeh yang kaya, menjadi jaga kepada rumah
dan pejabat nyonya yang lumayan. Sedih tapi itulah realitinya maka
tinggalah
kita dengan nostalgia Keretapi Tanah Melayu, tanah rizab Melayu (yang
semakin pupus) dan institusi Raja-raja Melayu, itupun entah sampai bila....







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke