Kita perlulah menerima hakikat yang rezeki, jodoh ajal dan maut 
ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Kaya, Maha Mengetahui dan Maha 
Berkuasa atas segala-galanya. Walau apa pun sebagai seorang ibu dan 
wanita kita perlu buat persediaan untuk menghadapi saat-saat getir. 
Langit tidak semestinya cerah sentiasa. Ada banyak kebarangkalian 
yang berlaku yang tidak pernah terlintas di fikiran kita akan 
wujudnya keberangkalian tersebut. Mereka yang berkahwin dengan ustad 
sekali pun belum tentu bahagia dan selamat selamanya. Oleh itu untuk 
tidak ditimpa musibah yang bertimpa2 para ibu dan isteri haruslah 
bersedia dari sekarang. Bukan mendoakan untuk dapat musibah..tapi 
kata orang melayu beringat sebelum kena.
Tips ini diberikan oleh seorang ustazah dalam usrah mingguan kami. 
Kata ustazah ni orang perempuan kena beringat selalu waktu susah 
atau waktu senang. Beliau memberikan tips macam mana nak jaga 
economy rumahtangga disamping itu menjaga kebajikan diri sendiri. 
Walau pun wanita yang tidak berkahwin boleh praktiskan tips ni. 
Menurut beliau dalam setiap pendapatan yang ktia terima setiap bulan 
itu bahagikan kepada 3 bahagian, untuk bayar keperluan dan 
perbelanjaan sara hidup, simpanan dan simpanan tetap. Simpanan tetap 
ni peratusan nya yang paling kecil mungkin 5% atau 10% dari gaji 
kita. peruntukkan satu bahagian kecil yang tidak membebankan untuk 
simpanan masa kecemassan. Simpanan ni tak sama macam simpanan biasa. 
Simpan di bank dan jangan beritahu pada sesiapa, tidak juga pada 
suami. Kita pun buat tak tau ada duit kat bank itu. Kalau nak 
keluarkan juga kalau keadaan betul-betul terdesak baru keluarkan. 
Dah ramai yang praktiskan cara ni katanya bila betul2 sesak barulah 
keluarkan. Kalau suami tanya kata pinjam dari mak atau ayah. Tentu 
nanti dia akan tolong lunaskan kalau tau pinjam dari orang tua. 
Bukan mengajar untuk berbohong, demi kebaikan wanita sendiri. 
Bila berlaku perkara yang tak diingini maka wanita lebih bersedia 
dan terselamat. Tak lah jadi tergolek dog kata orang sekarang. 
Kerana dalam banyak kes perceraian wanitalah yang akan dibebankan 
dengan anak-anak. Nak tunggu settle tuntutan nafkah ? minta maaflah 
undang-undang dicipta kaum adam. Kalau kita ada simpanan rahsia 
seperti ni, maka tak bercelarulah otak memikirkan mana nak cari duit 
nak suap anak2 ni. Banyak kes orang lelaki macam lupa aja dia ada 
anak, lupa tanggungjawab tambahan pulak bila dah ada orang ketiga.
Baru minggu lepas dalam DCCK ceritakan bekas suaminya seorang ustaz 
yang pastinya tahu hukum hakam pun mengelak untuk beri nafkah anak. 
Sekarang ni orang yang claimed dia tau hukum tu pun bukan boleh 
harap. 
Seorang teman yang baru berpindah dari utara ke ibu kota kerana 
terpaksa selalu mengeluh, si suami hakim mahkamah syariah, 
ditukarkan sebab terlalu banyak case-case tertunggak di mahkamah 
syariah. Setiap malam si suami terpaksa bawa balik file nak study 
case. Semua case tertunggak ni sebab si suami mengelat nak ke 
mahkamah, sengaja menghilangkan diri. Betullah kata orang tua-tua 
time sayang semua nya cantik time dah benci sanggup bagi anak 
kebulur sampai mati.
Ini tips dari seorang ustazah, saya rasa ada rasionalnya walau pun 
saya baru berkira-kira nak praktiskan. Sekarang memanglah tak 
terfikir benda2 yang tak logic tapi siapa tahu apa yang akan berlaku 
di masa depan?
Bila kita susah, susah nak cari orang yang sudi tolong oleh itu 
tolonglah diri sendiri mulai sekarang. Hanya wanita yang boleh 
membantu wanita. Biar orang kata apa yang penting niat dan tuhan 
tahu apa yang tersirat di hati, thats good enuff.
Ibu saya memang dah lama sendiri after my late father died. Walau 
pun ada yang masuk meminang she said malas dah. Kami usik juga dari 
tinggal sorang ni, dok dgn anak2 pun tak mau eloklah berteman. Jadi 
masa lapangnya banyak digunakan untuk membantu wanita bernasib 
malang. Kadang-kadang tu saya jadi driver dia bila balik. Nak ke 
rumah anak angkat katanya, sejak bila pulak berangkat-angkat ni. Dia 
tak boleh tengok perempuan hidup susah. Seorang anak angkat tu 
suaminya ustad, setiap waktu solat ke surau, majlis apa pun kat 
surau dialah orang kuatnya. Tapi di rumah dialah the lousiest 
husband and father. Duit belanja dapur tak pernah bagi, anak-anak 
tak cukup makan pakai. My mom sampai minta ada baju anak2 yang tak 
muat? Time buka sekolah lagi, minta beg lama sekolah anak utk bagi 
anak2 dia orang tu. Si isteri ni bela mak dia juga yang dah tua buat 
tolong jaga anak bila dia kerja kilang. Kadang2 saya pun hairan 
lelaki ni, kalau tengok rumah dia tak ada rupa rumah, kelengkapan 
apa pun tak ada. Mak saya usahakan juga nenek tua ni dapat bantuan 
jabatan kebajikan, terkejut juga my mom can do this, but when she is 
determined to do something she will do it. When I asked her how did 
she manage to contact those welfare people. Selamba aja dia jawab 
telepon kan ada, telepon aja, esoknya officer jkm datang siasat 
tengok rumah pun automatic dapat bantuan 120 sebulan duit ni lah 
buat belanja sikit-sikit. Si suami bukan tak bergaji kerja kerajaan 
lagi.
Minggu lepas seorang teman tanya ada tak baju baby lama2? Katanya 
jiran depan rumah ada baby baru lahir kelengkapan satu pun tak ada. 
Baby tu pulak sekarang ada penyakit kulit teruk, kalau mandi ke 
basuh punggong pun berdarah terus. Dia dah tolong belikan cream utk 
ruam tu. Lebih teruk atas kepala penuh dengan keruping bila letak 
atas lantai tak sedar semut merah boleh hurung kepala tu. Memang 
terkejut dengar. Tanya dulu suami kerja apa? Kerja kg aja, orng 
panggil tebas lalang, dia pergi. Umur berapa? Lebih sikit aja dari 
kita..means not more than 40, sakit ke tak pulak sakit. Nilah 
mentality lelaki kampung yang saya suka refer melayu pemalas. 
Padahal duduk dikg kawasan sekitar luas, tak boleh ke usahakan cucuk 
tanam ke bela ayam itik ke.  Kami dapat juga kumpul kan beberapa bag 
hitam pakaian, kes lebih teruk dari mangsa tsunami ni. Tak sampai 
hati nak bagi suruh kawan tu bagi. Esok tu tanya dia balik suami dia 
tak rasa apa ke tengok dia angkut barang2 tu semua? Tah selamba aja 
katanya, anak2 nampak seronok dapat mainan, selama ni dok main pasir 
dan tanah aja.
==kalau perempuan tak tolong perempuan sendiri, nak harapkan sape, 
lelaki hampeh ni ?

kawan yang sama, masa baru ada baby dok cari baby sitter. Dia pun 
tanya pendapat saya ok tak hantar kat kakak depan rumah dia, kesian 
sebab husband masuk jail ( species hampeh pemalas lagi) sebab dadah, 
anak lelaki yang sulung baru mati sebab dadah. Dia takut ada aids ke 
apa ke tapi lebih kesian kat kakak tu sebab ada dua anak kecil lagi 
nak suap. I told her niat murni mengatasi segalanya insyaalah 
selamat. Lagi pun kalau ada kuman hiv, ia mati bersama matinya host 
tempat kuman tu membiak. Bayangkan 170 sebulan nak sara dua anak, 
nasib rumah free.

==kalau perempuan tak tolong perempuan sape lagi nak harap?

Ada seorang murid lelaki tu dengan muka tak malunya jumpa ustazah, 
ustazah mak suruh minta pinjam duit nak beli beras dah 3 hari tak 
makan nasi. Tanya ayah keja apa? Keja kampung, habis tu mana duit? 
Duit dia untuk dia aja, dia makan kedai tak makan kat rumah. Bagi 
mak sikit duit itu ajalah cukup ke tak cukup ke. First time bagi 
RM20, minggu depan tu datang lagi. Kenalah siasat takkan tiap minggu 
nak bagi duit? Betullah as claimedÂ….
==kalau perempuan tak tolong perempuan sape lagi?

Semua ni contoh kisah benar kepada para wanita, tak ada orang yang 
boleh tolong kita melain kita sendiri yang lebih prihatin akan nasib 
kaum wanita dan kanak-kanak. Biar orang kata apa asalkan niat kita 
bersih insyaallah Tuhan akan sentiasa menolong. Kepada wanita di 
luar sana jangan lupa tips tadi, kalau ada nak hulurkan bantuan 
membantu wanita yang bernasib malang ni kecil tapak tangan nyiru 
kami tadahkan. Ini hanyalah sebahagian dari kisah masyarakat yang 
orang lain tak nak tahu.


--- In [email protected], mawar alias wrote:
> Setiap apa yang berlaku itu disebaliknya terkandung
> hikmah yang harus kita cari dan renungkan.Walau apa
> yang berlaku itu sungguh menyakitkan hati dan persaan
> pasti ada terselit di sisi sesuatu kebaikan.
> 
> Bila kita melihat sesuatu keburukan yang berlaku di
> hadapan kita katakanlah " Nauzubillah hi min zalik
> ".Ini lah pesan Rasulullah s.a.w. Hatta  walau kita
> merasakan ia tidak mungkin terjadi kepada kita kerana
> kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
> 
> Contohnya kita punya suami yang cukup penyayang dan
> baik sekali. Tapi percayalah hati seorang lelaki atau
> perempuan boleh berubah.Kerana hati manusia akan yang
> membolak balik.Bila ianya berlaku tidak ada siapa yang
> bleh menahan lagi.
> 
> Ini adalah dari penglaman dan pengamatan saya dari apa
>  yang saya lihat berlaku disekeliling kita.Jadi usah
> kita  merasa selamat dengan keadaam kita yang  bahagia
> dan selesa kerana badai akan melanda bila masa
> sahaja.Hanya Allah  yang maha mengetahui.
> 
> Setiap  yang baik itu dari Allah s.w.t dan apa yang
> silap adalah dari kesilapan diri sendiri.Wallahu alam.
> 
> --- [EMAIL PROTECTED], 
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
> > Wanita jadi mangsa kerana pilihan sendiri
> > ``KISAH-KISAH yang dipaparkan dalam Di Celah-Celah
> > Kehidupan (DCCK) banyak membuat saya tertawa, kerana
> > apa yang saya lihat kebanyakan kaum lelaki cuba
> > menegakkan benang basah, sementara wanita pula
> > meratapi diri sendiri konon dah banyak berjasa dan
> > berkorban kepada suami tetapi akhirnya dia menjadi
> > mangsa suami. 
> > 
> > ``Wanita yang kecewa mendakwa jadi mangsa apabila
> > suami sudah kaya dia ditinggalkan, ada juga yang
> > mendakwa suami berkahwin lagi sedangkan dia sudah
> > banyak berkorban harta benda, wang ringgit kepada
> > suami, tetapi semuanya dilupakan setelah suami jadi
> > kaya atau terjumpa wanita yang lebih baik
> > daripadanya.''
> > 
> > Demikian cerita Norwati dalam e-mel yang dihantarkan
> > kepada penulis dan ketika saya menghubunginya sambil
> > berbual panjang pada satu petang, sambil tertawa
> > terkekek-kekek beliau menambah, kebanyakan masalah
> > yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita
> > itu
> > sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing
> > tidak
> > tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun
> > suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama
> > lain.
> > 
> > ``Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang
> > menimpa
> > mereka, malah ada kawan-kawan wanita yang datang
> > bertanyakan pendapat dan pandangan saya bagaimana
> > mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa
> > diri mereka. Saya juga kesian dengan nasib wanita
> > yang
> > teraniaya dan boleh saya katakan secara singkat di
> > sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi
> > mereka sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.
> > 
> > ``Sebenarnya saya bersimpati dengan kaum wanita,
> > sebab
> > itu bila baca kisah yang dipaparkan dalam DCCK
> > termasuk kisah minggu lalu tentang kisah hidup
> > Nooreen
> > yang berjudul Lagak orang senang sebaliknya kaya
> > hutang, di mana Nooreen tidak mengaku dirinya ego
> > sebaliknya menyalahkan suami menyebabkan hidupnya
> > menderita.
> > 
> > ``Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang
> > menganggap diri mereka sebagai `mangsa' lelaki atau
> > suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai
> > ``orang
> > yang suka diri menjadi mangsa - playing the role of
> > victims''. Mana tidaknya, mereka yang sanggup
> > berkorban atas dasar cinta atau bertolak ansur
> > dengan
> > suami demi kebahagiaan keluarga. 
> > 
> > ``Sedangkan, sikap bodoh dan ego mereka itulah
> > sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka.
> > Puan, saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan
> > khas
> > untuk digunakan bagi memberi nasihat kepada mereka
> > yang bermasalah seperti ini.
> > 
> > ``Namun, selalu juga kawan-kawan datang, meminta
> > nasihat saya. Biasanya, terdiri daripada mereka yang
> > mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan
> > kecil,
> > berpendidikan rendah dan umur teman lelakinya jauh
> > lebih rendah daripada mereka (tidak sekupulah dari
> > sudut agama). Mereka bertanya kepada saya,
> > ``Bolehkah
> > saya kahwin dengan lelaki itu?'' 
> > 
> > ``Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini
> > terdiri daripada kaum wanita yang sudah berumur. Ada
> > yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji empat atau
> > lima angka bahkan ada yang lebih enam ribu ringgit
> > sebulan. Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah
> > mengerjakan haji dan pergi umrah berkali-kali. Jadi
> > mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki
> > seperti itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan
> > umurnya lebih muda)?
> > 
> > ``Soalan mereka ini sebenarnya sulit untuk saya
> > jawab,
> > tetapi saya berikan jawapan yang lebih mudah, saya
> > katakan sudah tentu tidak ada masalah kalau hendak
> > kahwin tentu sahaja boleh!
> > 
> > ``Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup
> > mereka sudah jauh lebih senang berbanding dengan
> > calon
> > lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah mempunyai
> > pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak
> > dalam mengurus hidup sendiri. Malah boleh dikatakan
> > wanita golongan ini hidup mereka sudah lebih
> > daripada
> > bahagia dan amat selesa tanpa suami.
> > 
> > ``Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum
> > keluarga, saudara-mara yang kaki penyibuk.
> > Terutamanya
> > ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka mati
> > nanti
> > tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah
> > berumur ini `tak diselamatkan' (tidak dikahwinkan).
> > 
> > ``Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah
> > sangat tentang pasangan hidup mereka, sebab
> > kehidupan
> > mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau
> > setiap
> > masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum
> > keluarga mulalah mendongengkan kisah anak dara tak
> > kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak larat nak
> > dengar lagi.
> > 
> > ``Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah.
> > Mengikut!
> > Jadi, sebagai kawan yang lebih berumur dan dewasa
> > daripada mereka, bila mereka bertanyakan pendapat
> > saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah
> > sahaja supaya ibu bapa mereka boleh menutup mata
> > betul-betul rapat bila mati nanti, tapi ingatlah
> > kepada beberapa nasihat saya. 
> > 
> > ``Saya memberi mereka tujuh petua, kalau nak kahwin
> > juga dengan lelaki yang jauh lebih rendah pendapatan
> > serta pendidikan serta berumur jauh lebih muda
> > daripada diri mereka sendiri. Kata saya, kalau ikut
> > tujuh petua atau panduan ini kalau terjatuh pun
> > taklah
> > parah sangat, sebab anda sudah bersedia. Berikut
> > adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.
> > 
> > ``Pertama, saya katakan kepada mereka dia hendaklah
> > membeli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas
> > nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti
> > ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba
> > merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab
> > seorang suami? Saya percaya pembaca sendiri pun
> > tahu.
> > 
> > ``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan
> > rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli
> > makan
> > dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan
> > anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil
> > mana
> > pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki
> > suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan
> > anak-anaknya. 
> > 
> > ``Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak
> > ansur,
> > kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita
> > mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini
> > (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya).
> > Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami
> > akan
> > cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula
> > bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua
> > tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja
> > untuk anda pikul.
> > 
> > ``Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun,
> > berkelakuan seperti itu anda jangan membebel
> > kemudian
> > hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk
> > dalam
> > DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami
> > selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu
> > sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi
> > jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak
> > berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan
> > entah
> > apa-apa lagi!
> > 
> > ``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya
> > ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma
> > mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar
> > kuning
> > setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam
> > harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak,
> > maka anda jangan membantah, anda telan semua yang
> > suami anda beli walaupun tercekik sebab tak
> > berselera.
> > Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap,
> > makan di tempat kerja.
> > 
> > ``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain
> > murahan,
> > hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai
> > sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami
> > puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai.
> > Jangan nak tunjuk kemewahan anda. 
> > 
> > 
> ====== message truncated =====> 
> 
> Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger.yahoo.com







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke