Assalamualaikum.
Teman sekadar mengingatkan diri teman dan berpesan kepada sahabat sekalian agar kita sentiasa hidup sedar, faham serta menghayati ajaran sebenar Al-Quran Menurut Sunnah RasulNya bagi menjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Rata-rata anak-anak diakhir zaman ni, ibubapa mengharapkan anak-anak mereka mengenal huruf dan mampu membaca kitab suci Al-Quran Menurut Sunnah RasulNya dengan fasih serta berlagu, tanpa mengambil ilmu yang terkandung didalamnya sebagai pedoman dan panduan hidup dunia dan akhirat.
Lihat saja disekeliling kita, punca keruntuhan akhlak remaja...terjebak dengan gejala sosial, hiburan melalaikan, dadah, arak, pelacuran, tidak kenal halal/haram disebabkan dada mereka kosong tidak disinari hidayah kitab suci Al-Quran Menurut Sunnah RasulNya. Adalah amat malang, mereka inilah yang bakal mewarisi kepimpinan negara dimasa hadapan akan tetapi telah pun mati (akal yang waras tidak berfungsi lagi) sebelum sampai waktunya.
Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memperbetulkan keadaan sebelum terlambat. Insya-Allah, setiap kebaikan demi kesejahteraan ummah yang kita usahakan pasti akan diberkatiNya.
cdin4b
017-679 9164
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum warahmatullah...
Ni nasihat untuk lelaki yang nak kawin dengan perempuan yang pendapatannya
lebih besar dari lelaki tersebut. Kalau inginkan keluarga bahagia, carilah
perempuan yang beriman. Tu penting. Sebab perempuan yang beriman takkan
mengeluh berkongsi kesusahan. Perempuan yang beriman takkan biarkan suami
terkontang kanting kepayahan nak beli ikan selar sedangkan dia makan ikan
jenahak di ofis.
Kalau kawin kerana muka, dah tua nanti ceraikanla sebab dah tak cantik.
Kalau kawin sebab body, dah tua nanti ceraikan la sebab dah 'jatuh'
(sorry). Kalau kawin sebab harta, dah pencen nanti ceraikan la sebab dah
tak keje. Lagi ape? Kawinla kalau selain kerana Allah, tentu2 saja anda
takkan bahagia. Biarpun perempuan tuh jauh lebih muda daripada anda.
Persoalan yang saya nak bawak sini, saya menyampah dengan pompuan yang
sibuk perjuangkan feminisme. Asyik kononnya bela nasib kaum sejenis tapi
otak berkarat, tak berkilat. Saya kekadang baca gak DCCK. Kelakar. Mereka
sibuk ungkit tentang pengorbanan. Pengorbanan. Pengorbanan. Kalau sibuk nak
ungkit pengorbanan, baik jangan berkorban langsung.
Tapi bila rujuk lak kat makhluk2 yang kononnya perjuangkan nasib kaum
perempuan nih, of course dorang sokong 100%. Walaupun hal mintak beli
bawang tapi tak beli. Itu pun dorang boleh jadikkan isu mintak cerai. Sebab
golongan feminisme nih, cube wujudkan budaya pompuan boleh hidup sendiri.
Macam artikel di bawah ni. Pompuan tuh kawin sebab mak bapak bising. Kalau
takyah pun takpe sebab ekonomi dah kukuh.
Kalau gitu yang lain2 nih kawin sebab nak dibela mase tua nanti? Kalau
camtuh, pompuan2 skang nih hanya menggunakan lelaki la? Kawin sebab nak
dibela. Kalau rasa mase tua nanti ekonomi akan kukuh, takyah kawin.
Bagus... Bagus... Ni lah akibat orang yang beriman kepada Nabi saw tapi
kufur kepada ape yang Nabi saw ajarkan. Kalau cakap bangang marah pulak.
Setiap dari kita mesti betulkan niat. Bukan kawin sebab nafsu. Bukan sebab
nak terbela mase tua & bukan sebab mak bapak suruh. Kawin la sebab syariat.
kawin la sebab nak tambah zuriat Islam. Kata ustaz saya, kalau masa 'buat
anak' (sorry) tu kita niat sebab nafsu, nanti dapat anak yang memang kuat
nafsu. Tu la. Kalau orang yang tak pakai tudung diminta cerita tentang
Islam...
So nasihat untuk lelaki2 tadih, kalau nak kawin dengan dorang, pastikan
ilmu anda cukup. Pastikan juga mereka tuh jenis yang beriman. Kalau tak
lupekan je la. Perempuan sekarang selalu rasa besar. Walaupun kecik. Memang
tak semua tapi kebanyakan yang berkerjaya. Kalau rasa tak sanggup
berkongsi, jangan kawin. Simpan duit tu buat rasuah munkar dan nakir dalam
kubur nanti.
Kalau la kaum2 bapa nak mengungkit, camne? Kita dah berabis duit tapi yang
pompuan nih tak kenang budi. Membebel tak tentu pasal. Jeles maut punye.
Dan macam2 lagi. Camne agaknye? Dah la. Jangan nak jadik childish. Cume utk
pompuan yang bising dah sibuk berkorban, ingat sikit masa untuk suami anda
yang anda korbankan. Hm... Rasa2nye memang patut pompuan dilarang bekerja.
Ok. Saya bukan gender bias. Bukan niat nak bela lelaki. Bukan niat nak
kondem pompuan. Yang saya kondem nih golongan fiminisme. Harap2 puan2 yang
beriman menjauhi golongan2 gile nih. Ingat, bile pasangan anda melakukan
satu keburukan, jangan la komplen. Mengapa memperbesarkan satu keburukan
sedangkan Allah mencipta terlalu banyak kebaikan. Istighfar la. Bersabar.
Bayangkan betapa sabarnya Allah terhadap sifat manusia yang sering
mengabaikan pengorbananNya.
Minta maaf kalau menyinggung mane2 pihak.
Wabillahitaufiqwalhidayah
Wassalamualaikum warahmatullah...
[EMAIL PROTECTED]
na.xom.com To: [email protected]
Sent by: cc:
[EMAIL PROTECTED] Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Nasihat pada wanita yg nak kahwin lelaki yg
s.com pendapatan < dari mereka
06/18/2005 07:56 AM
Please respond to
hidayahnet
Setiap apa yang berlaku itu disebaliknya terkandung
hikmah yang harus kita cari dan renungkan.Walau apa
yang berlaku itu sungguh menyakitkan hati dan persaan
pasti ada terselit di sisi sesuatu kebaikan.
Bila kita melihat sesuatu keburukan yang berlaku di
hadapan kita katakanlah " Nauzubillah hi min zalik
".Ini lah pesan Rasulullah s.a.w. Hatta walau kita
merasakan ia tidak mungkin terjadi kepada kita kerana
kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Contohnya kita punya suami yang cukup penyayang dan
baik sekali. Tapi percayalah hati seorang lelaki atau
perempuan boleh berubah.Kerana hati manusia akan yang
membolak balik.Bila ianya berlaku tidak ada siapa yang
bleh menahan lagi.
Ini adalah dari penglaman dan pengamatan saya dari apa
yang saya lihat berlaku disekeliling kita.Jadi usah
kita merasa selamat dengan keadaam kita yang bahagia
dan selesa kerana badai akan melanda bila masa
sahaja.Hanya Allah yang maha mengetahui.
Setiap yang baik itu dari Allah s.w.t dan apa yang
silap adalah dari kesilapan diri sendiri.Wallahu alam.
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Wanita jadi mangsa kerana pilihan sendiri
> ``KISAH-KISAH yang dipaparkan dalam Di Celah-Celah
> Kehidupan (DCCK) banyak membuat saya tertawa, kerana
> apa yang saya lihat kebanyakan kaum lelaki cuba
> menegakkan benang basah, sementara wanita pula
> meratapi diri sendiri konon dah banyak berjasa dan
> berkorban kepada suami tetapi akhirnya dia menjadi
> mangsa suami.
>
> ``Wanita yang kecewa mendakwa jadi mangsa apabila
> suami sudah kaya dia ditinggalkan, ada juga yang
> mendakwa suami berkahwin lagi sedangkan dia sudah
> banyak berkorban harta benda, wang ringgit kepada
> suami, tetapi semuanya dilupakan setelah suami jadi
> kaya atau terjumpa wanita yang lebih baik
> daripadanya.''
>
> Demikian cerita Norwati dalam e-mel yang dihantarkan
> kepada penulis dan ketika saya menghubunginya sambil
> berbual panjang pada satu petang, sambil tertawa
> terkekek-kekek beliau menambah, kebanyakan masalah
> yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita
> itu
> sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing
> tidak
> tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun
> suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama
> lain.
>
> ``Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang
> menimpa
> mereka, malah ada kawan-kawan wanita yang datang
> bertanyakan pendapat dan pandangan saya bagaimana
> mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa
> diri mereka. Saya juga kesian dengan nasib wanita
> yang
> teraniaya dan boleh saya katakan secara singkat di
> sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi
> mereka sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.
>
> ``Sebenarnya saya bersimpati dengan kaum wanita,
> sebab
> itu bila baca kisah yang dipaparkan dalam DCCK
> termasuk kisah minggu lalu tentang kisah hidup
> Nooreen
> yang berjudul Lagak orang senang sebaliknya kaya
> hutang, di mana Nooreen tidak mengaku dirinya ego
> sebaliknya menyalahkan suami menyebabkan hidupnya
> menderita.
>
> ``Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang
> menganggap diri mereka sebagai `mangsa' lelaki atau
> suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai
> ``orang
> yang suka diri menjadi mangsa - playing the role of
> victims''. Mana tidaknya, mereka yang sanggup
> berkorban atas dasar cinta atau bertolak ansur
> dengan
> suami demi kebahagiaan keluarga.
>
> ``Sedangkan, sikap bodoh dan ego mereka itulah
> sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka.
> Puan, saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan
> khas
> untuk digunakan bagi memberi nasihat kepada mereka
> yang bermasalah seperti ini.
>
> ``Namun, selalu juga kawan-kawan datang, meminta
> nasihat saya. Biasanya, terdiri daripada mereka yang
> mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan
> kecil,
> berpendidikan rendah dan umur teman lelakinya jauh
> lebih rendah daripada mereka (tidak sekupulah dari
> sudut agama). Mereka bertanya kepada saya,
> ``Bolehkah
> saya kahwin dengan lelaki itu?''
>
> ``Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini
> terdiri daripada kaum wanita yang sudah berumur. Ada
> yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji empat atau
> lima angka bahkan ada yang lebih enam ribu ringgit
> sebulan. Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah
> mengerjakan haji dan pergi umrah berkali-kali. Jadi
> mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki
> seperti itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan
> umurnya lebih muda)?
>
> ``Soalan mereka ini sebenarnya sulit untuk saya
> jawab,
> tetapi saya berikan jawapan yang lebih mudah, saya
> katakan sudah tentu tidak ada masalah kalau hendak
> kahwin tentu sahaja boleh!
>
> ``Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup
> mereka sudah jauh lebih senang berbanding dengan
> calon
> lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah mempunyai
> pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak
> dalam mengurus hidup sendiri. Malah boleh dikatakan
> wanita golongan ini hidup mereka sudah lebih
> daripada
> bahagia dan amat selesa tanpa suami.
>
> ``Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum
> keluarga, saudara-mara yang kaki penyibuk.
> Terutamanya
> ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka mati
> nanti
> tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah
> berumur ini `tak diselamatkan' (tidak dikahwinkan).
>
> ``Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah
> sangat tentang pasangan hidup mereka, sebab
> kehidupan
> mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau
> setiap
> masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum
> keluarga mulalah mendongengkan kisah anak dara tak
> kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak larat nak
> dengar lagi.
>
> ``Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah.
> Mengikut!
> Jadi, sebagai kawan yang lebih berumur dan dewasa
> daripada mereka, bila mereka bertanyakan pendapat
> saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah
> sahaja supaya ibu bapa mereka boleh menutup mata
> betul-betul rapat bila mati nanti, tapi ingatlah
> kepada beberapa nasihat saya.
>
> ``Saya memberi mereka tujuh petua, kalau nak kahwin
> juga dengan lelaki yang jauh lebih rendah pendapatan
> serta pendidikan serta berumur jauh lebih muda
> daripada diri mereka sendiri. Kata saya, kalau ikut
> tujuh petua atau panduan ini kalau terjatuh pun
> taklah
> parah sangat, sebab anda sudah bersedia. Berikut
> adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.
>
> ``Pertama, saya katakan kepada mereka dia hendaklah
> membeli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas
> nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti
> ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba
> merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab
> seorang suami? Saya percaya pembaca sendiri pun
> tahu.
>
> ``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan
> rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli
> makan
> dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan
> anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil
> mana
> pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki
> suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan
> anak-anaknya.
>
> ``Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak
> ansur,
> kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita
> mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini
> (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya).
> Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami
> akan
> cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula
> bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua
> tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja
> untuk anda pikul.
>
> ``Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun,
> berkelakuan seperti itu anda jangan membebel
> kemudian
> hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk
> dalam
> DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami
> selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu
> sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi
> jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak
> berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan
> entah
> apa-apa lagi!
>
> ``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya
> ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma
> mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar
> kuning
> setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam
> harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak,
> maka anda jangan membantah, anda telan semua yang
> suami anda beli walaupun tercekik sebab tak
> berselera.
> Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap,
> makan di tempat kerja.
>
> ``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain
> murahan,
> hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai
> sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami
> puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai.
> Jangan nak tunjuk kemewahan anda.
>
>
=== message truncated ===
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?>---- HM ADS ?>
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
