Assalamualaikum warahmatullah

mula2 baca email saudara ruzaihan nie, saya mcm ada
rasa tak puas hati je. pasalnye, bagi saya pakaian
berjubah nie lebih kepada bangsa daripada agama. bagi
saya, asal menutup aurat, sudah memadai. 

tapi bila difikir2kan kembali pandangan saudara
ruzaihan nie, ada betulnya. pakaian mmg melambangkan
peribadi dan pendirian kita. org yg gila bola, dia
mesti suka pakai jersey bola. tak kira la nak pi makan
kenduri ka, nak pi solat jumaat ka. kalau tgk yg
minat/fanatik muzik plak, mesti pakai ikut aliran
muzik. kalau hiphop, pakaian cara hiphop la yg dia
pakai, kalau minat rock, pakaian cara rock la yg dia
pakai. 

lagi sedih, kebelakangan nie saya selalu aje perasan
yg ramai budak melayu/islam suka pakai satu t-shirt yg
tertulis JACK DANIEL. kalau tak salah saya, ini jenama
minuman keras pasal ada tertulis kat t-shirt. bukan
aje tak rasa bersalah, malah mcm bangga je diorg pakai
baju tue. sama le mcm penyokong liverpool yg fanatik.
sanggup pakai jersey yg tertera CARLSBERG. diorg nie
bukan aje kena bayar rm yg banyak untuk dapatkan
jersey tue, tapi siap tolong buat iklan percuma lagi
untuk carlsberg. ada gak yg saya tegur bila diorg
pakai jersey, tapi diorg buat derk je.... hmm.... 


--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum warahmatullah...
> 
> Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
> Sesungguhnya aku bersaksi
> bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada
> sekutu bagiNya dan
> sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu
> hamba dan rasulNya.
> Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad
> SAW yang mempunyai
> keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga
> buat sekalian muslimin
> & orang2 yang beramal soleh...
> 
> Apabila berkata tentang sunnah, satu selalu
> terlintas di kepala lelaki2
> miang ialah berkahwin 4. Malah itulah alasan yang
> terlogik pada mereka
> untuk berkahwin lagi. Sedangkan Nabi saw, manusia
> terpuji dan mulia,
> mempunyai banyak lagi sunnah2 lain. Mereka, si
> lelaki2 minag ni tadi, bukan
> saya tak ikut malah ada juga mengutuk sunnah2 ini.
> Seolah2 Nabi saw tu
> seperti kawan sepejabat dia. Nak kutuk boleh main
> sedap mulut je...
> 
> Sebagai mukmin, kita adalah dituntut untuk menturuti
> setiap perbuatan Nabi
> saw. Baginda saw bukanlah orang yang dipilih melalui
> pilihanraya. Bukan
> juga dilantik oleh PM untuk mempengerusi Suruhanjaya
> DiRaja. Juga bukan
> dilantik oleh sultan untuk menjadi mufti, alat
> pengeluar fatwa untuk meraih
> sokongan buat kerajaan. Sebaliknya Baginda saw
> dilantik oleh Allah swt,
> Tuhan, Pencipta & juga Pemilik alam ini dan segala
> isi perutnya.
> 
> Dari logik akal, adakah Allah akan lantik seorang
> yang penipu, pemalas,
> lemah semangat atau apa2 juga sifat negatif untuk
> menyampaikan risalahNya?
> Tentu sekali tidak. Malah kita sedia maklum setiap
> nabi2 yang dilantik
> adalah manusia yang terbaik pada masyarakat dan
> zamannya. Dan kalaulah nabi
> itu yang terbaik, bukankah wajar setiap peri laku
> mereka dituruti dan
> setiap arahan mereka dipatuhi?
> 
> Terdapat begitu banyak amalan sunnah oleh Baginda
> Nabi Muhammad saw. Dari
> hal bangun tidur, mandi, qada hajat, beristinjak,
> berpakaian, makan, keluar
> rumah hinggalah ke bersetubuh. Tidak ada satu pun
> ruang yang Baginda saw
> tinggalkan kita dalam kesamaran. Kerana itu saya
> sering yakini, Islam
> adalah agama yang paling sempurna. Kita dididik
> untuk setiap satu perkara
> waima cara2 mengcangkung dalam tandas.
> 
> Sayang antara kita yang bukan setakat membenci malah
> berusaha membuang
> sunnah2 yang mulia ini. Ada sesetengah pejabat yang
> melarang pekerjanya
> membela janggut dengan alasan kekemasan. Malah
> pendapat ini turut disokong
> oleh orang Islam sendiri. Sedangkan mereka tidak
> sedar dengan berkata
> begitu mereka seolah2 mengatakan yang Nabi saw kita
> itu manusia yang
> selekeh, kalaupun tidak manusia yang pengotor.
> 
> Sehinggakan ada seorang mufti ketika dalam suatu
> ceramah, ketika ditanya
> mengapa beliau tidak berjanggut, dengan selamba
> mengatakan; "Saya cuba bela
> tapi isteri saya kata nampak tua kalau berjanggut"
> sambil disambut dengan
> hilai tawa hadirin. Lawak sangat la tu? Itu mufti!
> MUFTI! Sebab itu saya
> kata mufti hanya alat untuk mengeluarkan fatwa bagi
> meraih sokongan rakyat
> terhadap kerajaan. Elok sangat mempersendakan sunnah
> Rasulullah saw.
> 
> Dan kita lihat dimajlis2 rasmi, mufti kita lebih
> senang berbaju melayu &
> bersampin dari berjubah. Entah la. Mungkin pada
> mereka jubah tu sekadar
> pakaian Arab. Bukan sunnah. Sedangkan pernah suatu
> ketika, seorang sahabat
> memakai jubah yang labuh sehingga ke tanah, ditegur
> oleh Baginda saw.
> Baginda mengatakan bahawa pakaian yang labuh adalah
> pakain orang sombong
> dan juga merosakkan kain.
> 
> Maka dijawab oleh sahabat tersebut bahawa kainnya
> hanya kain yang murah
> tapi dissambut oleh Baginda dengan kata; "Ya, tetapi
> tidakkah engkau mahu
> mengikut perbatanku?". Ini menunjukkan ketegasan
> Baginda saw dalam menuntut
> umatnya mengikut sunnah Baginda. Jika Baginda
> berjubah tinggi hanya kerana
> kain Baginda dari jenis mahal, Baginda saw tidak
> akan risau perbuatan
> sahabat itu tadi kerana jubahnya dari kain jenis
> murah.
> 
> Jangan kita lupa, Baginda saw adalah manusia yang
> sempurna. Maksum.
> Fathonah. Bijaksana. Setiap tingkah Baginda saw
> adalah terpimpin dari
> langit. Maka mengapa harus kita menolak. Kalaupun
> perlu ditolak kerana
> kesesuaian masa atau kerana kehendak tempat bekerja,
> mengapa harus dihina?
> Mengapa kita sanggup kata Nabi saw berjanggut kerana
> tak ada pisau gillette
> pada zaman Baginda?
> 
> Kebanyakan remaja kita berjanggut kerana mengikut
> artis barat. Sayang. Jika
> dibetulkan niat sahaja, dah dapat pahala sunnah &
> pahala sunat. Teringat
> seorang rakan saya. Melihat kepala saya yang
> skinhead nih (gunting takde
> tapak), dia kata dia pun teringin nak buat. Tapi
> sebelum tu dia tanya saya;
> "Kalau aku buat macam kau ni... Cantik tak?"
> Allah... Kalau nak cantik tak
> payah la.
> 
> Rambut begini bukan sunnah Nabi saw. Sebaliknya ia
> adalah amalan Saiyina
> Ali ra. Ali ra berkata, bahawa beliau ada mendengar
> Nabi saw bersabda
> bahawa setiap rambut yang dibawa berjunub tetapi
> tertinggal ketika mandi,
> akan dihukum dengan 1000 tahun di neraka. Kerana
> itu, beliau berkata;
> "Semenjak itu aku memusuhi rambutku". Dan semenjak
> itu, Ali ra sentiasa
> mencukur kepalanya.
> 
> Teringat pula saya kepada satu drama di TV1 (kalau
> tak silap saya) suatu
> ketika dulu yang dibintangi Nasir Bilal Khan dan M.
> Rajoli. Dari perjalanan
> drama itu, dapat dilihat ia ditujukan kepada jemaah
> tabligh. Salah satu
> kutukan ialah tentang seorang pengikut yang berjubah
> ke pasar. Tok Guru (M.
> Rajoli) pun menegur, kalau betul pun sunnah, kena
> pada tempatnya. Takkan
> nak tangkap ikan pun nak pakai jubah.
> 
> Betul juga! Tapi, saya rasa di zaman Rasulullah saw
> dulu juga terdapat
> nelayan. Mereka ini berjubah. Juga terdapat petani.
> Mereka juga berjubah.
> Baginda saw sendiri berniaga dan Baginda tetap
> berjubah. Maka, betul atau
> tidak teguran Tok Guru itu tadi? Dan tentu2 salah.
> Inilah contoh manusia
> bahaya. Dia bukan setakat rosak, malah merosakkan.
> Entah kenapa drama
> songsang begini begitu mudah mendapat slot di tv.
> 
> Tapi drama ini membuatkan saya tersedar. Dengan
> drama inilah tergerak di
> hati saya untuk menukar semua pakaian saya kepada
> jubah dan kurta. Saya dah
> tekad untuk meninggalkan T-Shirt dan kemeja.
> InsyaAllah, saya sedang
> usahakannya. Saya ceritakan kepada Abang saya,
> Katanya, kefahaman agama
> Allah yang beri. Drama itu sepatutnya membantutkan
> niat orang nak pakai
> jubah tapi sebaliknya ia menjadi galakan pula buat
> saya...
> 
> Berkatnya mengikut sunnah ni, tak dapat digambarkan
> dengan kata2. Tak perlu
> pergi terlalu jauh dahulu, cubalah bersolah cara
> Rasulullah saw. Mungkin
> sukar mencapai tahap kekhusukan Baginda saw tapi
> usahalah pada sifat
> zahirnya. Iaitu cara berdiri, rukuk, ibtidal, sujud
> dan lain2. InsyaAllah,
> anda akan dapati solat anda berbeza dengan solat
> biasa. InsyaAllah, anda
> akan rasakan keseronokannya dan tak sabar2 hendak
> bersolah.
> 
> Pakaian sunnah juga mampu mencegah dari dosa.
> Bayangkan, 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke