Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, Sudikan awak mengahwini saya..? Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, Alangkah tak malunya wanita ini..
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama pada 1 Julai2003 . Beliau semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Negara menyatakan bahawa kementeriannya akan mengadakan program bertemu jodoh sebagai salah satu langkah menangani masalah wanita yang berpendidikan tinggi yang lambat berkahwin.
Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang asing lagi di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua lapisan golongan wanita terlibat dalam permasalahan ini. Akhirnya, timbullah gelaran-gelaran yang kurang enak didengar seperti andartu, andalusia dan sebagainya. Sebenarnya, jika diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala wanita yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat terhadap amalan perigi mencari timba.
Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Malah seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan meminang. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di kalangan wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan daripada berusaha sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.
Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat27 . Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.
Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya mengubah semula pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita terus menerus dihantui sindrom malu untuk memulakan langkah, maka akhirnya dia terpaksa menempuh satu corak hidup yang sama sekali tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa memilih samada untuk terus bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.
Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap amalan perigi mencari timba ini perlu dihapuskan. Berikutan tanggapan sebeginilah, banyak perigi akhirnya tidak mempunyai timba
I found this article. Personally I agreed to the suggestion. Perempuan meminang lelaki bukan tak pernah dibuat orang, Siti Khadijah telah mempeloporinya sewaktu ingin berkahwinkan Nabi Mohammad s.a.w.
Kita boleh memilih pasangan hidup kita. Jodoh, rezeki dan maut memang ditangan tuhan tapi jodoh dan rezeki adalah sesuatu yang kita boleh bargain bukan ditetapkan secara mutlak..ada specific term saya lupa ..qadar .hanya maut sahaja telah ditentukan sejak azali. Kalau semua orang open minded I cant see why we cant practice this. After all women now days dah ramai yang punya karier yang mantap.
Adik beradik saya ramai lelaki, abang yang nombor 3 memang si perempuan yang datang meminang. Mak saya walau pun pendidikan tak tinggi but she is very open minded. Ingatkan mereka nak datang beraya maklom musim tu masih lagi musim raya..bila si parents cakap kedatangan nak meminang si .baru mak saya terkejut..dahlah tak faham loghat bahasa..but alhamdulillah all went well. Dalam kes ni memang saya rasa kak lang saya tu kena meminang sebabnya my brother is a very quiet person, dia tak banyak cakap kalau nak harapkan dia buka mulut to my mom nak kahwin pun I dont think dia akan buat.
Kemudian abang yang sulung pulak a few makciks dah hint my mother. Mak saya kata biarlah dia cari sendiri esok2 jadi apa2 susah pulak kita berbesan bergaduh. So one day abang sulung beritahu mak sekarang ada 2 women after him. Sorang anak orang kaya ( ada title) mak kena fikir kalau kahwin dgn dia he listed all the pro and cons..sorang lagi orang jauh, orang johor again he listed all the pro and cons so mak nak pilih yang mana? Kira those women memang dah curah hati ..hmm women sekarang berani gak then adik lelaki pulak..same story ramai makcik dah ngendeng Cuma belum bawa tepak sirih aja..my mother beritahu aja..nak tak mak cik A tu kata berkenan dgn kau?
So ladies we do have a choice
make a better choice in your life.
Alhamdulillah saya telah membuat pilihan yang paling tepat dalam kehidupan ini dan semoga ia berkekalan till death do us part.
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
