Hi Mawimania sekalian,
 
 
Korang berhabis bayar bil Astro dan SMS sokong AF3 tu.. Ananda Krishna yang kaya.. orang  melayu dapat apa???
 
Ada otak pakai.. jangan leka.. rumah aku tak ada astro..
 
Hehehhe

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Aduahai Nurshidah Abdullah u terima saja apa2 kritikan dari makhluk dunia ini tentang mawi tu ..jangan terlalu finatik ,anggaplah mereka itu golongan pelajar bukannya golongan terpelajar. Bila disebut golongan pelajar maka mereka ini perlulah diajar supaya mereka tidak kurang ajar . mawi tu pun tak kenal u pun maka sedarlah diri anda . bagi saya maaf cakap saya tak kenal pun siapa itu mawi dan lain2 pelajar af 3 biarlah mereka dengan gelagat mereka. jgn sesekali timbulkan perasaan finatik didalam diri anda kerana finatik akan menjadi bombastik dan seterusnya akan menjadi jentik-jentik seterus nya menjadi se ekor nyamuk yang terbang berkeliaran menyusahkan telinga orang . Benar apa kata Inor sedarkan minda anda dari perkara remeh temeh af3 tu.
 
 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
entah lah... begitu fanatik sekali org ramai dgn rancangan realiti tv seperti AF especially... sedangkan kita tak tahu itu salah satu strategi untuk melekakan kita umat islam ni. statement drp peminat spt tersebut  menggambarkan kpd kita ttg betapa terancamnya kita dgn berbagai hidangan hiburan ikutan barat ni dimana penyanyi2 begitu diagung-agungkan sampai begitu sekali.. paling menyedihkan, rancangan tersebut juga memaparkan kehidupan sehari-harian pelajar2 tersebut yang tentunya tak terlepas dr pergaulan sosial mereka... adakah teladan itu yg ingin kita ikuti?
 
 
sy bukan menuduh ms norshidah seorg begitu, sy dapat lihat kawan2 sy sendiri, betapa fanatiknya mereka dgn rancangan tersebut sampaikan setiap kali lps solat sanggup mendoakan penyanyi agungan mereka supaya tak terkeluar dan dapat buat yg terbaik, bukan itu shj peminat rancangan tersebut sampai sanggup memecahkan tingkap bilik tv astro semata-mata utk membuka pintu bilik tv tersebut yg telah dikunci dr dalam utk menyaksikan rancangan tersebut.
 
mgkin ini tandanya dunia semakin dekat dgn kiamat... org yg tak sepatutnya, mendapat junjungan begitu tiggi sekali, sedangkan apa yg kita dapat drp pengagungan tersebut? adakah mereka nnt yg dapat membantu kita???? berhibur itu dibenarkan, tetapi kita kena beringat.... hiburan yg dibenarkan byk lg.... bukannya sampai melekakan kita dan akhirnya kita lupa akan tanggungjawab kita pada agama...
 
wassalam...


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:


To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: FW: Antara Hinaan Utk Islam & Hinaan Utk Mawi AF3
Date: Wed, 13 Jul 2005 09:00:03 +0800



Subject: RE: Buat peminat MAWI...hidup MAWI...


Bukannya apa......betul2 terkezut bila dpt tahu betapa ramainya org Melayu
(yg dah pasti ZAHIRnya Islam) yg marah2, melenting bila mamat AF3 ni dikutuk
& diberikan komen negatif.
Tp bila Islam dihina, dipijak & disiat-siat secara terang-terangan samada
oleh orang Islam sendiri ataupun oleh orang2 kafir laknatullah macam keng
Yeik tu.......mana perginya suara NORSHIDAH ABDULLAH yg sepatutnya bangun &
mempertahankan kesucian Islam? Mana perginya suara2 ni bila Islam
dipersalahkan atas peristiwa pengeboman di kota LOndon.....walhal penyangak
yg bom tu terbukti rakyat Britain sendiri? Kenapa diam bila Islam dituduh,
dikutuk, dihina sebagai pengganas & umat yg tak bertamaddun?
Dunia benar2 di akhir zaman......penyanyi dipuja2 macam la penyanyi tu yg
akan memberikan syafaat di Padang Mahsyar nanti.....

Subject: FW: Buat peminat MAWI...hidup MAWI...
>
>
>
>
>
>
>
> norshidah abdullah wrote:
>
>
> Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis
akan
> membuatkan sesetengah orang marah tetapi inilah apa yang saya ingin
> luahkan sebagai seorang insan biasa dibumi Allah ini.
>
> Pada masa ini semua hangat memperkatakan tentang Mawi...dimana-mana
pergi
> semuanya berkisar tentang Mawi. Ada yang memuji dan tidak kurang yang
> mengutuk.Setiap minggu, setiap kali konsert..ada saja yang nak
diperkatakan
> tentang Mawi. Bermula dengan konsert prelude hinggalah kemasukan balik
ke
> dalam AF..penuh dengan kontroversi. Setelah konsert pertama
Mawi..beliau
> dikutuk sebegitu rupa hingga dikatakan lupa diri dan mensia2kan
peluang
> kali
> keduanya. Konsert kedua menyanyikan lagu gadis melayu..semua peminat
mawi
> gembira..Mawi membuat comeback. Kutukan untuk Mawi reda seketika.
Konsert
> ketiga Mawi dengan lagu Nour el Ain..beliau menyanyikannya dengan
bagus
> sekali . Akan tetapi sudah adat manusia..kutukan terus diterima
disebabkan
> pelajar favorit cikgu terkeluar. Sekali lagi Mawi dipersalahkan. Bila
> sampai
> konsert ke4 Mawi..dengan lagu English..beliau sekali lagi dihujani
dengan
> kutukan. Yang lagi memedihkan hati kutukan itu dilemparkan ke muka
beliau
> dihadapan jutaan penonton. Peritnya perjuangan dan perjalanan Mawi ini
> dalam
> mencapai impiannya.
>
> Golongan artis dan bijak pandai seni di Malaysia sibuk membincangkan
pasal
> Mawi. Kenapa Mawi sangat diminati..bukan sahaja golongan remaja tapi
dari
> budak 4 tahun hinggalah makcik/pakcik umur 60 -70 tahun. Nak kata muka
> hensem tak sangat...nak kata vokal giler2 best tak jugak..! Semua
tidak
> berpuas hati dengan Mawi kerana undian yang diterima...kata-kata
sumbang
> yang mengatakan Mawi hanya boleh nyanyi lagu nasyid je..Mawi jadi Pak
Arab
> je lah..suara Mawi biasa je...dan macam-macam lagi. Kalau kita
perasan,
> industri musik kita sekarang ni banyak mengagung-agungkan musik dari
> barat. Kalau kita pandai nyanyi lagu Jazz, hip hop atau rock dengan
> falsettolah
> etc..tu kira kita ni dari golongan cultured. Lagu Nasyid memang
dipandang
> rendah..tak ada kelas. Yang menganggap macam tu pun orang-orang kita.
Itu
> yang sedihnya.
>
> Kalau di lihat pada konsert ke4 AF, ramai orang marah bila Idayu
> dikeluarkan. Penonton dikatakan buta seni..tidak tahu menilai mana
kaca
> dan permata. Penyokong fanatik melampau sangat. Cikgu Adnan
menyalahkan FC
> yang terlampau taksub menyokong idola mereka. Untuk pengetahuan
pengkritik
> dan
> pengajar..kalau ditanya pada peminat (yang buta senilah
kot)..kebanyakannya
> mengakui memang suara Idayu bagus..tapi itulah sahaja yang dia ada.
Terus
> terang, ramai yang saya temui..satu pun tak mengundi Idayu. Dia tiada
daya
> tarikan..selepas persembahan dia akan dilupakan. Itulah
hakikatnya...Pelik
> saya bila dikatakan dengan terkeluarnya Idayu kita kerugian besar.
Bagi
> saya tidak..kerana ramai lagi artis yang bersuara bagus seperti Idayu.
Saya
> tak
> rasa pun kerugian besar kalau Syafinaz, Ning yang bersuara bagus tu
tak
> popular dan tak boleh menjual album. Mungkin kerana inilah, kita
dikatakan
> buta seni oleh mereka yang kononya arif.
>
> Tidak cukup setakat itu lagi..FC disalahkan. Niat FC ialah jujur iaitu
> menyokong idola mereka. Sokongan itu tanpa paksaan dan duit yang
> ditaburkan adalah dari kocek mereka sendiri. Janganlah kerana idola
mereka
> tidak sama seperti idola yang para arif seni hendak...dikatakan FC
> merosakkan
> industri kita. Para arif seni mestilah telus dan menghormati apa yang
> peminat
> kehendaki..yang membeli album pun peminat. Selepas itu peminat dan
> penyokong Mawi dikatakan fanatik. Bagi saya perkataan fanatik itu
telah
> disalah
> ertikan. Kalau saya mengundi seseorang itu sampai beratus2 kali..itu
> memang sah fanatik. Tetapi kebanyakan penyokong mawi undi tak banyak.
Ada
> tu
> hanya 5-10 kali sahaja tetapi peratusan Mawi naik kerana peminatnya
ramai.
> Bayangkanlah kalau semua penyokong Mawi mengundi lebih 100 kali
> seorang..entah berapalah % Mawi.
>
> Masa konsert yang lepas, dugaan yang dahsyat lagi sekali dilemparkan
pada
> Mawi. Mawi diminta mennyanyikan lagu Beautiful Maria...dah lah lagu
> sedih...liriknya panjang berjela-jela. Masa yang diberikan hanya
seminggu.
> Bayangkanlah betapa tertekannya Mawi. Selama ini tidak tahu berbahasa
> Inggeris....maksud lirik pun mungkin beliau kurang arif. Hari-hari
dalam
> afxtra ditunjukkan Mawi menghafal lirik, cara sebutan yang betul,
> sampaikan kayuh basikal pun duk nyanyi lagu tu. Penyanyi lain kat luar
pun
> pergi
> belajar kelas bahasa Inggeris nak nyanyi lagu Inggeris. Bila masa
konsert,
> oleh kerana lari tempo sikit kat tengah2 (bagi saya yang buta
seni..ini
> tidaklah begitu teruk), semua mengutuk Mawi. Dengarkanlah semula Mawi
> menyanyi lagu itu...sebenarnya ok. Bagi anda yang membenci
Mawi..berilah
> keadilan padanya.
>
> Susahnya Mawi nak dapatkan pujian dari pengkritik. Sebenarnya peminat
Mawi
> tak kisah kalau Mawi tak diberikan pujian tapi berilah kritikan yang
> membina. Kalau Kefli atau Aidil yang nyanyi sumbang, pengkritik boleh
> katakan 'cubaan yang baik..boleh diperbaiki lagi' tetapi kenapa tidak
> untuk Mawi. Apa salah Mawi??? Tak ada langsung kata2 semangat untuk
> Mawi...bayangkanlah perasaannya!! Saya sedih melihat komen diblog2
yang
> menyatakan Mawi punya persembahan tiada peningkatan. Tak setaraf
dengan
> undi yang diperolehi. Apakah perbandingan yang dibuat...nak
dibandingkan
> dengan lagu Gadis Melayu ke?? Peningkatan macamana yang diharapkan
untuk
> lagu Beautiful Maria? Fikirlah secara logik...saya respek Mawi boleh
> menyanyikan lagu itu dalam masa seminggu. Kemudian adalah yang bijak
pandai
> dan ada class yang mengutuk Mawi punya diction, pronounciation...saya
nak
> tengok
> Amylea yang fasih berbahasa Inggeris tu menyanyikan lagu Nur el
> Ain...sekali dengan sebutan arab tu..boleh ke dalam masa seminggu. Dan
kita
> boleh komen sekali diction dan pronounciationnya...tapi benda tu
takkan
> berlaku
> sebab lagu arab/nasyid ni tak ada classkan!
>
> Yang paling pahit sekali ialah teguran dari Kudsia Kahar. Astro memang
> penuh kezutan. Pada saya, apa yang Kudsia Kahar lakukan akan kembali
balik
> kemuka beliau. Awak adalah seorang pengkritik dan lagipun awak adalan
wakil
> dari
> Astro. Format astro untuk AF ialah meletakkan segala undian ke atas
> penonton. Kat mana yang Kudsia tak faham saya pun tak mengerti.
Selalunya
> komen2 pasal penyokong fanatik dan buta seni atau pun pelajar ini
patut
> keluar dibuat dibelakang pelajar. Tetapi pada konsert lepas...didepan
> jutaan
> penonton Mawi dilemparkan dengan kata2 yang begitu memedihkan. Salah
Mawi
> ke penonton kata macam tu??? Salah Mawi ke penonton mengundi dia dan
> undiannya
> tinggi??? Apa yang Kudsia tak puas hati sangat sampai sanggup
menjatuhkan
> air muka dan semangat Mawi di depan khalayak ramai??? Kalau tak puas
hati
> pasal penonton, buatlah dalam suratkhabar ke?? Kesian sungguh
> Mawi..terkulat2 kat situ! Dan sebagai wakil Astro, memang tak
professional
> langsung. Inikah yang dikatakan pengkritik yang berwibawa???? Kalau
dah
> tak suka Mawi..keluarkan dia dari AF secara terhormat...lepaskan
kontrak
> beliau kerana saya rasa ramai lagi syarikat lain yang berminat. Saya
> sendiri pun
> berani melabur untuk Mawi.
>
> Bukan nak mengutuk tapi lihatlah anak2 emas astro dalam AF tu seperti
> aidil,
> kefli dan yazer. Adakah kerana Kefli menyanyi lagu berhenti berharap
dengan
> bagus sampai kudsia kahar pun menangis, dia boleh dinobatkan sebagai
> juara??? Macamana 4 minggu yang sudah dengan tak habis2
sumbangnya...tak
> ada yang kutuk pun! Lagu yang diberikan kebanyakannya balada...Yazer
pun
> sama
> sampai lagu irama Malaysia pun papa rock nyanyi. Mana keadilannya???
>
> Ditambah lagi rumors yang Astro mempermainkan peratusan pelajar
mengikut
> rancangan sendiri yang mana peratusan Mawi sepatutnya lebih tinggi.
Ada
> pulak yang berkata Mawi akan masuk final tapi takkan jadi juara kerana
> manipulasi. Saya tidak tahu samada ini benar atau tidak...tapi kalau
ini
> benar...saya tak tahu lagi nak cakap apa. Ingatlah..Allah tu maha
> kaya...setiap yang dibuat ada pembalasannya apalagi doa dari orang2
yang
> teraniya.
>
> Kehadiran Mawi memang fenomenal...janganlah dipertikaikan lagi. Apalah
> salah kami semua kerana meminati Mawi? Hentikanlah segala kutukan
kepada
> Mawi.
> Janganlah menyalahkan Mawi dan hentikanlah segala rancangan
menjatuhkan
> nya. Kalau kerana undiannya yang tinggi, saya lebih rela
dikutuk....tapi
> tidak
> untuk Mawi. Mawi tidak tahu apa2 dan Mawi tidak pernah mengemis
simpati
> atau undi dari kami. Semua ini adalah ikhlas.
>
> Tapi saya yakin dan dengan berkat doa dari semua peminat
Mawi...perjuangan
> Mawi akan berakhir dengan kejayaan. Kalau tidak di AF, di luar sana
pasti
> menunggu.
>
>
>
>
/-----------------------------------------------------------------------
----
>
> \
>
> Confidential and/ or privileged information may be contained in this
> e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
> not the addressee indicated in this Message (or responsible for
> delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
> any dissemination, distribution, printing or copying of this Message
or
> any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
> in error and advise the sender by return e-mail. Opinions,
conclusions
> and other information in this Message that do not relate to the
> official business of this company shall be understood as neither given
> nor endorsed by this company.
>
> This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn
Bhd)
> *Scanner Engine powered by Norman Virus Control
>
>
\-----------------------------------------------------------------------
---/
>
>
>
> MNI CONFIDENTIALITY NOTICE & DISCLAIMER
>
> The contents of this e-mail and its attachment,if any ("message") are
> intended for the named addressee only and may contain confidential
> information.
>
> If you are not the named addressee, you must not copy this message or
> disclose it to any other person.
>
> If you have received this message in error, you should delete this
message
> immediately and notify the sender by return e-mail.
>
> Malaysia National Insurance Bhd, its subsidiaries and/or group
companies
> ("MNI") disclaim all liability for any error, loss or damage arising
from
> this message being infected by computer virus or other contamination.
The
> views and other information in this message that do not relate to the
> official business of MNI shall not be deemed given nor endorsed by
MNI.
>
>
>
>
>
>

This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is
addressed and may contain information that is privileged or otherwise
protected from disclosure.If you are not the intended recipient you are
hereby notified that any use, review, disclosure or copying of this message
and the information it contains is prohibited. If you receive the message in
error , please notify the sender by reply e-mail and discard all its
contents. Thank You.


Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!


Yahoo! Mail for Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.


Start your day with Yahoo! - make it your home page

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke