Memanglah Petronas buat duit, tapi sebahagian tu dah jadi subsidi ke rakyat. 
Kerajan nak kurangkan subsidi minyak sebab nak salurkan ke bahagaian lain 
kemasyarakatan etc.
 
Petronas buat deep sea exploration pun sebab nak dapatkan lebih minyak, salah 
satu daripada langkah untuk "energy security". Tapi jangan sebab jumpa telaga 
minyak baru then kita sudah fikir nak minta subsidi jer. Penemuan telaga minyak 
baru merupakan bonus dan dlm masa yang sama kita kena berusaha memajukan diri 
sendiri dan bebas dari subsidi minyak.
 
Pasal nak compare dengan harga barangan lain dgn Malaysia. Kita buat comparison 
pasal minyak bukannya barangan lain. Kalau anda nak barangan lain juga turun 
maka semua orang terutamanya pengeluar kena turunkan harga barangan, gaji kena 
turun (itu pun kalau anda bersedia), harga barang mentah tempatan kena turun, 
harga barang metah import sudah pasti tak boleh turun! (kecuali kena subsidi - 
subsidi lagi). Tapi, masalahnya, macamana nak turunkan kos? Sanggup ke anda 
selama ni bertani jual sayur RM10/sebakul tiba-tiba nak kena jual RM2/sebakul? 
Jangan marah-marah. Kalau anda nak tau kenapa pergilah bertanya kat pakar 
ekonomi. Ianya ada kaitan dengan GDP dan economi balancing. Negara mana yg ada 
GDP tinggi tapi living cost rendah. Besok kalau Indonesia dan Vientnam sudah 
mencapai tahap ekonomi dan GDP seperti kita, sudah tentu RM100 yang anda 
katakan itu sudah jadi tidak cukup. 
 
Tapi yang pasti kecekapan tenaga merupakan salah satu measurenya.
 
Beginilah, di bulan mulia ni tak perlu lah marah-marah. Nak lagi terperinci, 
pergilah tanya pihak berkenan yang berwajib. Tak baik buat provoke kat sini 
yang boleh mengelirukan orang ramai. Apa yang anda kata itu mungkin betul 
dimata anda tapi kurang tepat di mata orang yang pakar dan mahir.
 
Mesti ada sebab yang anda kurang paham so, bertanyalah pada mereka yang lagi 
arif.
 
Pasal masuk "duit masuk kocek" ni, saya no komen. Itu hanya Tuhan yang tau. 
Saya takut mencampurinya kerana tidak arif dan tahu terperinci berkenaannya. 
Takut nanti tersalah membuat fitnah.
 
Kalau tidak suka pengurusan petronas, kenapa tidak tukar sahaja. Pemimpin tidak 
bagus kenapa tidak tukar saja. Kan kata kerajaan dipilih oleh rakyat, so pilih 
lah yang mana anda suka dengan proses pemilihan yang ada. Carilah kerajaan yang 
masing-masing rasa lebih adil. Bukan macam tu? Paling tidak kena berusaha 
bersungguh-sunguh dan menjadi contoh pemimpin yang adil. Buat macam apa yang 
kita katakan kearah keadilan. 
 
Minta maaf ler di bulan puasa ni. Tapi saya rasa penerangan selama ni sudah 
diberi. Maka, terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya. Cara terbaik 
untuk menilai ialah dengan berusaha dan membuat research mengenainya. Setelah 
itu, terpulanglah. Anda dengan pemikiran anda, saya dengan pendapat saya. Saya 
tetap dengan pendapat saya bukan kerana hendak menyokong penipuan politik, tapi 
lebih ke arah membaiki diri sendiri membebaskan diri dari subsidi, dan 
mengamalkan kecekapan tenaga. Kalau anda masih macam tu, itu hak andalah. Kita 
sudah berbincang dan cukup takat ini. Ikut kata hati masing-masing. Tak 
perlulah bising-bising sebab nanti ada orang yang lagi keliru... 
 
Sekian . Terima kasih dan minta maaf sekali lagi.
 
asetip
 
 
 

        -----Original Message----- 
        From: ruzaihan.junit [mailto:ruzaihan.junit] 
        Sent: Fri 10/14/2005 9:25 AM 
        To: [email protected] 
        Cc: 
        Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
        
        
         



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke