Tidak dapat dinafikan bahawa pihak musuh Islam akan mengambil kesempatan ke atas ayapin (ayah pin) - kalau nak panggil dia 'ayapan' pun tak apa sebab dia dah bukan lagi Islam. Sesiapa yang jumpa dia tolong beritahu tak payahlah dia pakai nama Arifin lagi kalau dia memang dah tak berminat dengan Islam. Nama itu bukan hak dia. Kesempatan yang diambil oleh musuh Islam ke atas 'ayapin' pasti dalam bentuk kewangan dan moral. Ini tidak dinafikan sebab dikatakan 'ayapin' memang banyak duit dan The Star itu mungkin salah satu dari penyumbang sokongan moral. Kita tak perlu boikot The Star. Tapi kalau penjual akhbar yang boikot lebih berkesan.
Secara zahir kita tak rasa rugi besar kalau ayapin seorang saja yang murtad. Cumi kita semua mungkin akan menanggung rasa bersalah yang amat besar dan kita semua semua sebenar bersalah kerana kita yang begini ramai (dan sebahagian kita ada kuasa) gagal 'memulih' ayapin yang cuma seorang. Kewujudan ayapin menyebab kita semua menanggung beban yang amat besar kerana semua yang terpengaruh dengan ajarannya ialah orang Islam. Kalau pengikut-pengikutnya itu bukan Islam tak kisahlah. Kalau dia ayapinkan orang Hindu lagi baik. Kalau dia ayapinkan orang Kristian lagi baik sebab dia boleh mengurangkan bilangan penganut agama-agama ini yang terkenal memusuhi Islam. Sekarang ini jelas bahawa pihak berkuasa gagal menangani sepenuhnya masalah yang ditimbulkan oleh ayapin. Usaha membenteras ayapin setelah BN memerintah Terengganu hanya gimik UMNO sahaja. Usaha ini telahpun dibuat semasa pemerintahan PAS tetapi kurang berkesan dan kurang publisiti disebabkan oleh kurang bantuan dan sokongan
dari pihak yang ada lebih kuasa. Gimik tetap gimik sebab ia bertujuan untuk publisiti. Kalau ia bukan gimik untuk publisiti, ayapin sudah pasti kena tangkap sebab PDRM memang pasukan yang terkenal cekap.
Kesimpulan: Oleh kerana pihak berkuasa nampaknya gagal menangani sepenuhnya masalah ayapin (walaupun dengan undang-undang) maka kita semua umat Islam harus mengambil tanggungjawab dengan kemampuan masing-masing untuk menghapuskankan ayapin (ajarannya).
"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
Seperti yang saya pernah tulis tempoh hari, menangkap Ayah Pin itu
adalah salah satu cara untuk menghapuskan pengaruh Ayah Pin. Tidak
menagkapnya pun adalah satu cara untuk menghapuskan pengaruh Ayah Pin.
Kerana jika ia tidak ditangkap, bermakna ia masih dalam buruan. Orang
yang dalam buruan susah nak kumpul pengaruh dan buat payung dan teko
macam di Terenganu itu.
Saya kira lebih baik dia hidup dalam buruan beberapa lama, sehingga
pengaruhnya hilang kemudian baru ditangkap dan dibicarakan selepas isu
ini dah jadi basi. Sekurang-kurangnya Ayah Pin tidak lagi mendapat
perhatian akhbar.
Cuba saudara lihat akhbar The Star tempoh hari yang memberi publisiti
besar-besaran kepada agama Ayah Pin siap dgn gambar-gambar sekali
termasuk synopsis ajaran Ayah Pin yang menekankan konsep muhibbah dan
perpaduan sesama kaum diMalaysia ini. Jika ajaran Ayah Pin ini dibiarkan
panas didalam akhbar, besar kemungkinan ajaran ini akan menarik simpati
golongan liberal termasuk Islam liberal seperti SIS diMalaysia ini. Ia
juga mungkin boleh menarik perhatian pihak luar yang ingin sekali untuk
menjatuhkan imej Islam di dalam dan diluar negeri. Jika ini berlaku, isu
ini mungkin agak sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa agama di
Malaysia ini.
Saya rasa tidak perlu ada fatwa untuk menjelaskan bahawa menggabungkan
Deepavali dan Hari Raya Aidil Fitri didalam satu perayaan adalah haram.
Ini kerana menyambut Hari Raya Aidil Fitri adalah disyariatkan oleh
Agama Islam dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Sementara Deepavali adalah perayaan menyambut kemenangan kebaikan atas
kejahatan. Kebaikan yang dimaksudkan ialah kemenangan Dewa Krishna
keatas seorang raja yang jahat bernama Nakasura. Kepada penganut Hindu
Dewa Krishna dalam bentuk Sri Rama adalah salah seorang jelmaan tuhan
yang besar.
Agama Islam pula tidak mengakui adanya tuhan selain Allah SWT dan
Muhammad sebagai pesuruhnya. Agama Islam juga menyatakan melakukan
syirik kepada Allah SWT samada didalam hati, percakapan atau perbuatan
boleh merosakkan iman, i.e KAFIR dan segala amalan kebaikannya tidak
diterima dan selepas mati dia akan dimasukkan kedalam golongan orang
yang rugi SELAMA-LAMANYA.
Jadi menyambut perayaan yang berasal usul dari kepercayaan yang syirik.
i.e perayaan yang menyekutukan Allah dengan lain-lain makhluk atau
makhluk khayalan sekalipun adalah perbuatan yang syirik dan haram.
Menggabungkan perayaan yang syirik dengan perayaan yang disyariatkan
oleh Allah SWT adalah juga syirik dan bukan dari perbuatan orang yang
beriman kepada Allah, Rasulnya dan Hari Pembalasan.
Cenderung kepada amalan syirik juga adalah haram seperti menggalakkan
penggabungan perayaan yang disyariatkan dengan perayaan yang ada unsur
syirik. Menggalakkan disini termasuklah perbuatan seperti memberi komen
yang positif seperti merapatkan perasaan muhibbah sesama kaum, perpaduan
sesama kaum, integriti nasional, masyarakat sederhana dan liberal dan
toleransi dan entah apa apalah lagi.
Tuan adalah digalakkan untuk bertanya tentang perkara ini kepada orang
yang lebih mengetahui daripada saya. Saya hanya menyampaikan apa yang
saya belajar dari ustaz-ustaz yang mengajar kitab-kitab tauhid.
Sekianlah adanya.
Wassalam. Selamat meyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua .Mohon
ampun dan maaf segala yang terlanjur dan terkasar selama ini.
>>> Pak Belalng 30/10/2005 11:53:45 >>>
Telah beberapa purnama Ayah Pin meninggalkan kita tanpa sebarang
berita. Ura-ura Ayah Pin hendak menubuhkan kerajaan dilangit mungkin
faktor utama mengapa sehingga berita ini ditaip pehak berkuasa agama
semacam sepi sahaja untuk menangkapnya.
Lainlah kalau Ayah Pin hendak menubuhkan kerajaan di muka bumi ini.
Mungkin pehak berkuasa agama termasuk Jakim akan lebih aggresif untuk
menangkapnya. Semacam ada pilih kasih pehak berkuasa agama terutama
Jakim dalam menjalankan tugas mereka!
Masyarakat umumnya sudah maklum akan berita Ayah Pin terkeluar dari
agama Islam. Dengan berita audio video dan keratan akhbar yang
menunjukkan cara sembahyang Ayah Pin macam mirip sami Hindu. Semacam
membawa erti bahawa Ayah Pin penganut agama Hindu.
Jadi dengan dwi perayaan yang hampir sama tarikh sambutannya antara
Deepavali dengan Hari Raya Aidil Fitri,sudah pasti melambai kepada Ayah
Pin agar pulang kepangkuan keluarga dan pengikutnya yang tercinta.Ayah
Pin bebas hendak merayakan mana-mana perayaan mengikut seleranya atau
kedua-duanya serentak.
Tetapi kalau mengikut Fatwa Mufti negeri Perak yang tidak diwartakan,
haram menyambut DeepaRaya serentak? Tak tahulah sejauh mana kebenaran
Fatwa Mufti tersebut. Tetapi memandang ramai dikalangan pemimpin UMNO
turut merayakan sambutan DeepaRaya. Sebagai menghormati pemimpin Barisan
Nasional.Semacam Fatwa Mufti Perak yang tidak diwartakan macam
cakap-cakap tak laku! Semacam layak di bakul sampahkan sahaja!
Kasihan Mufti Perak. Sejak akhir-akhir kewibawaan pehak berkuasa agama
sering dipertikaikan.Tidak menghairankan sebab mereka ibarat Ulamak
makan gaji.Masyarakat semakin ramai yang tidak peduli. Tambahan pula
ramai Mufti atau Ulamak berfahaman Wahabi.Tetapi bab Fatwa yang
mengatakan bab merokok haram oleh kerajaan Arab Saudi tidak pulak pehak
Mufti hormati! Sebab ramai kalangan Ulamak termasuk Mufti yang
mengeluarkan Fatwa DeepaRaya pun pernah merokok! Tak tahulah
perkembangan terbaru , mungkin mereka sudah berhenti merokok.
Berbalik pada pehak berkuasa agama , janganlah terleka menyambut Hari
Raya sampai kehadiran Ayah Pin ( jika benar dia pulang) tidak disedari
oleh pehak berkuasa agama. Kalau ayah Pin pulang tanpa disedari oleh
pehak berkuasa agama takut nanti masyarakat umum kata pehak berkuasa
agama tak reti nak buat kerja. Pehak berkuasa agama semacam dihinggapi
penyakit sindrom selamba je! Tak tahu nak buat apa-apa. Semua diserah
pada pehak keselamatan seperti Polis dan Tentera.
Kalau macam tu baiklah ditukar pegawai-pegawai pehak berkuasa agama.
Yang dapat berkhidmat dan membimbing pada masyarakat tanpa sekatan waktu
dan tanpa mengira bayaran upah dan gaji.Cukuplah keredhaan Allah sebagai
'elaun' khidmat mereka pada masyarakat.
Kalau masih lagi tidak dapat menangkap ayah Pin , apa kata pehak
berkuasa agama termasuk Jakim menggunakan khidmat Skylab yang menjumpai
helikopter kat Sarawak tempoh hari. Dengan kepakaran pehak Skylab dengan
izin Allah,berjaya juga menjumpai bangkai helikopter tersebut yang
hilang hampir 3 minggu.Yang mana sebelumnya masih gagal ditemui biarpun
dengan menggunakan teknologi canggih seperti helipkopter yang mampu
mengesan hatta wang syiling 10 sen sekali pun.Tetapi masih gagal
sehinggalah dengan bantuan Skylab!
Semoga pehak berkuasa agama berjaya dalam misi mereka !!! Kalau tidak
penat jer pehak kerajaan memperhabiskan wang rakyat untuk membayar gaji
mereka. Malang sekali rakyat Malaysia wang kerajaan dihabiskan begitu
sahaja untuk membayar gaji pehak berkuasa agama tetapi tidak sensetif
dengan tuntutan agama. Macam makan gaji buta jer mengikut loghat utara.
Tunggulah ' habuan' anda diakhirat nanti.
Wassalam.
---------------------------------
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
