Terima kasih sebab bagi tau, memang dalam tafsir hadis banyak terdapat kisah israiliat, terutama kisah kisah Nabi Idris a.s. kerana kurang teliti ulama' terdahulu mengambil kisah2. Lagi pun cerita Israeliat ni licik sukar dikesan kesalahannya kecuali oleh ulama' yang benar2 berilmu. Saya sebenarnya ada buku Dr. Mohammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya "al-Israiliyyat wa al-Maudhu'aat fi Kutub al-Tafsir" (Kisah-kisah Israiliyyat dan Palsu di dalam kitab-kitab Tafsir, tapi belum habis baca lagi.
On 11/11/05, PutriEja <PutriEja> wrote: > > KISAH HARUT DAN MARUT > > Berkenaan kisah Harut dan Marut yang dipaparkan Dr. Mohammad bin Muhammad Abu > Syahbah di dalam bukunya "al-Israiliyyat wa al-Maudhu'aat fi Kutub al-Tafsir" > (Kisah-kisah Israiliyyat dan Palsu di dalam kitab-kitab Tafsir) menyenaraikan > kisah tersebut sebagai salah satu daripada kisah israiliyyat yang ada. > > Beliau menyenaraikan beberapa ulama yang menghukum kisah tersebut sebagai > palsu, antaranya al-Imam Abu al-Farj bin al-Jauzi, al-Syihab al-'Iraqi > sehingga beliau mengatakan : "Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan > Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan > mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.". Demikian juga > yang menolak kisah ini ialah al-Imam al-Qadhi 'Iyadh, al-Hafidz 'Imaduddin > Ibn Kathir dan lain-lain. > > Di dalam kisah tersebut terdapat dailog yang menunjukkan dua malaikat > tersebut membantah pengkhabaran ALLAH. Ketika ALLAH berkata kepada mereka : > "Kalaulah aku uji kamu berdua dengan apa yang aku uji terhadap Bani Adam, > pasti kamu berdua akan bermaksiat kepadaku." Lalu riwayat tersebut menyebut > kononnya dua malaikat itu menjawab : "Kalaulah kamu lakukan kepada kami (dgn > ujian tersebut) wahai tuhan, kami tidak akan menderhakai Mu." > > Ungkapan ini menunjukkan bahawa dua malikat ini telah membantah perkhabaran > ALLAH s.w.t. Perkara ini berlawanan dengan ayat al-Quran yang menceritakan > sifat malaikat yang tidak menderhakai ALLAH dan sentiasa mematuhi arahanNYA. > > ALLAH berfirman di dalam al-Quran : > > ف�ا ٍ�غ�ص�نل� افف��م� ك�ا أ�ك�ر�م�ك� ن�ٍ���غ�ف�نل� ك�ا ٍؤكرنل > > > Maksudnya : " (Mereka para Malaikat) tidak menderhakai ALLAH atas apa yang > diarahkan kepada mereka, dan mereka lakukan apa yang disuruh kepada mereka." > > Membantah perkhabaran ALLAH adalah besar kesalahannya, ia boleh membawa > kepada kafir. Ini adalah perkara yang mustahil dan berlawanan dengan sifat > Malaikat yang disebut di dalam al-Quran. Kerana itu para ulama Hadith menolak > dan menjelaskan bahayanya mempercayai cerita-cerita seumpama di atas. > > Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya tersebut telah > menyebut tafsir yang sebenarnya terhadap ayat yang menyebut tentang Harut dan > Marut itu. Sebenarnya sebab yang membawa turunnya ayat tersebut ialah apabila > Syaitan-syaitan pada ketika dahulu boleh mencuri mendengar berita dari > langit. Lalu mereka sampaikannya beserta tambahan kepada pendusta-pendusta > yang terdiri daripada para dukun dan bomoh yahudi yang menulisnya di dalam > kitab-kitab mereka, lalu mereka mengajarkannya kepada manusia. Sehinggalah > pada zaman Nabi SUlaiman orang menganggap ilmu tersebut adalah dari Nabi > SUlaiman. Lalu pendeta-pendeta Yahudi mendakwa dengan ilmu tersebutlah Nabi > sulaiman dapat menundukkan Insan, Jin dan angin yang mengikut perintahnya. > Inilah perangai Yahudi yang sentiasa mempersndakan para Nabi a.s. dengan > pembohongan-pembohongan mereka. Kerana itu ALLAH berfirman : > > نكا ��ر سفٍكال ن ف�ل افشٍاظٍل ��رنا ٍغفكنل افلاس افسحر > > Maksudnya : "Dan tidaklah Sulaiman itu kafir, akan tetapi para syaitanlah > yang kafir, mereka mengajarkan manusia akan sihir." (al-Baqarah - 102) > > Lalu sambung ayat di atas ALLAH berfirman : > > ن كا ألزف غفٌ افكف�ٍل ببابف مارنت ن كارنت > > Maksudnya : "Dan tidaklah diturunkan kepada dua Malaikat di Babil Harut dan > Marut... " (hingga akhir ayat) > > Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di dalam ayat > tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melalui mereka supaya mereka > ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusia dapat membezakan antara sihir > dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yang berlaku kepada Nabi Sulaiman itu > bukanlah sihir akan tetapi mukjizat kenabian daripara ALLAH s.w.t. Dua > malaikat tersebut iaitulah Harut dan Marut telah mengingatkan manusia > terhadap sihir tersebut ALLAH berfirman : > > ن كا ٍغفكال كل أحد حتٌ ٍ�نفا إلكا لحل �تلة �فا ت��ر > > Maksudnya : "Dan tidak mereka berdua (Harut dan Marut) mengajarkan seseorang > mansiapun melainkan mereka berdua berkata : "Sesungguhnya kami ujian (atas > kamu semua), maka janganlah kamu kufur." > > Inilah secara ringkas yang dapat saya petik daripada buku tulisan Dr. > Muhammad bin Muhammad ABu Syahbah tersebut. Ianya jelas tidak ada kaitan > langsung dengan kisah dua Malikat yang kufur dengan ALLAH. Ianya sekaligus > menunjukkan betapa berbezanya penafsiran yang sebenarnya dengan cerita-cerita > Israiliyyat kaum Yahudi. Semoga ALLAH menjauhkan kita dari tipu daya mereka. > > wallahu a'lam. > _________________ > > > KISAH HARUT DAN MARUT > Arak Membinasakan Manusia > > Rujukan: Kuliah Subuh pada membicarakan hadith 40, Syed Ahmad Semait, > PN, Jilid 1, 1986. > > Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak > Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata "Anak-anak > Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi > tetapi mereka mendurhakaiMu". Allah SWT berkata "Kiranya Aku turunkan > kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga, > nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga". Para > Malaikat menjawab "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami > mendurhakaiMu!". Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua > Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi. > > Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat > yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum > diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan > keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili > perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan > mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan > meminum arak. > > Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yang > diperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai > sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun > datang. > > Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi, > apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula > berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah > engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku ke > atas diriku". Jawab rakannya "Benar". Lalu Harut dan Marut pun cuba > memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu > menolak dan pulang ke rumahnya. > > Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata "Baiklah! > Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu > membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan > menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT. > Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya. > > Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada > sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita > itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia > tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan. > Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain > dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa > besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak". > > Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah > mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara > kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ, > lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka > membunuh orang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan, > dalam keadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang > ditunjukan wanita jelita tersebut. > > Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya > menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan > yang semakin mencabar. Kadang-kadang ada orang Islam yang tanpa segan > silu minum arak di khalayak ramai malah mereka merasa bangga dengan > perbuatan mereka. Begitulah kuatnya pengaruh arak sehinggakan Malaikat > yang soleh dan dibeklakan syahwat dan kehendak seperti manusia juga > akhirnya tumpas. Apakah manusia tidak mahu insaf dari meminum arak? > Walaupun tahu arak itu memudaratkan, mengapa masih meminumnya? > > Wallah hu a'lam . > > > ________________________________ Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. > > -------------------------------------------------------------------------- > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in > any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or > approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a > daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change > your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with > the title "change to daily digest". > > > > ________________________________ YAHOO! GROUPS LINKS > > > Visit your group "hidayahnet" on the web. > > To unsubscribe from this group, send an email to: > [EMAIL PROTECTED] > > Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. > > ________________________________ > > -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" PakNgah http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
