Inilah dia apabila hukum politik diberi keutamaan daripada hukum agama, maka bercelarulah mereka yang mementingkan politik sahaja. Malangnya, mereka mengeheret pula orang Islam yang ingin memberi keutamaan pada hukum agama. Kepada yang bukan Islam, reaksi mereka boleh kita faham. Tapi apa yang dapat kita lakukan pada orang Islam yang mempertikai hukum agama sendiri.
 
Isu terbaru ini bermula di UIA apabila seorang pelajar peremppuan bukan Islam enggan menggunakan tudung untuk upacara konvokesyen. Keengganan beliau kemudian disokong oleh beberpa lagi dan, sefaham saya, beliau dibenarkan ke upacara itu tanpa bertudung.
 
Lihatlah wahai Malaysia: seorang sahaja yang membuat bising maka kita terpaksa tunduk. Selama belajar di UIA, pelajar itu tidak pernah dipaksa memakai tudung dan diminta berbuat demikian HANYA untuk satu hari sahaja di atas dasar menghormati upacara itu. Namun, pihak UIA yang terpaksa bertunduk di atas desakan politik.
 
Pada saya, ianya sama seperti cerita Unta dan Orang Arab. Di atas dasar keperimanusian, si Arab membenarkan si Unta tunggangan nya memanaskan bahagian kepala di dalam khemah. Untuk memendekan cerita, maka sedikit demi sedikit si Unta memasukkan badannya sehingga keselurahan berada dalam khemah dan si Arab itu pula berada di luar. Begitulah juga nampaknya nasib kita orang Islam di Malaysia ini.
 
Sewaktu kecil dahulu, saya dan ramai rakan sekolah terpaksa melalui satu jalan di mana terdapat jualan babi panggang terbuka. Sememangnya babi itu haram bagi umat Islam dan bau daging panggang dan asap itu terpaksa kami rempuhi walau kami tidak menyukai. Namun, kami tidak membising kerana ianya hak mereka untuk membakar dan memakan - kami akur dan homati hak itu. Tapi kini, nampaknya tiada yang menghormati hak kami malah memperikaikan nya. Kemana kesudahan kita?
 
Di taman perumahan, terdapat ramai yang memelihara anjing. Yang menghairankan, apabila anjing peliharaan mereka perlu 'melepas', maka di lepaskan anjing itu ke jalanan untuk 'melepas' di kawasan khalayak ramai. Kita umat Islam berdiam diri kerana tidak mahu mencetuskan pertelingkahan. Namun, yang bukan Islam dan yang sedihnya, seagama kita juga, berani mempertikai dan bertelingkah hukum kita.
 
 


Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Isu tudung:
Perkara hukum turut dibahaskan orang bukan Islam

ROSLAN SMS
 
Saya sebenarnya tidak dapat mencari ayat yang sesuai untuk dijadikan tajuk artikel ini. Hati saya pilu, pedih, sedih dan marah apabila melihatkan isu berkenaan aurat wanita Islam kita dibiarkan diperbahas dan disenda gurau oleh semua pihak termasuklah masyarakat bukan Islam. Sekali lagi apabila berbangkit isu yang melibatkan umat Islam pihak berkuasa terutama mereka yang bertanggungjawab ke atasnya (JAKIM, para Mufti, Jabatan Agama) membisu mendiamkan diri, sehingga orang lain menyangka bahawa mereka juga boleh memberi pandangan dan pendapat kerana tiada larangan dan amaran.

Maka terbitlah artikel dalam akhbar dan laman web milik bukan Islam, contohnya dalam akhbar The STAR terdapat dua artikel (satu artikel pada 6 November lalu: Lets not cover up the tudung issue – tulisan Wong Chun Wai) (terbaru hari ini: Veiled threat to nation building dan Iranian revolution the catalyst for tudung code – yang malangnya kedua-dua artikel tulisan penulis Islam), dalam BLOG Screenshots milik Jeff Ooi artikel: Lets not cover up the tudung issue telah mengundang 75 komen terutama dari bukan Islam.

Pihak berkenaan seperti biasa diam membatu kerana menunggu reaksi pihak berkuasa politik. Takut-takut kalau terlalu cepat bersuara, nanti Pak Menteri keluarkan kenyataan berbeza, maka dia akan terperangkap, sekali lagi isu periuk nasi diberi keutamaan. Sedangkan ini isu agama, isu hukum, tak perlu takut kepada Pak Menteri dan ahli politik, takutlah pada Allah!

Isu ini mula bangkit apabila dibawa oleh Ketua Pembangkang ke Parlimen ekoran isu graduan UIA yang diwajibkan berpakaian jubah bertudung kepala di majlis konvokesyen tidak kira samada yang muslim ataupun tidak. Saya sudah pun membuat ulasan berkenaan perkara ini, dan saya menegaskan sekali lagi dalam hal ini Islam tidak pernah memaksa mereka yang bukan Islam, kecualilah ini hal pakaian seragam - perkara peraturan dalaman (sebagaimana kerajaan PAS Kelantan dalam hal pakaian sopan untuk para pekerja wanita bukan Islam dalam kawasan MPKB, tidak pun mewajibkan mereka bertudung, cuma berpakaian sopan, itupun segala kerabat BN telah berkokok)

Kalau setakat mewajibkan yang bukan Islam bertudung sewaktu konvokesyen, maka hadkanlah perbincangan berkenaannya disitu, jangan meleret-leret sehingga berbahas dan mempertikaikan pula penggunaannya dikalangan masyarakat Islam!

Wong Chun Wai (The STAR) menulis:

Among Muslims, the question of whether to wear the tudung or not is a contentious issue. For my Muslim friends and colleagues, the tudung is a symbol of piety and religion. They regard it as compulsory while many others, who do not wear it say it is matter of choice.

Sesama masyarakat Islam, isu samada memakai tudung ataupun tidak sentiasa menjadi isu pertikaian. Bagi rakan-rakan muslim saya, mereka mengenakan tudung kerana taat pada agama. Mereka menganggapnya sebagai wajib manakala bagi sebahagian besar yang lain yang tidak mengenakannya, menganggap bertudung atau tidak sebagai satu pilihan.

Wong menganggap mereka (sudah pastilah yang beragama Islam) yang di IPTA yang mewajbkan pemakaian tudung dikalangan siswi mereka sebagai:

Taliban-style zealot/ fanatic ala-Taliban

Shamsul Akmar (The STAR – yang sudah pasti ramai pembacanya adalah masyarakat yang bukan Islam) menulis:

The bigger issue is actually where the government stands on the tudung issue. It is not the government policy to impose the wearing of the tudung but some employees have taken it upon themselves to enforce it on their Muslim subordinates.

Some school teachers are the worst lot. They prey on children who have yet to determine their religious conviction.

Many of these children succumb to peer pressure and become ashamed of their parents who do not don the tudung.

Isu yang lebih besar adalah apakah sikap kerajaan atas isu tudung ini? Ia bukanlah satu polisi kerajaan untuk mewajibkan pengunaan tudung akan tetapi terdapat kakitangannya yang memaksa kakitangan bawahannya untuk berbuat demikian.

Dan guru-guru sekolahlah antara yang paling teruk. Mereka memantau kanak-kanak yang masih belum memahami agama.

Kebanyakkan kanak-kanak ini akhirnya menghadapi tekanan dari kalangan sesama mereka dan menjadi malu apabila ibu mereka tidak bertudung.

Kalau Wong Chun Wai dan Jeff Ooi yang bukan Islam itu, menulis perkara-perkara sebegini, walaupun dalam keadaan marah kita boleh berkira-kira lagi, akan tetapi Shamsul tidak sepatutnya menconteng arang ke atas hukum dan peraturan agama kita.

Setakat yang saya tahu tidak ada seorang pun ulamak di Malaysia yang berani mengatakan bahawa bertudung itu satu pilihan (bagi muslimat yang telah baligh) (kecuali Astora Jabat – tetapi Astora bukan ulamak!). Ini kerana tuntutan hukumnya begitu jelas diperturunkan oleh Allah swt dan ditetapkan oleh Rasul Nya saw.

Tak kiralah kalau isteri TPM tidak mahu bertudung (terbaru Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Umno Kelantan di Mini Stadium Pasir Mas), Menteri wanita seperti Rafidah dan Azalina enggan bertudung, isteri-isteri menteri, timbalan menteri dan pemimpin-pemimpin Islam tertentu yang lain tidak mahu bertudung, keenganan serta keingkaran itu pilihan mereka. Akan tetapi ketetapan hukum tidak boleh berubah kerana pilihan dan kehendak mereka!

Dalam keadaan maruah Islam dimain-mainkan ini saya berharap kalaulah ada kesedaran dikalangan mana-mana pihak yang berkuasa, (Dr Abdullah Md Zain ke, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa ke, Pengarah JAKIM ke atau siapa sahaja yang berotoriti) segeralah terangkan bahawa hukum bertudung itu wajib ke atas semua wanita Islam yang baligh agar masyarakat bukan Islam termasuklah yang Islam seperti Shamsul boleh faham dan tidak lagi perkara ini dijadikan bahan main-mainan lagi. [EMAIL PROTECTED]
 
Sila ke BLOG Roslan SMS


Yahoo! Model Search - Could you be the next catwalk superstar? Check out the competition now

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke