Alhamdulillah. Lega rasanya kalau ada pelajar yg
berperasaan begini.. Tegas dan sensitif kepada Islam.
Glad to hear this.

Betul, mmg niat asal saya bukan utk mengajak umat
mendiamkan diri, ttp sebagai ignition bg mereka2 yg
masih lalai, lena dibuai sekularisme. Sekularisme
ataupun pemisahan agama dari kehidupan merupakan
aqidah masyarakat kapitalis, yg menafikan peranan
agama dalam kehidupan terutamanya politik
(kenegaraan). Sistem pemerintahan, perundangan dan
segala sesuatu yg menyangkut peraturan hidup, sebagai
pelajar atau bkn pelajar.

Perlu kita jernihkan pemikiran kita, tepuk dada tanya
iman kita (lillahi ta’ala), apakah kita bukan dari
kalangan sekularis apabila kita sekadar berpuas hati
dgn mengisytiharkan nama kita yg berbin atau berbinti
? Atau kita dabik dada dengan four-flat dlm Islamic
subject walaupun kita ict, mechanical student ? Ini
perlu kerana sekularisme tidak berpangkal pada label
bangsa atau keturunan, tetapi ianya menyelinap masuk
ke minda melalui pencerapan dan penerapan suasana
tanpa sedar..

Apa sebenarnya tuntutan Islam terhadap pelajar dan
bukan pelajar apabila 1001 macam hukum Allah masih
tidak terlaksana ? Bukan sahaja isu tudung di sekolah
rendah, di ipt malah dimana sahaja, bahkan banyak isu
lain yang menghina kaum muslim dikala ini perlu diberi
tumpuan serius. Pelajar tidak sahaja mentelaah, score
utk menggemilangkan cgpa sahaja tetapi berperanan
dalam mengubah cara hidup hari ini. Pelajar juga
adalah ahli masyarakat yang terbeban dengan seruan
amar maaruf wa nahiy mungkar. Pelajar (yg mukallaf)
juga ditaklif kepada tuntutan hidup seperti bekerja
(utk nafkah sendiri dan keluarga -tanggungan),
politik, kenegaraan dsb. 

Lihat sirah dan sejarah para sahabat, mereka tidak
lari dari kewajipan belajar dan mengajar serta memikul
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Berekonomi,
dakwah, berpolitik dan jihad menjadi aktiviti yg
dilakukan sepanjang masa tanpa dipisahkan dari ibadah
mahdhah. Lain pula suasananya hari ini, jika seorang
itu menjawat sebagai pelajar, maka tugas hariannya
belajar tanpa peduli politik umat seluruhnya. Jika
seorang itu pekerja, maka kerja itulah yang
dilakukannya seolah-olah urusan lain bukan urusannya.
Begitu pula yang lain. Itulah suasana sekularisme yg
kita alami sekarang.

Adakah kita tidak merasainya ?

Ataukah kita masih berdalih dengan 1001 alasan kerana
khuatir dengan kenyataan ?

Sama-sama kita jawab sekarang.

wsl



--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> salam...sbnrnye inilah isu yg slalu diguna pakai
> oleh org2 kafir utk menyerang islam.wpun hya
> seorg,tp cukup utk menggegarkan negara.lihatlah pd
> isu singapura bbrapa tahun lepas dimana bdk sek
> rendah tidak dibenarkan utk pakai tdg ke sek.perlu
> ke kita menutup mata pd hal ini?buat roshayati,ni la
> ms yg kite perlu bertegas dgn pendirian kita.bkn utk
> mediamkn diri semata2.
>    
>   adakah setiap muslim memilih utk hidup secara
> sekular?rasanya tidak.kehidupan di uia mewajibkan
> setiap pelajarnya mengambil bbrapa mata pelajaran
> islam wpun dia bukan jurusan agama.nah...inilah
> terbuktinya kehebatan uia yg xada pd ipt yg lain.bkn
> rsa megah atau takbur sbg pelajar uia,tapi ingin
> menyatakan bhw kami diajar utk x'disekular' kn dgn
> kehidupan.wpun sbg pelajar ict,kejuruteraan,bahkan
> sastera inggeris tetap akan mengambil pelajaran spt
> 'islamic worldview','methods of da'wah','islamic
> knowledge and civilizaton' and 'ethics and
> islam'.nah,inilah terbuktinya bhw kami tetap akan
> belajar dan mendalami dgn sedalam2nya,insya Allah
> ilmu agama yg diajar oleh pensyarah uia.
>    
>   'Kita kan selesa dengan keadaan sekarang. Kereta
> ada,
> rumah ada walaupun semuanya hutang dan bergantung
> dengan riba. Jadi jika ada isu sekali sekala tu,
> tutup
> mata je la.'
>   adakah islam mengajar utk menutup mata pd
> kebatilan?sedangkan saidina umar sanggup utk
> menghunuskan mata pedang bg org yg minum arak dan
> sanggup merejam anaknya bg kesalahan zina.bahkan
> rasulullah pnah menyebut bhw diantara halal dan
> haram ada syubhah,maka jauhkanlah perkara
> syubhah.inikan pula dgn riba.
>    
>   maafkanlah sy andainya terkasar bahasa,tersilap
> bicara.kalau ada salah n silap,tegurlah sy.
>    
>   pelajar uia.
>   
> 
> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>   Salam...
> 
> Sepatutnya tak payah la kita bising2 dan pertikaikan
> hal ni yang pada saya hanya hal yang remeh temeh.
> Isu
> tak pakai tudung atau keengganan untuk mengenakanya
> sama ada oleh bukan Islam atau dengan bahasa yang
> lain
> orang kafir atau oleh orang Islam tu sendiri.
> Sepatutnya kita tak surprise dengan keadaan ni atau
> keadaan2 lain yang lebih teruk lagi. Bilamana kita
> "terpaksa" walaupun takda siapa yang paksa kita
> tunduk
> dengan golongan kafir ni.
> Kita sepatutnya berlapang hati kerana kita sendiri
> yang pilih untuk hidup dalam ALAM KEHIDUPAN SEKULAR
> tanpa ada rasa untuk berubah ke arah kehidupan yang
> lebih baik.
> Kita kan selesa dengan keadaan sekarang. Kereta ada,
> rumah ada walaupun semuanya hutang dan bergantung
> dengan riba. Jadi jika ada isu sekali sekala tu,
> tutup
> mata je la.
> --- [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
> > Inilah dia apabila hukum politik diberi keutamaan
> > daripada hukum agama, maka bercelarulah mereka
> yang
> > mementingkan politik sahaja. Malangnya, mereka
> > mengeheret pula orang Islam yang ingin memberi
> > keutamaan pada hukum agama. Kepada yang bukan
> Islam,
> > reaksi mereka boleh kita faham. Tapi apa yang
> dapat
> > kita lakukan pada orang Islam yang mempertikai
> hukum
> > agama sendiri.
> >    
> >   Isu terbaru ini bermula di UIA apabila seorang
> > pelajar peremppuan bukan Islam enggan menggunakan
> > tudung untuk upacara konvokesyen. Keengganan
> beliau
> > kemudian disokong oleh beberpa lagi dan, sefaham
> > saya, beliau dibenarkan ke upacara itu tanpa
> > bertudung.
> >    
> >   Lihatlah wahai Malaysia: seorang sahaja yang
> > membuat bising maka kita terpaksa tunduk. Selama
> > belajar di UIA, pelajar itu tidak pernah dipaksa
> > memakai tudung dan diminta berbuat demikian HANYA
> > untuk satu hari sahaja di atas dasar menghormati
> > upacara itu. Namun, pihak UIA yang terpaksa
> > bertunduk di atas desakan politik.
> >    
> >   Pada saya, ianya sama seperti cerita Unta dan
> > Orang Arab. Di atas dasar keperimanusian, si Arab
> > membenarkan si Unta tunggangan nya memanaskan
> > bahagian kepala di dalam khemah. Untuk memendekan
> > cerita, maka sedikit demi sedikit si Unta
> memasukkan
> > badannya sehingga keselurahan berada dalam khemah
> > dan si Arab itu pula berada di luar. Begitulah
> juga
> > nampaknya nasib kita orang Islam di Malaysia ini.
> >    
> >   Sewaktu kecil dahulu, saya dan ramai rakan
> sekolah
> > terpaksa melalui satu jalan di mana terdapat
> jualan
> > babi panggang terbuka. Sememangnya babi itu haram
> > bagi umat Islam dan bau daging panggang dan asap
> itu
> > terpaksa kami rempuhi walau kami tidak menyukai.
> > Namun, kami tidak membising kerana ianya hak
> mereka
> > untuk membakar dan memakan - kami akur dan homati
> > hak itu. Tapi kini, nampaknya tiada yang
> menghormati
> > hak kami malah memperikaikan nya. Kemana kesudahan
> > kita?
> >    
> >   Di taman perumahan, terdapat ramai yang
> memelihara
> > anjing. Yang menghairankan, apabila anjing
> > peliharaan mereka perlu 'melepas', maka di
> lepaskan
> > anjing itu ke jalanan untuk 'melepas' di kawasan
> > khalayak ramai. Kita umat Islam berdiam diri
> kerana
> > tidak mahu mencetuskan pertelingkahan. Namun, yang
> > bukan Islam dan yang sedihnya, seagama kita juga,
> > berani mempertikai dan bertelingkah hukum kita.
> >    
> >    
> >   
> > 
> > Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          
> Isu
> > tudung: 
> > Perkara hukum turut dibahaskan orang bukan Islam
> > 
> > ROSLAN SMS
> >    
> >   Saya sebenarnya tidak dapat mencari ayat yang
> > sesuai untuk dijadikan tajuk artikel ini. Hati
> saya
> > pilu, pedih, sedih dan marah apabila melihatkan
> isu
> > berkenaan aurat wanita Islam kita dibiarkan
> > diperbahas dan disenda gurau oleh semua pihak
> > termasuklah masyarakat bukan Islam. Sekali lagi
> > apabila berbangkit isu yang melibatkan umat Islam
> > pihak berkuasa terutama mereka yang
> bertanggungjawab
> > ke atasnya (JAKIM, para Mufti, Jabatan Agama)
> > membisu mendiamkan diri, sehingga orang lain
> > menyangka bahawa mereka juga boleh memberi
> pandangan
> > dan pendapat kerana tiada larangan dan amaran.
> > 
> > Maka terbitlah artikel dalam akhbar dan laman web
> > milik bukan Islam, contohnya dalam akhbar The STAR
> > terdapat dua artikel (satu artikel pada 6 November
> > lalu: Lets not cover up the tudung issue –
> tulisan
> > Wong Chun Wai) (terbaru hari ini: Veiled threat to
> > nation building dan Iranian revolution the
> catalyst
> > for tudung code – yang malangnya kedua-dua
> artikel
> > tulisan penulis Islam), dalam BLOG Screenshots
> milik
> > Jeff Ooi artikel: Lets not cover up the tudung
> issue
> > telah mengundang 75 komen terutama dari bukan
> Islam.
> > 
> > Pihak berkenaan seperti biasa diam membatu kerana
> > menunggu reaksi pihak berkuasa politik.
> Takut-takut
> > kalau terlalu cepat bersuara, nanti Pak Menteri
> > keluarkan kenyataan berbeza, maka dia akan
> > terperangkap, sekali lagi isu periuk nasi diberi
> > keutamaan. Sedangkan ini isu agama, isu hukum, tak
> > perlu takut kepada Pak Menteri dan ahli politik,
> > takutlah pada Allah!
> > 
> > Isu ini mula bangkit apabila dibawa oleh Ketua
> > Pembangkang ke Parlimen ekoran isu graduan UIA
> yang
> > diwajibkan berpakaian jubah bertudung kepala di
> > majlis konvokesyen tidak kira samada yang muslim
> > ataupun tidak. Saya sudah pun membuat ulasan
> 
=== message truncated ===



        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke