Assalamualaikum.. Saya setuju dengan pendapat atau pandangan Caring Mommy.
Kita sesama umat Islam selalu menunding jari antara satu gerakan lain ke satu yang lain seolah2 mencari siapa yang hebat dan siapa yang benar. Kita seolah-olah lupa bahawa musuh kita yang sebenar berada di luar kelompok Islam kita. Musuh yang tak pernah berhenti menghina dan "membunuh" kita dari segi mental dan fizikal. Pada saya selagi dia bernama Islam dan menurut segala kewajipan dalam Islam, maka dia adalah saudara. Kenapa kita mesti bercakaran sesama kita. Lama - kelamaan, kita sendiri yang akan menghancurkan Islam dari bumi ni. Wallahua'lam. --- Caring Mommy <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Assalamualaikum, > Sekadar pandangan dari saya yang cetek ilmu ini. > Bagi saya, untuk kita melabel sesuatu gerakan > secara pukul rata adalah > tidak betul kecuali gerakan itu sangat obvious > kesesatannya seperti Qadiani > kerana ketuanya mendakwa dia adalah Nabi, > bertentangan dengan sabda > Junjungan Mulia, Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam > bahawa Baginda adalah > Seal of the Prophet - Penutup semua Nabi (Nabi > terakhir). Untuk kes Wahabi > atau mana-mana gerakan Islam lain, kesalahan mereka > perlulah dihalusi secara > case*-by-case,* sambil menjelaskan lengkap dengan > dalil dan nas dimanakah > yang salah itu. Dari situ, kita akan nampak adakah > ia isu pokok > (fundamental) seperti masalah aqidah yang kita tidak > boleh taqlid dan > bersumber dari sumber yang *zhann* (sangka-sangka) > bukan secara *qat'ie (*100% > pasti). Sekiranya isunya adalah masalah cabang > (furu') yang mana dibenarkan > adanya khilafiah seperti bab-bab hukum syarak > melibatkan soal ibadah khusus, > maka kita perlulah berlapang dada jika mereka > (gerakan under review) > mempunyai pandangan berbeza. Ingatkah antum > peristiwa yang mana Nabi > memerintahkan sahabat melakukan solat asar sebaik > tiba di Bani Quraizah? > Sebahagian sahabat memahami bahawa tidak boleh solat > asar kecuali telah > menjejakkan kaki ke tempat itu (no matter how long > it takes to reach there, > never ever perform the solat). Manakala sebahagian > sahabat lagi berpendapat > bahawa mereka mesti bergerak pantas supaya dapat > lakukan solat asar dalam > waktunya. Kedua-dua pendapat diterima baginda. > Sebagai umat Islam, tanggungjawab kita hendaklah > memastikan kita memilih > sesuatu hukum berdasarkan pendapat yang paling > raajih berdasarkan *quwwatu > dalil* (kekuatan dalil). Sepatah kata Imam Syafie - > *Jika kamu menemui > pendapat yang lebih kuat, buangkanlah pendapatku > jauh-jauh.* Jika seorang > Mujtahid Mutlak boleh mengeluarkan pendapat sebegini > 'humble' apatahlagi > kita yang kurang ilmu ini berbanding dengan Imam > Syafie. Disini, kita akan > nampak bahawasanya, sungguhpun dibenarkan taqlid > kepada mazhab(dalam bab > hukum syara' - isu cabang) tetapi ia tidaklah > menggugurkan tanggungjawab > menuntut ilmu yang difardukan ke atas semua umat > Islam. *Tholab al-ilmi > faridhatan 'ala kulli muslimin wa muslimat - > menuntut ilmu itu diwajibkan > keatas umat Islam laki-laki dan perempuan (hadis).* > Satu perkara lagi, apapun *aktiviti pembongkaran > kesilapan oleh gerakan > Islam, kita mesti niat ianya adalah dalam rangka > menjalankan amar ma'ruf > nahy anil munkar* (ali imran 3:110,104) bukan untuk > memulakan (initiate) > satu permusuhan. Kita mengingatkan dan menasihati > satu-sama lain (surah > al-asr) dalam rangka kasih sayang sesama saudara > seagama, bukan untuk > memusuhi mereka. Adalah tidak adil terus menghukum > Wahabi sebagai sesat > secara borong. *This is totally unacceptable.* Dalam > pada itu juga, *pastikan > info yang dicari untuk dianalisa digali dari sumber > mereka*, bukan sumber > sekunder, apatahlagi dari sumber musuh mereka. Tidak > ada istilah *your > enemy's enemy is your friend* kerana kita bukan > berlawan dengan Kafir Harbi. > Bukan apa, dikhuatiri hanya disebabkan suatu hal > remeh yang jatuh dalam > kategori khilafiah, kita lupa musuh di luar sana > yang sedang enak > mengganyang saudara seagama di Iraq, di Gujerat, di > Selatan Thailand dll > bahagian dunia. Kerana terlalu fokus pada kuman di > seberang laut, kita lupa > Gajah, Dinasour & T-Rex di depan mata yang > berselindung disebalik Islam > Liberal dan sekutu-sekutunya. > Semuga Allah Subhanahu Wa Taala akan memberi kita > hidayah hingga kita > mengetahui yang benar itu benar hingga kita dapat > mengikutinya dan > menunjukkan kepada kita yang batil itu batil hingga > kita mampu menjauhinya. > Maaf jika terkasar bahasa. > Wallahu 'alam. > > ** > > > On 11/14/05, "suria" <"suria"> wrote: > > > > Wahabi ...sukar untuk dimengertikan..dalam mencari > kebenaran kita > > sering bertemu dengan permasalahan begini, so > which one is right? > > nak kata salah orang besar dalam wahabi ustad > hussien yee, pendakwah > > terkemuka..dia juga mempraktikkan pembelajaran > bahasa arab secara > > lafziah yang dipelopori ustad ghani ( kalau tak > silap, dari negeri > > sembilan)..ada seorang pengikut dia berikan saya > handphone ustad > > hussien yee utk bertanya lanjut tentang kelas > bahasa arab ni.. > > dalam pencarian kebenaran kita sering berjumpa > dengan > > kebetulan...bulan ramadhan baru ni seorang ustad > zainal abidin beri > > tazkirah, di akhirnya beliau kata terlupa nak bawa > buku utk dia beri > > pada surau. buku itu tulisan tok guru beliau untuk > menangkis fahaman > > wahabi...dia beli 30 naskah tapi nak fisabilillah > aja dermakan untuk > > kebaikan umat..janjinya nak beri keesokkan harinya > ( > > deepavali)...kebetulan deepavali saya terpaksa > berangkat balik ke > > kg, singgah di rumah kawan yang ayahnya tok imam > surau tu siap > > tinggal duit utk sedekah lagi dan tolong simpankan > satu naskah utk > > saya baca.. > > lepas raya ziarah rumah kawan tu katanya tak > sempat ambil, ustad tu > > bawa 15 naskah sekejap orang dah ambil...so i am > wondering if anyone > > here has the copy of this book, i would like to > have one copy...tak > > jumpa di kedai buku agama yang biasa saya > kunjungi... > > demi untuk kebaikan umat juga...setiap persoalan > pasti ada jawapan... > > > > --- In [email protected], Putri Eja > wrote: > > > > > > WAHABI ADALAH WAHABI > > > > > > Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an > dan sunnah Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih > dari Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan > dari Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar > dengan kaedah yang > > asli > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku > ikuti > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya > mengikut as-Syafie > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat > dilarang oleh Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya > dilarang oleh Nabi > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh > as-Syafie > > > Lalu aku dipanggil Wahabi > > > > > > Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan > diajar oleh Nabi > === message truncated === __________________________________ Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click. http://farechase.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
