Betapa banyak nya pembohongan yang perlu dibuat oleh pemerintah untuk menyembunyikan kesilapan mereka. Dalam kes ini, Azmi sememangnya ke Negeri Cina untuk memohon maaf, tapi kini dinafikan pula. Kemanakah maruah Azmi, Kabinet Malaysia dan amnya rakyat Malaysia, kerana permohonan maaf dipinta dari negara asing sedangkan rakyat negara itu tidak terlibat! Takut benar ke pemerintah sehingga digegaskan Azmi?
 
Kini, setelah terbukti gadis dalam kes ini seorang rakyat tempatan dan Melayu, kemanakah pula harus Kabinet gegaskan Azmi untuk memohon maaf? Dan mahukah mereka meminta maaf dari rakyat Malaysia, terutama gadis terlibat, atau adakah gadis itu akan dicari segala kesalahannya dan dicemuhkan pula untuk menutup keaiban pemerintah? Adakah kita rakyat Malaysia akan berdiam sahaja dan membiarkan penipuan demi penipuan dilakukan keatas kita?


From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan terhadap Teresa Kok

(Bernama) -- Seorang anggota Dewan Negara menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menayangkan video lucah seorang tahanan wanita yang melakukan ketuk ketampi sambil berbogel.

Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, anggota polis lelaki yang bertanggungjawab merakamkan aksi tersebut juga perlu dikenakan tindakan kerana mencetuskan suasana tegang sehingga menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Perbuatan pemimpin DAP yang menayangkan video tersebut di hadapan menteri dan wakil rakyat di Lobi Parlimen, bulan lepas telah menjatuhkan maruah tahanan wanita itu, katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Rabu.

"Teresa patut didakwa kerana menjaja cerita lucah di Parlimen sehingga memalukan wanita itu, polis kita sebenarnya bagus, apa yang dilakukan ke atas tahanan terbabit adalah prosedur biasa.

"Disebabkan oleh perbuatan beliau itu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid terpaksa ke China untuk meminta maaf sedangkan hari ini apabila membaca akhbar seluruh rakyat terkejut kerana tahanan itu adalah wanita tempatan berketurunan Melayu," katanya.

Selain itu, Syed Ali turut meminta polis bertindak lebih cekap dengan memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai status sesuatu kes secara lebih cepat dan tepat.

Menurutnya, kelewatan polis mengumumkan hasil siasatan dan tindakan media menyiarkan kes itu secara meluas telah menjejaskan reputasi pasukan keselamatan dan memalukan negara.

Katanya, pendedahan tersebut telah menyebabkan banyak pihak termasuk menteri mengeluarkan pelbagai reaksi sedangkan kes itu boleh diselesaikan dengan cepat tanpa perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas dan inkuiri awam.

Terdahulu pada Persidangan Dewan Negara, beliau meminta Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Chia Kwang Chye menjelaskan siapa yang harus dipertanggungjawabkan berhubung insiden tersebut.

Chia bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut dan sebaliknya memberitahu, pemergian Azmi ke sana bukan untuk meminta maaf kepada kerajaan China berhubung isu ketuk ketampi tetapi berkaitan satu isu lain.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 12/14/2005 08:04:26 PM


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke