Alhamdulillah.. Fakta yg saya fwdkan tu lahir dari akhbar tempatan yg dipelopori parti yg menjunjung al-quran & sunnah di atas batu jemala mereka... Dan diyakini bhw mereka tidak akan sesekali membohongi rakyat & menfitnah terhadap pihak tertentu...
 
Bukannya seperti fakta yg dtgnya dari sesetgh akhbar yg tak tahu sejauh mana kebenaran tapi dah main papar tanpa usul-periksa (cth terkini mcm isu ketuk-ketampi tahanan tu lah - senang citer)... dan dgn mudah menyalak2 serta memfitnah mantan TPM spt yg berlaku sblm ni.. Dan ianya semua dah terbukti fakta menyeleweng..
 
Soalan dibwh ni dikemukakan utk saya atau utk pemerintah sekarang ye? Tujuan buat prasarana tu semuanya mmg amat dialu2kan rakyat terutama mereka yg berpendapatan rendah/ takde pendpatan.. Paling penting keujudan biasiswa... Tapi siapa yg menyalahgunakannya kalau bukan pemerintah skrg ni sendiri? Cth wang PPRT/Tabung Haji yg diseleweng? Mana rakyat tak naik angin? Dan biasiswa (tanpa pembayaran balik) sendiri, cthnya biasiswa utk pelajar dasar pandang ke Timur yg dikeluarkan kerajaan melalui JPA ni bukankah ditujukan khas utk golongan kurang pendapatan & pegawai2 k'jaan yg melanjutkan pelajaran (utk mmemajukan institusi & ummah) saje ke? Betulkan saya jika tersilap.. Tujuan saya menyentuh hal ni ialah, terdapat RAMAI ANAK2 golongan kaya-raya spt CEO, Dokter, Engineer, ADUN yg dpt biasiswa ni... Mcm mana boleh jadi begini? Kalau biasiswa Rotary Club, Mombusho, Panasonic tu lain la halnya...
 
Mana tak rakyat sakit hati??? Mcm mana rakyat tidak akan mengikut perasaan??? Mcm mana saya sbg tax payer tak rasa panas-hati??? Dah nmpk KETIDAK-TELUSAN pihak kerajaan dlm menguruskan amanah rakyat ni.. Yg miskin kena buat pinjman PTPTN/MARA.. Kenapa yg kaya-raya semuanya tak kena pinjmn spt ini..??? Barulah boleh hentam mereka balik kalau tak bayar balik.. barulah bleh gegar mak-bapak / penjamin mereka utk bayar balik... Ni dahlah miskin, alhamdulillah dpt belajar univ tapi kena buat pinjaman, lps belajar nak bantu mak ayah lagi, nak bantu adik2 yg masih kecil lagi, keluarga sendiri lagi.... Pastu terpampang nama dlm dada paper laksana pembelot negara... Byk lagi cth ketidak-telusan pentadbiran k'jaan yg lain dan saya sendiri 'rasa' cik Suria sendiri dah tahu. Dan saya mengharap sgt2 PAS/PKR dpt mentadbir negara ni supaya dpt saya & cik Suria sendiri bandingkan dgn pemerintah sekarang... dan supaya yg sikaya-raya tu tak ambik kesempatan... nnt mesti cik suria or yg lainnya akan terdetik - rezeki Tuhan yg tentukan... TAPI manusia yg dianugerahkan rezeki tu kena mainkan peranan! Tu lah Ying & Yang dari Tuhan!
 
BN khususnya & Malaysia amnya mmg betul2 beruntung sbb punya rakyat yg tak 'PANAS BARAN' mcm rakyat di Taiwan, Korea Selatan, Afrika, Amerika Latin, even Amerika Tgh jua dll, yg akan membuat serangan 'ganas' jika mereka tak berpuas-hati terhadap pemerintah... beruntunglah dpt rakyat yg cuba/berjaya mengawal diri dgn hanya menyumbangkan sekelumit tenaga dgn 'menyuarakan pendapat/hak di saluran internet sebegini' & ada gak yg buat tunjuk perasaan tapi secara masih secara aman... Sebenarnya mungkin takmau menambah beban pemerintah nak sara tahanan dlm penjara & dlm ISA... Kalau semuanya bangkit buat huru-hara k'jaan pon bukan akan memikirkan akar kpd masalah tu.. yg difikiran mcm mana nak sumbatkan org2 tu ke dlm penjara & tuduh itu ini kpd pihak lain... Demokrasi konon.... berdegar2 sound ASEAN & Mynmr khususnya ttg demokrasi, tapi?????? Nampak tak cik Suria??? Tapi tu pun cik Suria & ada sesetgh pihak yg kata kami menyalak bukit??? Saper yg menyimpan perasaan benci di sini dgn buat penyataan sebegini??? Saya tak benci dgn cik Suria kerana cik suria pon rakyat spt saya (agaknyalah), tapi benci dgn pemerintah yg mementingkan tembolok sendiri & menekan rakyat... Harap sedia maklum...
 
Salak pon salak lah, at least ada gak mereka yg sedar dr khayalan mimpi... Dan bukan kah kita dituntut utk menegur antara satu sama lain? Sila rujuk hadith & nas dari mereka yg betul2 ahli dlm hal ni...
 
Jgn risau, saya tak tersinggung pon dgn penyataan cik Suria & harap cik Suria pon begitu jua... Wallahua'lam...
 


[EMAIL PROTECTED] wrote:
tak tau lah fakta ni datang dari mana....ada kajian ke? rasanya
dalam hati saudara ni penuh dengan kebencian apa pun kerajaan buat
tak ada yang elok di pandangan mata...saya boleh cerita apa kerjaan
BN buat untuk memajukan orang melayu especially ni tapi semua ni off
record takut jadi 13 mei sekali lagi or saya masuk kamunting....cuba
fikirkan ...ni interm of education only as i am part of the system...
-tiap kali result upsr keluar kenapa calon di luar bandar ramai dpt
5A?
-boarding school di bina untuk siapa ya?
- setiap tahun pertambahan pembinaan boarding school?
-sape yang ramai di ipta?
-matrikulasi untuk sapa?
-pelajar terbaik setiap tahun dari bandar ke luar bandar?
-biasiswa yang banyak2 tu untuk sapa? sape yang nama berderet keluar
paper tak bayar pinjaman mara/ptptn?
-uitm wujud hampir di semua negeri di malaysia utk sape ya?
bandingkan dgn tar college.

ada lagi list yang off record...dan jgn lupa kaum lain di malaysia
ni pun buat perkara yang sama utk kaum masing2 sampai ke perkara
yang sekecil kuman pun....
-saya baru posted statistic tentang kadar kemiskinan nanti boleh
refer sendiri...
-lastly cubalah bersihkan hati sikit, think positive...action is
better than word...bising macam anjing menyalak bukit action satu
apa pun tak ambil buat penat tangan aja tekan keyboard..lagilah
kalau guna waktu kerja/computer office/inernet office utk melayan
email ni semua...tak berkat gaji bawa balik rumah...hati jadi panas
selalu....
-kalau kita orang beriman dan berilmu kat mana kita tercampak pun
tak kan goyang iman..pokok pangkalnya iman mesti kukuh tak kira sapa
pun pemerintah..ingat kisah si tukang sikat rambut tuan puteri,
mashitah dan boss dia si firaun?
-fikirkan apa sumbangan anda untuk agama? bangsa? dan negara?

bukan penyokong BN/PAS jauh sekali


--- In [email protected], Sawayaka Hito wrote:
>
> 'Biar statistik yg bercakap'... Ni statistik nak 'bercakap' pula
perihal keterbilangan pemerintahan BN setalah menguasai Terengganu
(sila baca article dari Harakahdaily Online dibwh)...
>
> Lepas ni kita saksikan pula 'universiti' yg mcm mana yg bakal
muncul di Kelantan ('janji manis' pilihanraye).. Nampaknya mulai
hari ni, kpd rakyat Kelantan yg bercita2 nak jadi pelacur tu tak
perlu susah payah ke luar daerah/negeri/negara...
Segala 'kelengkapan/prasarana maksiat' akan tumbuhlah laksana
cendawan tumbuh slps hujan spt di kebanyakan negeri di Malaysia
Hadhari ni... Dan kemungkinan besar kes2 aurat (tudung), pertukaran
jantina, pertukaran aqidah tidak akan kedengaran langsung di dewan2
kabinet/parlimen sbb semua tu akan jadi isu remeh-temeh.. Isu ketuk-
ketampi, isu mewarnakan rambut (yg dah jadi hukum harus), isu
filem 'Puteri Gunung Ledang' hebat pulak di'kokok-kokok' dilaung-
laung... Entah b'manalah kamus istilah 'remeh-temeh' yg ditetapkan
oleh ustaz, ustazah, menteri2 Islam hadhari ni ye... Dan bersedialah
rakyat Kelantan utk 'menikmati' pula kenaikan kos kehidupan tinggi
dgn harga barang, harga itu, harga ini yg bakal menjelma tak lama
lagi....
>
> Sesungguhnya, bukan 'nasib PAS yg berada dihunjung tanduk' bak
tulisan Utusan Malaysia hari ni, tapi nasib rakyat Kelantan
khususnya dan nasib rakyat Malaysia amnya yg semakin berisiko tinggi
utk ditimpa bala dari Allah s.w.t.... Na'uzubillah..
>
>
> Kadar kemiskinan di Terengganu naik setelah BN perintah
> Monday, December 05 @ 18:50:31 MYT
>
>
> KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Hrkh) – Kadar kemiskinan di negeri ini
meningkat selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan,
kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam).
>
> Menurutnya, ini berbeza sewaktu PAS memerintah sebelum ini yang
berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 13 peratus yang
ditinggalkan oleh kerajan BN sebelum itu kepada 10.6
peratus. "Sewaktu PAS memerintah dulu, kadar kemiskinan yang Umno
tinggal dulu 13 peratus, kita berjaya turunkan kepada 10.6 peratus,"
ujarnya semasa mengemukakan soalan tambahan pada Mesyuarat Ketiga
Penggal Kedua Dun, di sini, hari ini. Beliau menambah,
bagaimanapun kadar kemiskinan yang telah berjaya diturunkan sewaktu
kerajaan PAS memerintah telah meningkat kepada 16 peratus. Ini,
katanya berdasarkan kepada kajian Unit Perancangan Ekonomi Jabatan
Perdana Menteri bahawa kadar kemiskinan di negeri ini meningkat dari
10.6 peratus kepada 16 peratus dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan. "Mengapa perkara ini berlaku," soalnya yang juga
Bendahari Perhubungan PAS negeri. Pengerusi Jawatankuasa
Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita
negeri, Dato' Rosol Wahid semasa menjawab
> soalan itu menyalahkan rakyat yang terlalu memilih pekerjaan
antara puncanya. "Apa yang berlaku sekarang ialah sikap yang ada
di kalangan orang-orang kita terutama apabila mereka memilih
pekerjaan," ujarnya. Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan
membuat kajian bagi mengenal pasti golongan yang betul-betul miskin
dan termiskin. Semasa menjawab soalan asal wakil Kemasik, Dato'
Abu Bakar Ali, beliau berkata terdapat 27,073 orang penduduk di
negeri ini yang dikategorikan sebagai miskin dan termiskin. - ayu
>
>
>
> ---------------------------------
> To help you stay safe and secure online, we've developed the all
new Yahoo! Security Centre.
>









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/





To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke