Media Eropah pakat hina Nabi Muhammad

PARIS: Lebih banyak lagi akhbar Eropah dengan alasan untuk mempertahankan kebebasan bersuara dalam masyarakat sekular mereka, menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad yang sebelum ini disiarkan oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten.
Akhbar La Stampa di Itali dan El Periodico serta El Mundo di Sepanyol menyiarkan lakaran berkenaan di muka dalamnya selepas akhbar France-Soir di Perancis dan Die Welt serta Berliner Zeitung di Jerman menyiarkan lakaran itu di muka depan masing-masing kelmarin, mencetuskan kemarahan baru masyarakat Islam.

Tindakan berkenaan dibuat selepas akhbar Jyllands-Posten memohon maaf kepada umat Islam berikutan bantahan dan pemulauan barang Denmark yang dilancarkan di beberapa negara Arab dan Afrika.

Sementara itu, kerajaan Perancis meminta akhbar France-Soir bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan menyiarkan lakaran kartun menghina Nabi Muhammad dan sebagai tindak balas, Pengarang Urusan akhbar itu dipecat kerana menghina kepercayaan dan agama Islam.

Pengarang Urusan France-Soir, Jacques Lefranc, menjadi pengarang pertama diambil tindakan selepas akhbar terbabit mencetak semula lakaran terbabit yang kali pertama disiarkan Jyllands-Posten September lalu.

Dalam kenyataan kepada AFP, pemilik France-Soir, Raymond Lakah, berkata tindakan mencetak semula lakaran itu menyebabkan umat Islam di seluruh dunia berang.

Kenyataan Lakah itu berbunyi: “Saya mengambil keputusan memecat Jacques Lefranc sebagai Pengarang Urusan France-Soir sebagai tanda menghormati kepercayaan sesuatu agama dan manusia.

“Kami juga ingin melafazkan rasa kesal kepada masyarakat Islam dan sesiapa saja yang terkejut dengan tindakan akhbar kami.”

Kerajaan Perancis terdahulu memberitahu keputusan menyiarkan semula lakaran itu harus dipikul sepenuhnya France-Soir yang berkeras mahu menguji kebebasan bersuara.

France-Soir selama ini dianggap akhbar perdana yang berjaya mencapai kejayaan besar tetapi sedang di ambang kejatuhan.

Ia menegaskan tindakan menyiarkan semula lakaran itu sebagai percubaan untuk menggambarkan kontroversi itu secara keseluruhan.

Rektor Masjid Paris dan Ketua Majlis Agama Islam Perancis (CFCM), Dalil Boubakeur menyifatkan tindakan France-Soir sebagai satu ‘provokotif keterlaluan’.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Jean-Baptiste Mattei berkata; “Akhbar France-Soir harus bertanggungjawab di atas tindakan menyiarkan lakaran wajah Nabi Muhammad.

“Kerajaan Perancis menyokong kebebasan bersuara itu. Tapi atas nama kebebasan bersuara, mereka perlu menghormati kepercayaan dan agama,” kata Mattei. – AFP


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke