Sunggoh menyedihkan sekali. Terutamanya kerana ia berlaku di sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak. Sendainya Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat membantu, sepatutnya kerajaan negeri digera membantu. Namun, tidak kedengaran langsung apa apa berita dari mereka.
 
Teringat sebuah kisah Saiyidina Omar r.a. sewaktu menjadi khalifah. Beliau mengelilingi pinggiran kota hampir setiap malam untuk melihat keadaan rakyat. Pada satu malam itu, beliau terlintas dengan sebuah kemah yang didiami oleh seorang wanita yang sedang memask dan anak anak kecil yang sedang tidur.
 
Bila ditanya apa yang dimasak, wanita itu menyatakan hanya batu batu jalanan yang ada di dalam periuk itu. Wanita itu menceritakan beliau terpaksa melakukan sebegitu untuk menenangkan anak anak yang tadi menangis kelaparan dan agar mereka berhenti mengangis dan tidur sehingga siap 'masakan' itu.
 
Dipendekkan cerita, maka Saiyidina Omar r.a. bergegas pulang ke kota untuk mengambil bekalan makanan untuk keluarga itu. Beliau membawa bekalan itu sendirian dan setibanya di kemah itu, beliau sendiri yang memasakan hidangan untuk keluarga wanita itu. Alangkah mulianya pemimpin Islam yang takut kepada Allah s.w.t.
 
Tapi kini, pemimpin negara Islam Hadhari dan negara ketua OIC tidur lena di istana mereka yang berhawa dingin siap dengan segala kelengkapan; disediakan untuk mereka gaji yang tinggi, pelbagai jenis allowance perbelanjaan, pemandu kereta dan pembantu rumah, penggunaan percuma untuk minyak kereta, air dan elektrik, dan pelbagai lagi termasuk cuti yang dibayar. Kesemuanya dari tabung rakyat! Dapatkah kita berjumpa lagi seorang pemimpin seperti dari golongan Saiyidina Omar r.a. ini?
 
Sebelum disebut wallahualam, diri kita sendiri harus menjawabnya sendiri. Kerana, kitalah yang menentukan kepimpinan kita sendiri. Sebelum menyerahkan pada Allah, harus kita usahakan sendiri dahulu dengan menentukan keperibadian dan keilmuan yang ada pada bakal pemimpin kita.
 

From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Hanya makan nasi berlauk budu

>>"Tambahan pula, bantuan yang diberikan tidak mencukupi sejak
>>bantuan kewangan JKM dikurangkan daripada RM240 kepada RM160,"
>>katanya sambil menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka
>>sekeluarga .

Adakah kerajaan sedang menghadapi masalah kewangan sampai wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun terpaksa dikurangkan???
Tapi yg herannya kerajaan ada pulak duit sampai sanggup belanja duit RM200,000 sekadar utk letak bendera kat Piramid...

Mungkin jugak kerajaan kekurangan duit sebab baru lepas belanja beberapa RM juta utk Piala Monsun pertandingan perahu layar baru2 ni...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Hanya makan nasi berlauk budu

Oleh Wan Adlina Wan Ab Aziz dan Tuan Maheran Tuan Shaffee

KUALA TERENGGANU: "Setiap hari kami hanya mengalas perut dengan nasi berlaukkan gula dan budu untuk meneruskan kehidupan.

"Malah, kadang-kadang kami hanya minum air suam sepanjang hari kerana tidak mampu membeli makanan," kata ibu tunggal, Che Zabedah Awang @ Idris, 39, dari Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, di sini, semalam.

Menurutnya, kehidupannya bersama empat anak berusia tujuh hingga 19 tahun bertambah perit apabila ditinggalkan suami, Yuhani Tahir, 40-an, sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, mereka sekeluarga terpaksa bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM160 sebulan selain belas ihsan jiran terdekat yang menghulurkan makanan dan pakaian.

"Kami sekeluarga hilang tempat bergantung apabila suami saya menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak anak bongsu kami, Eliza Miey Mazlina,7, berusia empat bulan lagi.

"Sejak ketiadaan suami, saya terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah, lebih-lebih lagi saya tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Che Zabedah berkata, sejak mengalami komplikasi pembedahan selepas bersalin empat kali, dia tidak mampu bekerja memandangkan keadaan tidak mengizinkannya melakukan kerja berat.

"Keadaan ini menyukarkan kami sekeluarga kerana saya tidak mampu mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian.

"Tambahan pula, bantuan yang diberikan tidak mencukupi sejak bantuan kewangan JKM dikurangkan daripada RM240 kepada RM160," katanya sambil menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka sekeluarga .

Menurutnya, lebih merunsingkan, statusnya sebagai isteri masih menjadi tanda tanya sehingga memaksanya berulang alik ke mahkamah syariah bagi menuntut haknya.

"Akibat permasalahan ini, saya berasa begitu tertekan kerana terpaksa menanggung seorang diri, lebih-lebih lagi keluarga kedua-kedua belah pihak juga tidak berupaya membantu kami.

"Namun begitu, saya tidak sanggup melihat nasib dan masa depan anak-anak saya terabai disebabkan kemiskinan yang dialami," katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060112121757/Article/indexm_html

CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any attachments) contains information which is confidential and proprietary in nature and the copyright in which belongs to Interpharma Asia Pacific or a subsidiary of Interpharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and singularly as Interpharma) or a third party.

This communication is intended solely for the individual to whom it is addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of this communication without the written authority of Interpharma. If you have received this communication in error, please delete and destroy all copies and kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.

Interpharma makes no representations or warranties in respect of the integrity of this communication, including but not limited to any warranty that this communication is free of errors, viruses or other malicious code, interception or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service.  For further information, visit http:\\www.messagelabs.com\stats.asp


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke