[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] menulis:
Antara Jacque dan MAWI...siapakah pilihanku?Maszlee MalikSewaktu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak Petronas di ibu negara, saya terdengar perbualan para pekerja stesen tersebut. Antara lain bunyinya, "Memang patut Jacqueline Victor tu menang, suara dia sedap!". Kenyataannya itu kemudian dibidas, "Taklah, harap suara sahaja, tapi mana dia ada ramai peminat, tengok MAWI, dia menang sokongan peminat, itulah baru penghibur!". Muncul pula celahan dari ahli forum yang lain, "MAWI harap peminat sahaja, Victor baru best!". Saya hanya tersenyum melihat mereka. Kemudian, salah seorang dari mereka bertanyakan kepada saya: "Abang sokong siapa? Jacque ke MAWI?". Saya terus menjawab "Muhammad SAW"!!!Mengapa tidak, di kala umat Islam satu dunia sedang bangkit menunjukkan kemarahan terhadap akhbar-akhbar Eropah yang memaparkan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Umat Islam di Malaysia sibuk bertengkar tentang AJL, lebih spesifik lagi, tentang MAWI dan Jacqueline Victor. Ke manakah arah rakyat Malaysia?, mungkin kerana terlalu "Hadhari" keIslaman mereka.Menarik, apabila ditanyakan kepada PM tentang kemarahan umat Islam sedunia, dia mengatakan rakyat Malaysia perlu bertindak rasional. Apakah agaknya rasional rakyat Malaysia?, mungkin bersikap tidak sensitif kepada Nabi SAW dan menyibukkan diri dengan AJL. Atau juga rasional itu dengan tidak ambil kisah langsung terhadap Rasulullah SAW. Atau mungkin juga penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sudah terlalu biasa bagi rakyat Malaysia. Mungkin juga ada betulnya. Lihatlah mantan PM kita yang pernah menghina janggut Rasulullah SAW. Lihatlah penulis kita ada yang menghina Rasulullah SAW, tetapi masih berpeluang meneruskan penghinaan terhadap institusi agama pula. Lihatlah juga kepada penghinaan-penghinaan lain yang selalu berlaku di tanah air kita. Maka apabila akhbar-akhbar Eropah menghina Rasulullah SAW juga, tiada apa-apa kesan bagi diri kita.Bukanlah kita mengharapkan rakyat kita bertindak liar dengan membakar kedutaan Denmark dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, jika mereka dapat membuat bantahan, itu pun sudah cukup. Demo, memorandum, boikot dan juga beberapa inisiatif yang bersifat madani boleh diusahakan. Sayangnya, kesepian rakyat Malaysia seolah-olah mentafsirkan kepasifan mereka di dalam menyikapi hal ini. Tidaklah mahu dinafikan usaha NGO-NGO dan juga PAS di dalam hal ini, tetapi di mana kerajaan?, di manakah pengerusi OIC?, di manakah Islam Hadhari?Di dalam mencari jawapan ini semua, akhirnya mata penulis terpegun kepada kilang arak terbesar di Asia Tenggara milik syarikat Denmark di Shah Alam. Mungkin kilang ini boleh menjawab kesepian Malaysia "Islam Hadhari" berhubung isu penghinaan Rasulullah SAW. Bagi para marhain pula, dibuailah mereka dengan dodoian AJL, dan juga perdebatan tidak pernah surut: "Jacque atau MAWI"....Malaysia Boleh!!!
__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
