Wa'alaikumussalam,
 
Masalah ini memang banyak berbangkit akibat tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab dikalangan orang yang meminjam. Bagi si penjamin memang tidak boleh lari daripada hakikat bahawa kegagalan si peminjam menjelaskan hutangnya memang akan berkesudahan dengan tanggungannya berpindah kepada para penjamin, seperti sdri, mengikut syarat2 perjanjian pinjaman asal. Ada kalanya pula, jika si penjamin tidak mampu menjelaskan tanggungan ini si penjamin boleh dikenakan tindakan pengistiharan 'muflis' oleh pihak institusi pinjaman/bank. Perkara seperti ini memang telah banyak berlaku.
 
Ada baiknya sdri berjumpa dengan kawan sdri tersebut (jika tahu di mana dia tinggal atau melalui panggilan telefon) lalu merayu kepadanya agar dia berusaha mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyelesaikan pinjamanya itu dengan pihak bank berkenaan secara beransur-ansur. Ini adalah kerana beban tanggungannya itu boleh di anggap sebagai 'hutang' terhadap sdri. Dan hutang perlu dibayar ketika kita masih hidup; bila dah mati dia akan menanggung risikonya di alam barzah & akhirat kerana hutang yang tak berbayar yang belum pun dihalalkan lagi.
 
Jika dia masih enggan menjelaskannya terpulanglah kepadanya; dan sdri perlulah menanggung beban yang dipindahkannya kepada sdri ekoran tindakan pihak bank terhadap sdri.
 
Sebagai panduan umum, sebagai individu, kita harus berwaspada dan tidak seharusnya dengan mudah menjadi penjamin untuk mana-mana individu yang kita kurang pasti tentang latarbelakang serta peribadinya; kecuali jika ia merupakan ahli keluarga yang terdekat. Kawan memang ada banyak jenis kawan...tak ubah macam kacang lupakan kulit!:-)
 
Sekian, wallahu'alam!
 
Wassalam


----- Original Message -----
From: [EMAIL PROTECTED]  
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Friday, March 10, 2006 10:47 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Masalah menjadi penjamin

Assalammualaikum,

        Pada sahabat2 semua saya ingin mendapatkan pandangan / cadangan / pertolongan tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Saya di kehendaki ke mahkamah kerana disaman sebagai penjamin pada seorang kawan yang membuat pinjaman pendidikan tapi beliau gagal membayar loan tersebut.

        Pinjaman ini di buat dengan pihak bank rakyat,  yang pelik nya dulu saya tak pernah pon dapat surat dr bank rakyat menyatakan kawan saya tak bayar. Cuma last year saya pergi untuk membuat pinjaman disana baru saya tahu masalah ini dan nama saya tlh di block dr pinjaman b.rakyat.

        Jadi sekarang saya nak tahu apa hak2 saya sebagai penjamin.Ada ke cara utk saya pohon tidak di potong gaji bagi membayar hutang kawan tersebut, kerana biasa nya mereka akan terus buat potongan gaji bulanan. Kawan saya itu masih bekerja dan hidup senang sahaja.

        Di harap kawan2 dapat memberi pandangan atau idea utk saya menyelesaikan masalah ini sama ada  segi undang2 atau apa saja.Segala pandangan dan nasihat saya ucapkan berbanyak2 terima kasih.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke