Amaran demi amaran yang diberikan oleh kerajaan kepada
para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan
walhal harga minyak naik sudah pasti mendatangkan
kegelisahan kepada para peniaga bagaimana mereka
hendak mempastikan mereka masih mendapat  keuntungan
dengan harga gas memasak, minyak kereta mereka ke
kedai yang naik 18%.

Kita takut dan amat bimbang ada segelintir peniaga
yang mengambil jalan mudah tetapi berisiko yang
akibatnya merugikan bukan sahaja para pengguna bahkan
semua pihak. Justeru itu kerajaan haruslah bersikap
rasional dalam menangani kenaikan harga minyak dan
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Kita amat bimbangi sekiranya peniaga diberi amaran
agar tidak boleh dinaikkan harga roti canai barang 10
sen pun, maka mungkin segelintir peniaga akan cuba
bermacam-macam formula untuk mengurangkan kos membuat
roti canai, samada mengecilkan saiz roti canai, atau
menggunakan minyak masak yang paling rendah mutunya
atau yang dikitar semula, ataupun menggunakan kuah
kari roti canai yang disimpan dan dikitar semula
berminggu-minggu lamanya.

Begitu juga dengan teh tarik. Mungkin ada segelintir
peniaga akan mencari formula untuk mengurangkan kos
teh tarik samada dengan menggunakan bahan pewarna yang
tidak diluluskan, menggunakan bahan perasa yang
merbahaya kepada kesihatan, mengitar semula hampas teh
berminggu-minggu lamanya, menggunakan “ibu gula” atau
saccharin yang lebih murah kosnya tetapi amat
merbahaya kepada kesihatan.

Oleh itu kerajaan haruslah bertindak rasional
berhadapan dengan para peniaga dan pengusaha dalam
menangani beban kenaikan harga minyak. Panduan
kenaikan harga barangan haruslah diberikan agar
peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga
barang, dan peniaga tidak mencari formula yang
berisiko apabila mereka dilarang untuk menaikkan harga
barangan.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS



     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke