From: as liza [EMAIL PROTECTED]

di sebuah desa di Jawa Tengah, ade sorang
ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari.
Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan
satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.

Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi
jual tempe. Tapi
tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang
kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum
menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa
amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi
pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dpt
wang utk hari tu.



Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan
firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan
perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu
dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya
Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi
tempe. Amin?." Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan
dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti
mengabulkan doanya.

Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe
tuh dgn hujung
jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utk
menyaksikan keajaiban
kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika
sebab kedele tu masih
tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia
fikir mungkin doanya
kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil
bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual
tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan
debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu.
Lalu apa yang terjadi????????...Dengan kaget dia
melihat yg kacang kedele tersebut??????....masih tetap
begitu !!!!!!!

Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar
dah semakin ramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas
doanya yang belum terkabul.
Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia
bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang
dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan
akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun
bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya
untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua
tangannya untuk
berdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan
mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke
pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa
dalam hati.

Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan
macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan
barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya
sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg
berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn
jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak
sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa
yang terjadi saudara-saudari??????????......tenyata
tempenya
benar-benar?????????????????....belum menjadi!!!!!!!!!

Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas
dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana
doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil.
Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn
hasil jualan tempe je. Seterusnya, dia cuma duduk diam
tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg
mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh.

Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah
mulai sepi dengan
pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe,
tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia
tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi
kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn
rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan
dpt pendapatan langsung.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
wanita. "Bu...?!
Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual
tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling
pasar mencarinya tapi masih belum ketemu."

Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu,
dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku
tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap
seperti semula, Amin".

Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab
kat wanita tuh. Dia
fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi,
tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan
ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo
aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau
mukjizat Tuhan?"

Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan,
biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada
org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini.
Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali.

Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit
daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya
saudara-saudari????????????....Ternyata memang benar
tempenya ?????????????.....belum jadi!!!!!!!!! Dia pun
bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah",
ucapnya.

>Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua
tempenya yg belum
menjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih
sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg
belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di
england kepingin tempe dari desa. Memandangkan
tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah
beli yg belum jadi lagi supaya bila sampai di England
nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi,
nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya
pun dah kurang sedap.
Begitulah alkisahnyee?TAMAT?

Moral of the story?.

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah
sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik
utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian
kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kali
berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah
bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan
rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya
kpdNya lah kita memohon & bertawakkal?

3. Mari makan tempe utk kesihatan dan
kecergasan....tak caye tanya ler org2 Jawa?hehheh? =) 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke