Wa'alaikumsalam
Alhamdulillaah, Puan mendapat suami yg
saleh. Semoga anak cucu Puan termasuk dalam golongan hamba Allah yg saleh.
Amiin.
Saya yakin suami puan berbuat demikian,
kerana suami puan tahu jika beliau tinggalkan puan untuk solat Isyak, ada doktor
yg jaga ada nurse yg jaga. Kalau puan kesakitan dirumah tanpa ada pembantu,
boleh ke suami puan tinggalkan puan serta khusyuk dalam solat beliau ? For you
to think and contemplate.
Sayugianya kita membuat sesuatu kenyataan
dengan akal yg sihat berserta ilmu ugama yg sahih. Allah berfirman didalam Al
Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh tauladan yg terbaik. Refer surah Al
AHzaab ayat 21.
Soalan saya adakah manusia lain yg lebih
baik dari Nabi Muhammad SAW ? TIDAK hingga yaumil qiyaamah.
Nabi menyuruh kita melewatkan solat jika
makanan sudah terhidang, makan dahulu baru solat.
Adakah Nabi tidak tahu mana yg lebih
aulaa (penting) ? Sesungguhnya Nabi adalah FATHAANAH.
Mati ke kalau solat dahulu kemudian makan
? Pasti tidak tetapi Nabi SAW tetap menyuruh makan dahulu kemudian solat, sebab
terpenting ialah kekhusyukkan solat.
Refer kepada surah Al Mukminuun ayat 1-2
dan 9-11 dan Surah Al Ma'uun tentang kepentingan solat yg khusyuk, malah Allah
mencela orang tidak khusyuk dan cuai hingga tertinggal solat dalam surah Al
Ma'uun.
Nabi menjamak solat ketika keluar dari
Madinah dan ini berlaku beberapa kali dalam riwayat hidup beliau kerana sesuatu
urusan. Adakah Nabi memperlekehkan solat, adakah Nabi mementingkan urusan dunia
dari solat hingga mentakhirkan solat beliau ? Jawapannya tidak sebab Nabi SAW
manusia termulia dan penghulu segala Nabi dan penghulu ahli syurga, masakan
beliau memperlekehkan solat.
Bayangkan senario dimana aircraft pilot,
co-pilot dan first officer sesuatu penerbangan semuanya muslim dan semuanya
bersikap seperti suami puan atau yg mengamalkan fiqh yg rigid...yg mesti solat
pada waktu, nak berjamaah pula dalam aircraft tidak kira apa pun
berlaku.......................CRASH jawapnya. Pernahkah puan tanya suami puan
kalau dia jadi pilot bagimana cara solat beliau ?
Semua ini Nabi SAW melakukan sebab beliau
tidak mahu memberatkan umat beliau. Islam itu syumul bukan jumud. Masalah kita
hari ini, manusia itu sangka mereka lebih baik dari Nabi SAW, memberatkan
sesuatu yg tidak pernah Nabi beratkan.
Pernah beberapa sahabat Nabi SAW datang
kepada beliau dan meminta izin untuk:
1) Puasa setiap hari
2) Tidak mahu kawin
3) Beruzla
Nabi melarang, kerana ini akan
memberatkan umat pada masa itu dan yang akan datang. Jawap baginda, aku puasa
aku berbuka (yakni ada hari beliau tidak berpuasa), aku juga berkahwin dan aku
juga campur masyarakat.
Sabda Nabi SAW lagi dalam hadith yg lain
dari riwayat Abu Daud:
"Jangan sekali-kali kamu
memperberatkan diri kamu, nescaya Allah akan memberatkan pula keatas kamu dan
sesungguhnya kaum lain (umat terdahulu) yg memperberatkan keatas mereka (kaum
Yahudi dan Nasrani), lalu Allah pun memberatkan keatas mereka. Disana kamu dapat
lihat sisa-sisa mereka di biara-biara dan gereja-gereja, mereka memilih
rahbaniyah (tiada berkahwin) yg mereka ada-adakannya sendiri, padahal Allah
tiada mewajibkan keatas diri mereka yg demikian itu." Hadith sahih.
Yang kita mesti nasihat dengan penuh
hikmah ialah orang2 yg suka meninggalkan solat, sengaja melewatkan solat tanpa
sebab. Umpamanya, nonton cerita Hindustan kat TV2 bermula 1230 tengahari habis
jam 3 baru nak solat, tinggalkan solat Maghrib kerana nak nonton TV3 award ....
mereka macam ini mestilah kita nasihat dan tegur dengan baik.
Saya syorkan kepada mereka yg mengamalkan
fiqh rigid (keras), fiqh yg tidak pernah Nabi lakukan, yg rasa diri mereka lebih
baik dari Nabi Muhammad SAW supaya muhasabah diri mereka dan membaca kitab-kitab
masyhur dibawah ini:
1) Fiqh Al Aulawiyat
- Yusuf Qardhawi
2) Assohwat Al
Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf - Yusuf Qardhawi
3) Talbisul Iblis - Imam Al
Jawzi
4) Was-was - Ibnu Qudamah Syarah oleh
Ibnul Qayyim
5) Ihya Ulumuddin - Imam
Ghazali
Saya mohon ampun dan maaf jika
menyinggung perasaan mana2 pihak, yg benar dari Allah dan yg tidak benar dari
kekurangan diri saya.
Abi Imraan.
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, April 05, 2006 5:04
PM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Akal
(Jawapan untuk Solat Akhir Waktu)
Assalamualaikum
Terpanggil nak komen sikit. Setuju iman yang patut memimpin akal.
Pengalaman sendiri ketika bersalin kali kedua. Masa ke hospital lepas
maghrib. bila masuk isyak suami tinggalkan saya bersendirian untuk sembahyang.
Selesai sembahyang isyak suami sembahyang hajat minta mudah urusan saya.
Memang bersendirian ketika sakit tanpa ditemani sesiapa. Alhamdulillah
bersalin kali ke 2 tidak memerlukan ubat tahan sakit dan lebih singkat. Pada
saya, yakinlah dengan Allah. Jika akal suami kesian kat saya, tentu dia
lewatkan sembahyang temankan saya. Tetapi sembahyang lebih utama dan dia
berserah pada Allah tentang saya. Saya bersyukur dia dahulukan sembahyang
isyak dan buat sembahyang hajat memohon kepada Allah memudahkan urusan saya.
Itu lebih membantu. Hanya Allah yang menentukan segalanya. Siapalah kita
hambanya yang kerdil ini.
Assalamualaikum
warahmatullah…
Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan
yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya
dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw
itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji
dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal
soleh
dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir
Raheem…
Petang tadi, sebelum masuk kerja, saya singgah dahulu ke
galley untuk
mendapatkan secawan air. Kelihatan beberapa orang sedang
menikmati makan
malam sambil menonton dokumentari di televisyen saluran
National Geographic
. Kisahnya berkisar tentang sekumpulan monyet yang
sedang mencari makanan.
Saya tidak tahulah apa yang monyetآ² ini makan
tetapi bentuknya seakan buah
ceri.
Rasanya dokumentari itu begitu
menarik kerana saya melihat hampir semua
mata tertumpu terhadap skrin
televisyen tersebut. Namun saya tidak berminat
menonton sepenuhnya. Hanya
sekadar duduk untuk meneguk air di tangan. Namun
sebaik saya melabuhkan
punggung, seorang tukang masak yang turut menonton
dokumentari tersebut
tibaآ² bersuara kepada saya.
"Tengoklah. Ekor pun dia (monyet) boleh
gunakan" katanya sambil merujuk
kepada seekor monyet yang sedang bergayut
pada dahan pokok dengan
menggunakan ekornya. Tidak tahu dari mana
datangnya idea (dari Allah
tentunya), saya katakan kepadanya "Haiwan
tidak mempunyai akal. Kerana itu
ia menggunakan segala anggotanya untuk
mencari makan. Tak macam manusia
yang mempunyai akal."
Selesai
berbicara saya pun mengundur diri untuk segera berada di bilik
kawalan.
Tetapi sepanjang dalam perjalanan ke bilik kawalan, fikiran saya
ligat
memikirkan tentang ayat yang saya sebut tadi. Terus terang, ia
bukanlah
sesuatu yang memang sedia ada di dalam kotak fikiran saya. Ianya
satu
ayat yang spontan tetapi saya rasakan saya amat menyukai
ayat
tersebut.
Betullah. Memang semua orang ketahui bahawa haiwan
adalah makhluk yang
tidak mempunya akal. Ia mempunyai otak untuk mengawal
fungsi badannya
tetapi bukan akal yang boleh digunakan untuk menganalisa.
Namun begitu,
haiwanآ² ini, walaupun tanpa akal, cukup bijak menggunakan
segala anggota
tubuhnya. Sepertinya zirafah yang berleher 'jinjang' dan
helang yang
mempunyai cengkaman yang kuat.
Tetapi manusia, yang
dibekalkan dengan kelebihan yang cukup hebat ini,
telah menggunakan akal
untuk membolehkan dia mencari makan tanpa
menggunakan anggota tubuhnya.
Di hari ini, bukan sedikit manusia yang
sanggup menipu manusia yang lain
hanya untuk mendapatkan sedikit laba
dunia. Skim itulah, skim inilah,
waris jutawanlah dan bermacamآ² lagi bentuk
penipuan.
Mana ada
orang yang kaya tanpa berusaha? Mana ada Ahmad Albab dalam dunia
ini?
Mungkin ada tetapi kesnya mungkin satu dalam sejuta kalaupun tidak
1
dalam sebilion. Namun masih ada juga manusia yang mahu percaya
dengan
penipuan begitu. Apabila terbaca dengan modal sekian banyak sudah
boleh
jadi jutawan, berebutآ²lah orang kita hinggakan bergolok
bergadai.
Apabila dengar sahaja wang, harta dan kekayaan, maka serta
mertalah manusia
jadi lupa untuk menggunakan akalnya untuk berfikir
secara rasional. Jika
dengan bermodal beberapa ratus sahaja kita sudah
boleh kaya, boleh beroleh
sehingga puluhan ribu sehari, alamat akan
jemlah dunia. Kerana tidak ada
lagi orang yang akan bekerja. Siapa pula
yang akan tanam dan jual beras
nanti agaknya?
Saya tidak mahu
bicara banyak tentang hal ini. Takut nanti ada yang terasa
dan marahآ²
pula. Hanya, memang saya akui segala skim yang ada ini
memungkinkan kita
memperolehi pendapatan 5 angka dalam sehari. Cuma
persoalannya sampai
bila? Dan persoalan yang lebih sukar adalah, dari
sumber manakah duit
yang kita perolehi? Janganlah tanya berapa sahaja yang
masuk. Cubalah
tanya dari mana ia datang pula...
Sebenarnya, akal telah
menyempurnakan penciptaan manusia. Dengan akallah,
yang dapat membezakan
manusia dengan haiwan. Kerana itulah manusia yang
kejam dianggap binatang
kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir.
Namun, biarpun akal
menyempurnakan penciptaan manusia, akal semataآ² tidak
mampu untuk
menjadikan seorang manusia itu sempurna.
Kerana akal juga makhluk.
Sudah menjadi dasar sifat makhluk itu lemah, dan
memerlukan sandaran.
Seperti hendak mengoperasikan sebuah mesin, kita
memerlukan prosedur agar
tidak membahayakan keselamatan kita dan juga dapat
menggunakan mesin
tersebut secara optimum, begitu juga akal kita. Ia
memerlukan rujukan dan
panduan untuk 'beroperasi'.
Dan tidak ada rujukan atau panduan selain
dari panduan yang 'turun terus
dari langit' iaitulah kitab suci al-Quran,
qalam Allah yang disampaikan
melalui lidah mulia Nabi Muhammad saw. Dan
di dalam kitab ini, yang
terkandung adalah iman. Maka, untuk
menyempurnakan pemikiran kita, akal
kita mestilah dipandukan oleh iman.
Akal yang bertindak tanpa iman adalah
pemikiran yang tidak
sempurna.
Seorang manusia yang berfikir berpandukan iman, insyaAllah
tidak akan
tergamak untuk menyakiti atau menzalimi orang lain.
Sebagaimana Nabi saw
dan juga Khulafa ur-Rasyidin yang pernah menjadi
ketua negara semasa hayat
mereka. Setiap keputusan dan hukum yang mereka
jatuhkan adalah untuk
kemaslahatan umum. Bukan untuk kepentingan peribadi
atau sebahagian pihak.
Inilah fungsi iman.
Sayangnya dewasa ini,
penggunaan akal tanpa panduan iman telah terlalu
berleluasa. Ilmu yang
ada, bukan dijadikan sebagai pengukuh iman sebaliknya
digunakan untuk
menghalalkan apa yang tidak boleh dilakukan. Orang
sebegini, apabila
berbicara, tampaknya seperti seorang yang bercakap dengan
iman. Padahal
dia telah meletakkan iman jauh terperosok akibat
kepentingan
peribadinya.
Sebagaimana di dalam sebuah egroup yang
saya sertai. Terdapat beberapa
orang yang sedang berbahas mengenai
kepentingan solat awal waktu. Asalnya
adalah kerana sebuah email yang
bercerita kononnya ada malaikat penjaga tol
yang akan mencampak solat
seorang muslim yang didirikan pada akhir waktu.
Secara peribadi, saya
tidak bersetuju dengan cara penyampaian penulis itu.
Tetapu
hakikatnya, apa yang ditulisnya adalah benar. Iaitu, solat akhir
waktu
adalah solat yang hanya sedikit baik dari siaآ². Malangnya
terdapat
beberapa manusia yang mengatakan solat akhir waktu bukan menjadi
kesalahan.
Kerana katanya, kita perlu menyelesaikan tugas kita terlebih
dahulu. Itu
adalah satu amanah dan menjaga amanah adalah perkara yang
diwajibkan.
Lalu berbicara seorang lagi bahawa adapun hikmat
diperpanjangkan waktu
bersolat adalah untuk perkara sebegini. Dan
bermacamآ² lagi hujjah yang
kesimpulannya solat itu tidak perlu
dikerjakan di awal waktu. Sekali baca,
seolahnya apa yang mereka tuturkan
itu adalah benar. Siap disertakan dengan
dalil. Tentu sahaja kita boleh
terpengaruh olehnya.
Namun bagi saya inilah contoh orang yang
menggunakan akalnya untuk menipu
agama. Mengapa? Kerana mereka hanya
mengambil sebahagian dari ajaran Islam.
Benar, Allah membenarkan kita
melewatkan solat jika ada perkara yang lebih
penting. Dan benar, amanah
adalah wajib ditunaikan dan didahulukan. Tapi
mari kita gunakan iman
untuk fikirkan tentang perkara ini.
Yang paling utama di dalam hidup
kita ini seharusnya adalah keselamatan
nyawa kita. Maka kerana itu, orang
yang terdesak (dharurat) diizinkan makan
babi (sesetengah ulama
menyifatkan sebagai wajib) sekiranya itu dapat
menyelamatkan nyawanya.
Tetapi, selepas dari nyawa kita, yang terpenting
hanyalah Allah. Tidak
ada perkara boleh mendahului Allah dari segala apa
halpun.
Maka
benarlah kita dibenarkan menangguhkan solat jika kita di ambang maut
atau
mungkin dalam perperangan. Kerana perperangan adalah untuk
menegakkan
kalimah Allah. Tetapi, adakah menyelesaikan tugas dipejabat
itu lebih
penting atau sama pentingnya dengan menegakkan kalimah Allah?
Tidak! Maka
atas logik apakah solat boleh ditangguhkan demi untuk
menyiapkan tugasan
harian?
Kerana anamah? Benar juga. Allah mahu
kita menjaga amanah dan tugas di
pejabat merupakan amanah kerana kita
dibayar untuk itu. Akan tetapi, apakah
kita tidak memandang solat itu
sebagai amanah? Manakah amanah yang lebih
utama, dari ketua kita atau
dari Allah? Benarlah kita dibayar untuk
menyiapkan tugas tetapi apakah
kita kita lupa bahawa kita bernafas, makan,
minum dan segalanya atas
pemberian Allah?
Inilah yang saya katakan... Kita berfikir memang
menggunakan akal. Tetapi
kita perlukan iman untuk memandu akal kita.
Kegagalan kita untuk memandu
akal kita menggunakan iman boleh
membahayakan aqidah kita sebagai muslim.
Dan imanlah yang membezakan
muslim dengan kafir. Orang kafir juga boleh
berfikir malah mungkin lebih
pandai dari kita tetapi tanpa iman, pemikiran
mereka nyata
siaآ².
Terpulanglah untuk kita berfikir dengan tahap pemikiran yang
sama seperti
orang kafir atau mahu berfikir sebagaimana selayaknya
seorang muslim
berfikir. Saya tidak mengatakan saya baik. Ada masanya
saya juga
menangguhkan solat untuk hal yang remeh. Tetapi saya tidak pula
meletakkan
kepentingan solat di awal waktu itu di bawah tugasآ² harian.
Walaupun akal
saya berkata begitu, namun Alhamdulillah iman saya
mengingatkan bahawa
tidak yang lebih utama selain suruhan Allah
swt.
Akal adalah kurniaan yang paling istimewa
untuk manusia. Siaآ²lah sesiapa
yang tidak menggunakan
akalnya dengan optimum. Namun penggunaan
akal,
selain boleh memudahkan kita, mungkin boleh menyesatkan kita.
Akal mungkin
boleh membahagiakan kita di
dunia tetapi akal yang dipandu oleh iman,
insyaAllah menjaga
kita dari dunia sampai akhirat.....
Sekian buat
kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah
akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq
walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah…
-Abu
Naqibah-
Komen dan kritikan membina dialu2kan.
Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
Artikel
Lain di Diari Abu Naqibah
Cemburu
Bukanlah salah mempunyai sifat
cemburu. Seperti cemburu seorang isteri
terhadap suaminya atau
sebaliknya, misalnya. Ini adalah sifat yang normal,
sifat yang natural
dan sifat yang menunjukkan perasaan cinta dan sayang
oleh seseorang
terhadap pasangannya. Tetapi yang menjadi masalah ialah
cemburu yang
tidak berpucuk pangkal atau cemburu buta. Lebih masalah adalah
cara
bagaimana seseorang itu melayan perasaan cemburunya.
April
Fool
Selamat menyambut hari April Fool. Agaknya, mungkin ramai yang
terkejut dan
tidak kurang juga yang marahآ² jika terbaca ayat pertama
saya ini. Iyalah.
Setelah berjelaآ² penerangan diberikan, saya masih
hendak menyambut hari
'Kebodohan April' ini pula? Hm... Sahlah saya ini
bodoh kalau saya berbuat
begitu, bukan? Kerana dikatakan sambutan April
Fool berkaitan dengan
sejarah Islam di bumi Sepanyol.
Kejayaan Di
Dalam Sebuah Kegagalan
Berjaya? Apakah yang kita katakan sebagai berjaya?
Pada manakah kita
letakkan skala kejayaan kita? Pada harta benda yang
kita miliki? Atau pada
pangkat dan kedudukan yang kita ada? Atau pada
gaji atau pendapatan yang
kita perolehi setiap bulan? Apakah orangآ² kaya
itu berjaya manakala ulama
yang zuhud itu gagal? Atau adakah seorang
jurutera itu dikira sebagai
berjaya manakala tukang sapu pula seorang
yang gagal?
How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low PC-to-Phone
call rates.