Assalamu'alaikum.
Mari kita kaji sedikit kata kata awak; reply saya dalam bold dan italics.
To:Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
From:suria perkasa hitam
Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
To:Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
From:suria perkasa hitam
Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
korang buat demo pun , minyak ttap tak akan turun..kenapa mesti demo, sedar tak korang ini adalah ujian Allah.. kenapa korang tak mampu nak hadapi.. Sememangnya kami sedar bahawa ini dan segala yang berlaku dalam kehidupan di dunia ini adalah ujian dari Allah s.w.t. Tapi bagi setiap penyakit yang menimpa, Allah ada menyatakan bahawa terdapat ubatnya.
kenapa mesti nk bantah, bantah, bantah,
kenapa
mesti tak gandakan usaha, cari duit lebih..
asyik nak tunggu orang bagi je,..
kalo MELAYU asyik mcm ni, sampai bila2 pon tak maju..
percaya la. Bukan semua manusia dijadikan dalam keadaan yang sama. Kerana perbedaan inilah maka ada hamba Allah yang tidak berupaya untuk mencari rezeki yang lebih; ada yang kurang upaya, ada yang sudahpun bekerja 2 pekerjaan (bermakna bekerja lebih dari 12 jam sehari), ada yang terpaksa luangkan masa lebih untuk keluarga. Di sini sahaja nampak ketidakmatangan awak dalam isu isu kehidupan manusia.
Awak juga meminta semua orang cari rezeki lebih, memang bagus saranan itu. Namun jika ada yang terpaksa bekerja berlebihan masa semata
kerana bebanan hidup, bila masa pula mereka nak tunaikan ibadat? Mesti diingat, bahawa ibadat itu bukan merupakan solat sahaja.
Dan awak menyatakan orang melayu asyik menunggu orang bagi sahaja; bagi apa? Sedarkah awak hasil bumi yang ada adalah hakmilik rakyat. Pemerintah dilantik oleh rakyat dan DIAMANAHKAN untuk mengurus negara dengan sebaiknya. Jadi, terutama dalam isu ini, rakyat tidak meminta selain dari yang hak pada dirinya.
aku seorang pelajar di salah sebuah kolej kerajaan di Kuantan,
aku bekerja part time di sebuah kafe cyber dgn gaji Rm200 sebulan,
dan aku membuat perniagaan direct selling secara part
time..
aku redha dgn kenaikan minyak..
kerana itu adalah tanda kita perlu beruasaha lebih lagi, keran negara kita tdk mampu lagi untuk memberi subsidi..
negara jiran lain lagi mahal harga minyak nya....Awak seorang pelajar, namun masih belum jadi terpelajar! Ini juga berkemungkinan besar bererti awak masih bujang. Wahai pelajar yang belum terplejara, realiti kehidupan antara alam belajar dan alam lepas belajar amat berbeda sekali. InsyAllah, bila tiba masanya kematangan akan masuk dalam diri awak dan awak akan kesal kata kata awak sekarang. Buat masa ini, jelas sungguh awak masih mempunyai keangkuhan diri.
Mengenai berusaha lebih - selain dari komen saya di atas
- perlu diingat, seandainya semua manusia menjadi peniaga, siapa yang nak memberli? Seandainya semua manusia mencukupi, kepada siapa kita nak menderma? Seandainya semua manusia pandai melalui pelajaran, siapa yang akan pandai melalui sikuliku kehidupan (pengalaman). Dan setelah pandai kesemuanya, maka bergaduh pula sesama sendiri kerana semua hendak menjadi boss. Kemana kesudahannya?
Dikaji mendalam, umat Islam kesemuanya sememangnya akan menjadi kaya sehingga tercari cari kepada siapakah dapat mereka menghulurkan zakat dan fitrah. Tapi perkara itu akan berlaku hanya apabila hukum hukum Allah ditegakkan di seluruh dunia.
kepada penulis dan orng MELAYU yang lain, jgn asik nak bantah, bantah, bantah..gandakan usaha...
Allah tak akan beri
ujian yang berat , jika hambanya tidak mampu untuk menanggung..Memang benar bagi setiap kesusahan yang ditimpa seorang muslim itu maka dikurangkan dosanya dan ditambah pahalanya. Tapi perlu diingat, kita juga diberi kudrat untuk mencari jalan mengatasi mudharat itu. Seandainya kita tidak melakukan itu, maka itu bermakna kita telah berputus asa.
Wahai pelajar, setelah menulis ini, tergerak di hati saya bahawa awak ini bukan seorang pelajar atau orang terpelajar. Berkemungkinan besar awak ini seorang SB atau kuncu kuncu pemerintah yang ditugaskan untuk menegakkan benang yang basah. Jika ini benar, maka awaklah di antara mereka yang telah mengkhianati agama, bangsa dan negara.
Jika bacaan gerak hati saya tersilap, maka nyatalah awak ini memang bukan orang
terpelajar. Maka, belajarlah erti kehidupan. Isikan hatimu dengan perasaan ehsan bagi mereka yang tidak senasib dengan dirimu.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Asslammualaikum,
Kalau kita nonton sekali imbas jumlah penonton yang hadir dikonsert-konsert
percuma anjuran KERAjaan dan swasta, begitu ramai sampai puluhan ribu dan kebanyakan mereka adalah dari golongan Melayu yang boleh dikatakan 100% muslim. Semuanya ralit and khayal mengikut alunan musik oleh idola-idola mereka. Kalau bab hiburan, tambahan lagi kalau percuma
kalangan mereka ni sanggup datang dari segala pelusok rantau, ada yang sanggup bermalam dibawah embun, dikaki lima, dibangku-bangku awam atau pun tak tidur pasal asyik berdengung memanjang baik dengan dadah maupun arak. Semuanya ni amat memudaratkan, lebih lagi anak-anak muda. Dikepala mereka ni tak ada apa nak difikirkan, baik masa depan maupun masa kini, asyik -asyik hiburan, keseronokan dan khayalan. Rosak
rosak! Ini lah harapan KERAjaan yang mau rakyatnya rasa seronok saja sampai bila berdepan dengan masalah-masalah nasional pun, rakyat jenis ni tak perduli langsung. Sogokan beginilah yang selalunya menimpa rakyat yang bernama MELAYU tapi masih belum sedar dan ramai juga yang masih
tidak mahu sedar betapa mereka diperbodohkan KERAjaan sampai tahi terpalit dibatang hidung pun masih boleh memberi senyuman yang menawan.
Alangkah eloknya jika mereka ni adalah sebahagian dari peserta-peserta demonstrasi membantah kenaikan minyak yang saban minggu diadakan di merata tempat dinegara ini. Malu saya melihat sokongan demonstrasi yang diberi oleh
rakyat-rakyat negara asing kepada penganjur demonstrasi dinegara mereka kalau dibandingkan dengan sokongan yang kita dapat dari rakyat kita. Oleh sebab itu agaknya, berita TV arus perdana tak siarkan keadaan demonstrasi disini, mereka cuma tunjukkan betapa hebatnya demonstrasi dari luar negara. Mereka malu sokongan yang diberi rakyat Malaysia atau pun mereka mahu menunjuk bahawa disini rakyatnya baik-baik, toleransi, taat setia dan berdisiplin bukan macam rakyat Korea , Thailand , Perancis dll. Di Malaysia, negaranya aman, makmur dan harmoni dan tiada demonstrasi.
Hairan, hairan
.KERAjaan Barisan Nasional yang bersandarkan Islam Hadhari!
MASA UNTUK PERUBAHAN!
- ALEXJAL ZABRIENSKI.
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of syed dahij
Sent: Monday, April 03, 2006 6:55 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
Sent: Monday, April 03, 2006 6:55 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
