|
Saya menyokong kata2 suria tu…memang
benar kerajaan pun tak boleh menanggung subsidi lagi….jika sikap kita
orang melayu yang sentiasa nak di ‘spoon feed’…payahlah…susah
nak maju ke depan…. From: Amir
[mailto:Amir] Assalamu'alaikum. Mari kita kaji sedikit kata kata awak; reply saya
dalam bold dan italics. korang buat demo pun , minyak ttap tak akan turun..kenapa mesti
demo, sedar tak korang ini adalah ujian Allah.. kenapa korang tak mampu nak
hadapi.. Sememangnya kami
sedar bahawa ini dan segala yang berlaku dalam kehidupan di dunia ini adalah
ujian dari Allah s.w.t. Tapi bagi setiap penyakit yang menimpa, Allah ada
menyatakan bahawa terdapat ubatnya. kenapa mesti nk bantah, bantah, bantah, kenapa mesti tak gandakan usaha, cari duit lebih.. asyik nak tunggu orang bagi je,.. kalo MELAYU asyik mcm ni, sampai bila2 pon tak maju.. percaya la.
Bukan semua manusia dijadikan dalam keadaan yang sama. Kerana perbedaan inilah
maka ada hamba Allah yang tidak berupaya untuk mencari rezeki yang lebih; ada
yang kurang upaya, ada yang sudahpun bekerja 2 pekerjaan (bermakna bekerja
lebih dari 12 jam sehari), ada yang terpaksa luangkan masa lebih untuk
keluarga. Di sini sahaja nampak ketidakmatangan awak dalam isu isu kehidupan
manusia. Awak juga meminta semua orang cari
rezeki lebih, memang bagus saranan itu. Namun jika ada yang terpaksa bekerja
berlebihan masa semata kerana bebanan hidup, bila masa pula mereka nak tunaikan
ibadat? Mesti diingat, bahawa ibadat itu bukan merupakan solat sahaja. Dan awak menyatakan orang melayu
asyik menunggu orang bagi sahaja; bagi apa? Sedarkah awak hasil bumi yang ada
adalah hakmilik rakyat. Pemerintah dilantik oleh rakyat dan DIAMANAHKAN untuk
mengurus negara dengan sebaiknya. Jadi, terutama dalam isu ini, rakyat tidak
meminta selain dari yang hak pada dirinya. aku seorang pelajar di salah sebuah kolej kerajaan di
Kuantan, aku bekerja part time di sebuah kafe cyber dgn gaji Rm200
sebulan, dan aku membuat perniagaan direct selling secara part time.. aku redha dgn kenaikan minyak.. kerana itu adalah tanda kita perlu beruasaha lebih lagi,
keran negara kita tdk mampu lagi untuk memberi subsidi.. negara jiran lain lagi mahal harga minyak nya....Awak seorang pelajar, namun masih belum jadi terpelajar! Ini juga
berkemungkinan besar bererti awak masih bujang. Wahai pelajar yang belum
terplejara, realiti kehidupan antara alam belajar dan alam lepas belajar amat
berbeda sekali. InsyAllah, bila tiba masanya kematangan akan masuk dalam diri
awak dan awak akan kesal kata kata awak sekarang. Buat masa ini, jelas sungguh
awak masih mempunyai keangkuhan diri. Mengenai berusaha lebih - selain
dari komen saya di atas - perlu diingat, seandainya semua manusia menjadi
peniaga, siapa yang nak memberli? Seandainya semua manusia mencukupi, kepada
siapa kita nak menderma? Seandainya semua manusia pandai melalui pelajaran,
siapa yang akan pandai melalui sikuliku kehidupan (pengalaman). Dan setelah
pandai kesemuanya, maka bergaduh pula sesama sendiri kerana semua hendak
menjadi boss. Kemana kesudahannya? Dikaji mendalam, umat Islam
kesemuanya sememangnya akan menjadi kaya sehingga tercari cari kepada siapakah
dapat mereka menghulurkan zakat dan fitrah. Tapi perkara itu akan berlaku hanya
apabila hukum hukum Allah ditegakkan di seluruh dunia. kepada penulis dan orng MELAYU yang lain, jgn asik nak bantah, bantah,
bantah..gandakan usaha... Allah tak akan beri ujian yang berat , jika hambanya tidak mampu untuk
menanggung..Memang
benar bagi setiap kesusahan yang ditimpa seorang muslim itu maka dikurangkan
dosanya dan ditambah pahalanya. Tapi perlu diingat, kita juga diberi kudrat
untuk mencari jalan mengatasi mudharat itu. Seandainya kita tidak melakukan
itu, maka itu bermakna kita telah berputus asa. Wahai
pelajar, setelah menulis ini, tergerak di hati saya bahawa awak ini bukan
seorang pelajar atau orang terpelajar. Berkemungkinan besar awak ini seorang SB
atau kuncu kuncu pemerintah yang ditugaskan untuk menegakkan benang yang basah.
Jika ini benar, maka awaklah di antara mereka yang telah mengkhianati agama,
bangsa dan negara. Jika bacaan
gerak hati saya tersilap, maka nyatalah awak ini memang bukan orang terpelajar.
Maka, belajarlah erti kehidupan. Isikan hatimu dengan perasaan ehsan bagi
mereka yang tidak senasib dengan dirimu. [EMAIL PROTECTED] wrote: Asslammu’alaikum, Kalau kita
nonton sekali imbas jumlah penonton yang hadir dikonsert-konsert percuma
anjuran KERAjaan dan swasta, begitu ramai sampai puluhan ribu dan kebanyakan
mereka adalah dari golongan Melayu yang boleh dikatakan 100% muslim. Semuanya
ralit and khayal mengikut alunan musik oleh idola-idola mereka. Kalau bab
hiburan, tambahan lagi kalau percuma……kalangan mereka ni sanggup
datang dari segala pelusok rantau, ada yang sanggup bermalam dibawah embun,
dikaki lima, dibangku-bangku awam atau pun tak tidur pasal asyik
berdengung memanjang baik dengan dadah maupun arak. Semuanya ni amat
memudaratkan, lebih lagi anak-anak muda. Dikepala mereka ni tak ada apa
nak difikirkan, baik masa depan maupun masa kini, asyik -asyik hiburan,
keseronokan dan khayalan. Rosak…rosak! Ini lah harapan KERAjaan
yang mau rakyatnya rasa seronok saja sampai bila berdepan dengan
masalah-masalah nasional pun, rakyat jenis ni tak perduli langsung. Sogokan beginilah
yang selalunya menimpa rakyat yang bernama MELAYU tapi masih belum sedar dan
ramai juga yang masih tidak mahu sedar betapa mereka diperbodohkan KERAjaan
sampai tahi terpalit dibatang hidung pun masih boleh memberi senyuman yang
menawan. Alangkah
eloknya jika mereka ni adalah sebahagian dari peserta-peserta demonstrasi
membantah kenaikan minyak yang saban minggu diadakan di merata tempat dinegara
ini. Malu saya melihat sokongan demonstrasi yang diberi oleh rakyat-rakyat
negara asing kepada penganjur demonstrasi dinegara mereka kalau dibandingkan
dengan sokongan yang kita dapat dari rakyat kita. Oleh sebab itu agaknya,
berita TV arus perdana tak siarkan keadaan demonstrasi disini, mereka cuma
tunjukkan betapa hebatnya demonstrasi dari luar negara. Mereka malu sokongan
yang diberi rakyat Hairan,
hairan….KERAjaan Barisan Nasional yang bersandarkan Islam Hadhari! “MASA
UNTUK PERUBAHAN!” - ALEXJAL
ZABRIENSKI. From: To help you stay safe and secure online, we've developed the
all new Yahoo! Security Centre.
This message (including any attachments) contains confidential information intended for a specific individual and purpose, and is protected by law. If you are not the intended recipient, you should delete this message and are hereby notified that any disclosure, copying, or distribution of this message, or the taking of any action based on it, is strictly prohibited.
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com YAHOO! GROUPS LINKS
|
RE: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
Hamzah, Noorashikin \(MY - Kuala Lumpur\) Fri, 14 Apr 2006 19:01:12 -0700
- RE: Bismillah [hidayahnet] Kami ... Hamzah, Noorashikin \(MY - Kuala Lumpur\)
- RE: Bismillah [hidayahnet] ... Jamal Abdillah
- Re: Bismillah [hidayahnet] ... Megat Ahmad
- RE: Bismillah [hidayahnet] ... Sawayaka Hito
