KeADILan kesal Dr Mahathir disembur pemedih mata - Dr Wan Azizah
Mon | Jul 31, 06 | 10:52:29 AM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
SEREMBAN, 31 Julai (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) melahirkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu 28 Julai lalu.

Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya semalam berkata, beliau tidak boleh menerima sama sekali tindakan menyerang bekas PM itu, katanya.

"Saya kesal Dr Mahathir disembur pemedih mata setiba di Kelantan baru-baru ini,: katanya.

"Tindakan menyerang sebegini tidak boleh diterima sama sekali dalam budaya politik kita. Ahli politik kita seharusnya mempunyai kematangan yang wajar dalam menangani keadaan tegang tanpa menggunakan cara kekerasan seperti ini," katanya lagi.

KeADILan menyeru supaya pihak polis menyiapkan siasatan ke atas kes tersebut secepat mungkin, katanyta.

KeADILan juga mendoakan agar Dr Mahathir dapat sembuh dalam masa yang singkat dan tiada perulangan kejadian seperti ini pada masa kelak, katanya.

Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 11 pagi 28 Julai lalu, sebelum sempat Mahathir berdiri berucap kepada seribu orang yang menyambutnya, beliau disembur dengan gas sehingga menyebabkan beliau terduduk.

Kejadian tersebut dikaitkan dengan dua kumpulan Umno yang berebut hendak menyambut bekas PM itu dalam lawatannya ke Kelantan.

Dalam sidang medianya di sebuah hotel dekat sini, Mahathir bagaimanapun menyifatkan kejadian tersebut sebagai tindakan 'orang desperado' yang mahu menghalangnya daripada menyatakan kebenaran.

Sementara itu dalam satu majlis berasingan, ketika berucap kepada lebih 3 ribu orang Umno yang menyokong beliau, Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS dan menolak sama sekali kerjasama dengan bekas timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir menegaskan, beliau adalah ahli Umno yang komited untuk menyelamatkan negara dan parti itu dari kepimpinan yang penuh dengan kelemahan dan kepincangan.

Tegas beliau, Umno yang diterajui Abdullah kini, tersasar daripada perjuangan asal Umno.

***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke