Alhamdulillah, Masih ada umat Rasulullah s.a.w yang dapat melihat dan memahami perjuangan Baginda yang penuh hikmah.
Kenapa ramai umat akhir zaman yang perasan masuk syurga sehinggakan sanggup menjatuhkan hukuman kepada orang lain dengan sesuka hati? --- [EMAIL PROTECTED] wrote: > Utusan Malaysia 10 Nov 2006. Bersama: MOHD. FARID > RAVI > ABDULLAH > SOALAN : Jika seorang Muslim murtad, adakah kita > harus > menjauhkan diri kita daripada orang-orang seperti > mereka. Jika orang yang murtad itu adalah abang atau > kakak kandung kita sendiri, adakah kita akan > dimasukkan neraka kerana masih bergaul dan > menganggap > diri mereka seperti kakak atau abang? Bagaimana pula > jika orang itu yang beragama lain memeluk Islam. > Haruskah dia memutuskan hubungan mereka dengan > keluarga kandung mereka sendiri? > > JAWAPAN: > Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w penuh > dengan kasih sayang dan toleransi. Setelah baginda > dilantik menjadi Rasul terakhir, baginda > menghabiskan > usia selama 23 tahun untuk mengajak orang kepada > Islam. > > Baginda tidak mengenal penat lelah dalam mengajak > manusia kepada Islam. Masyarakat yang menjadi > sasaran > dakwah baginda mempunyai pelbagai perangai, > kadang-kadang baginda berhadapan dengan ancaman > nyawa. > > Namun baginda tidak berhenti mengajak mereka kepada > Allah. Justeru, tidak sepatutnya kita menjauhkan > diri > daripada mereka yang murtad, ini kerana mereka > adalah > madu (orang yang menjadi sasaran) kita. Justeru > kita > bertanggungjawab mengajak mereka kembali kepada > agama > Islam. Usaha kita mesti disertakan dengan > pengharapan > yang tinggi serta penyerahan kepada Allah s.w.t > serta > diiringi dengan doa yang tidak putus-putus supaya > Allah kembalikan mereka kepada Islam. > > Yakinlah dengan Allah, kerana Allah sahaja yang > mampu > memberi hidayah kepada manusia. Lebih-lebih lagi > jika > yang murtad itu adik-beradik kandung, sudah > semestinya > kita tidak sanggup melihat mereka berpaling dari > agama > Islam yang suci ini. > > Isu orang murtad bukan sesuatu yang baru dalam dunia > perkembangan Islam kerana di zaman Rasulullah s.a.w > ada yang murtad. Pada zaman khalifah Abu Bakar pun > ada > yang murtad. Hukuman orang murtad jelas iaitu bunuh, > tetapi berapa ramai yang dibunuh kerana murtad di > zaman Rasulullah dan zaman para sahabat? > > Kebanyakan yang murtad pada zaman itu adalah > golongan > yang tidak sempurna imannya. Apa kurangnya zaman > kita > ini? Adakah semua yang bergelar muslim itu sempurna > imannya? Jadi punca orang keluar islam ialah > nipisnya > iman serta keyakinan kepada Allah s.w.t sebagai > tuhan > yang berhak disembah. > > Kerja agama yang paling utama dilakukan oleh > Rasulullah ialah mengajak orang kepada Islam. > Sebaliknya, kita sudahlah tidak mengajak orang > kepada > Islam, malah bertindak menjauhkan diri daripada > orang-orang yang perlukan bimbingan. > > Berceramah di masjid senang tetapi dakwah secara > perseorangan cukup sukar, perlukan kekuatan dan > keinginan yang tinggi. Lebih-lebih lagi menghadapi > orang yang murtad. > > Orang yang paling hampir kepada seseorang ialah > adik-beradiknya, maka adik-beradiklah yang lebih > utama > memainkan peranan mengembalikan mereka kepada Islam. > > Ustaz tidak menafikan hukuman yang telah ditetapkan > dalam kanun syariah, tetapi ingin mengajak > masyarakat > supaya menangani isu murtad dengan dengan lebih > berhemah lagi melalui dakwah, kaunseling, ziarah. > Pandangan fuqaha juga menyarankan orang murtad itu > diberi tempoh untuk kembali ke pangkuan agama Islam. > > Adapun menjauhkan diri daripada mereka akan > memburukkan lagi keadaan dan ada pihak lain yang > akan > mengambil kesempatan. Dari sudut pergaulan tidaklah > salah, kerana hubungan adik-beradik seperti air, > tidak > akan putus biarpun dicincang. Persoalan mengenai > adakah apabila bergaul dengan mereka akan membawa > kita > ke neraka? Jawapannya tidak. > > Ini dijelas dalam firman Allah: Barang siapa yang > berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), Maka > Sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) > dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka > sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya > sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat > memikul > dosa orang lain, dan kami tidak akan mengazab > sebelum > kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang > benar dan yang salah. (al-Isra: 15). > > Apabila seseorang itu menganut agama Islam, tidak > harus dia memutuskan perhubungan dengan keluarganya > asalnya yang bukan beragama Islam. Malahan hendaklah > dia menjaga perhubungan kekeluargaan. > > Sikap yang demikian akan menjadikan seseorang yang > menganut Islam lebih dihormati dengan pilihannya. > Sekurang-kurangnya dapat meneutralkan pandangan > keluarga mengenai agama Islam. > > Sedangkan sebelum ini ada yang berpendapat apabila > seseorang itu menganut agama Islam maka terputuslah > hubungan kekeluargaan, sampai ada yang kata ziarah > pun > tidak boleh. > > Dalam masalah ini kita lihat bagaimana sikap Nabi > Muhammad s.a.w dengan datuknya, pakcik-pakciknya > serta > saudara-saudaranya yang lain yang bukan beragama > islam. > > Walaupun kebanyakan mereka tidak beragama Islam, > Rasulullah tetap menziarahi mereka, mendekati > mereka. > Apa matlamat Rasulullah berbuat demikian? Bukankah > tujuan baginda untuk memperlihatkan kepada keluarga > baginda akan sikap toleransi dalam Islam dan sifat > kasih sayang dalam Islam? > > Akhirnya ada yang menerima Islam seperti Abu Sufyan > dan Hamzah. Lebih hebat lagi pada tahun Rasulullah > membuka kota Mekah, berduyun-duyun penduduk Mekah > menganut agama Islam. > > Mengambil diri saya sebagai contoh, budi pekerti > yang > saya tunjukkan kepada keluarga menyebabkan ibu dan > abang saya menganut Islam. > > http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm > > > > > Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab > Allah > Syarak Mengata , Adat Menurut > > Sila layari Blog PAS N.Sembilan di > http://pasns.blogspot.com > > > > > > > > ____________________________________________________________________________________ > Yahoo! Music Unlimited > Access over 1 million songs. > http://music.yahoo.com/unlimited > > ____________________________________________________________________________________ Sponsored Link Mortgage rates near 39yr lows. $420k for $1,399/mo. Calculate new payment! www.LowerMyBills.com/lre
