Saya nak bubuh nasi tambah: fatwa bahawa merokok itu adalah haram, pun ada 
dalam laman web Mufti Selangor. Dah lama dah, sejak zaman Dato ishak Baharom 
lagi. Semoga turut diberi perhatian oleh semua muslimin muslimat. 


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, 16 November, 2006 8:51:36 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh 
MuftiSelangor

 
Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor 
Dilulus terbit oleh webmaster pada Tuesday, October 03 @ 06:37:45 MYT 

Akhi, 

Sila sebarkan fatwa ini yang boleh didapati di 
http://www.e- fatwa.gov. my/mufti/ fatwa_warta_ view.asp? keyID=1155di dalam 
laman e-Fatwa 

Ana telah menelefon Jabatan Mufti Negeri Selangor di talian 03-55143738 
pada pukul 11:39 am, 2 Oktober 2006 dan bercakap dengan Arbaeyah. 
Pangilan ana ialah untuk mengesahkan bahawa tiada unsur-unsur 
penyelewengan samada oleh penggodam komputer ataupun sesiapa sahaja yang 
mempunyai kebenaran untuk mengubah laman web tersebut.  Beliau telah 
mengesahkan yang fatwa tersebut datang dari Jabatan Mufti Negeri 
Selangor. 

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memberitahu semua umat 
islam di Malaysiabahawa telah ada fatwa yang mengatakan bahawa pelaburan 
ASB adalah "bercanggah dengan hukum syarak". Setiap umat Islam yang 
terlibat dengan pelaburan ASB mesti menghentikan pelaburan di ASB dengan 
serta-merta dan bertaubat kepada Allah. 

Ana harap Akhie dapat memenuhi permintaan ana di atas. 

Jazakumullahu khairan kathira 
Fariz 
------- 

Petikannya : 
Kategori : Muamalat 
Tajuk : 
Hukum Wang Dividen Dan Bonus Asb 
Isu : 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima 
suratdaripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan 
berkenaan dengan hukum wan g dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti 
berikut : 

1.1. Adakah wajib dikeluarkan zakat daripada wan g bonus dan dividen ASB. 

1.2. Bolehkah wan g tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke 
Tanah Su ci Mekah. 

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan 
fat wan ya mengenai permasalahan tersebut. 

Keputusan : 

 1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah 
membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan 
mengambil keputusan seperti berikut : 

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB 
Keputusannya : 
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB 
adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum 
syara' " 

1.2. Bolehkah wan g digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Su ci Mekah 
Keputusannya 
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh 
kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat 
yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga 
pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut. 

Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by wan istelroy on Tuesday, October 03 @ 07:33:00 MYT 
(User Info | Send a Message) 


Saya ada menghantar email kepada seorang ustaz pakar muamalat ini, dan 
jawapan yang saya terima adalah seperti berikut... 

------------ --------- --------- --------- --------- --------- - 

wa'alakmussalam 

terlampau byk kali saya ulang menjawab soalan ini.. 

jwpn saya tetap sama.. majlis mufti kebangsaan meeting 2 kali tentang 
hal ini...dua-dua kali keputusan haram. tapi kerajaan tidak mahu 
wartakan. demikian maklumat dari Dato' Hj Ishak baharom (ex mufti s'gor) 

Menurt kajian ia ada 2 masalah besar :- 

1) Aqad atau jenis pelaburan yang digunakan tidak clear dan tidak 
menepati syarat pelaburan islam under konsep Mudarabah kerana modal 
adalah di jamin. 

2) Pelaburannya di buat ke kaunter haram lebih dari 30 %. Ia adalah 
banyak dan tidak diiktiraf oleh Majlis penasihat Shariah Su ruhanjaya 
Sekurtiti Malaysia, 

sekian 




Re: Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor by 
Abu_Muaz on Tuesday, October 03 @ 11:58:45 MYT 

re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by roime on Tuesday, October 03 @ 09:59:00 MYT 
(User Info | Send a Message) 


Ada x skim pelaburan yang ikut hukum syara' ? 




Re: Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor by 
Abu_Muaz on Tuesday, October 03 @ 11:24:13 MYT 
Re: Re: Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor 
by myme on Tuesday, October 03 @ 13:37:57 MYT 
Re: Re: Re: Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti 
Selangor by Abu_Muaz on Thursday, October 05 @ 02:10:45 MYT 
Re: Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor by 
wan istelroy on Tuesday, October 03 @ 11:26:45 MYT 

Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by ismitulamraja on Tuesday, October 03 @ 11:39:04 MYT 
(User Info | Send a Message) 


Usahkan ASB,  Tabung Haji pun sama jugak....  Pihak pengurusan kena 
beritahu bagaimana wan g tu dilaburkan atau jawab sendiri kat 
padangmahsyar nanti.... 


Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by ibnabibakr on Tuesday, October 03 @ 14:50:53 MYT 
(User Info | Send a Message) 


dulu saya pernah mencabar keratan sebuah majalah mengenai ASB ni di 
masjid alam shah, pudu, kl. 
ada sesiapa member TKO yang ada atau masih simpan keratan majalah 
tersebut sila bawa datang ke TKO ni, kalau tak silap fatwa kebangsaan tu 
dalam  awal 90an. 
dan pada ketika itu sibuk dengan Amanah Saham Neraka (ASN).... 


Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by Tandoori on Tuesday, October 03 @ 23:02:41 MYT 
(User Info | Send a Message) 


pernah gak dengar sebelum ni haram melabur dlm ASB. Ana terbaca dlm 
majalah Tamadun kalau tak silap komen oleh Ust. Mohd A wan g (skrg ni 
Ketua Penerangan PAS Pusat yg dulunya Yg Dipertua Persatuan Ulama 
M'sia). Kalau tak silap lagi ASB pun ada shares dlm MAS. Sapa2 boleh 
confirm? 

Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by asri67 on Tuesday, October 03 @ 23:54:23 MYT 
(User Info | Send a Message) 


.....kalau tak silap ana, dalam satu soal jawab di KEDAHFM, soalan dari 
pemanggil bertanya kepada USTAZ dari MAIK--Majlis agama Islam Kedah 
tentang hukum ASB ni......menurut USTAZ ni  kata nya keputusan majlis 
FATWA NEGERI KEDAH===ASB HALAL !!.........ana pun terkejut.... peristiwa 
ini berlaku dalam 2-3 bulan yg lalu......maybe ada sesiapa yg boleh 
check HIMPUNAN FATWA NEGERI KEDAH.... 

wallahu'lam 


Re: Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor(Score: 1) 
by anak_perelih on Wednesday, October 04 @ 10:39:46 MYT 
(User Info | Send a Message) 


Penerangan lanjut boleh didapati di 
http://www.irwan. biz/fixed- deposit-safe- investment/ 

Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB 
juga tidaklah sah di sudut syara’ kerana sebab berikut :- 

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi 
yang haram) 
2) Commerce asset holdings berhad ( Konvensional) - 1.11 % 
3) British American Tobacco berhad 1.07 % 
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % (insuran konvensional) 

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram 
dalam sesebuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah 
Su ruhanjaya Sekuriti , (rujuk keputusan Majlis Penasihat ShariahSC). 
Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasai dana 
pelaburan ASB. Ini menyebabkan nya menjadi haram. 

Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di 
atas. 

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas 
terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. 
iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. Adakah ia mudabarah atau 
musyarakah atau apa? 

dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari 
sudut syara’ maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam 
industri halal atau haram ia dilaburkan. 

Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati 
bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin 
oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah 
dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam. 

Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal 
pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga 
di fatwa kanoleh Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam 
konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya 
dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak 
dimasukkan di dalam kontrak mudarabah. 

Adakah ini dijaga oleh ASB…tidak sama sekali kerana mereka langsung 
tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malaysiaingin menjadi 
Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh 
Dato’ Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan 
konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal 
sahaja. 

regards, 

ArmanAlim B. Mohd. Ismail 

____________ _________ _________ ____ 

DISCLAIMER : Emails and any files transmitted with it are confidential and are 
intended solely for the use of the addressee. This communication represents the 
sender's personal views and opinions, which do not necessarily reflect those of 
*Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. If you are not the intended recipient or 
the person responsible for delivering the email to the intended recipient, 
please be advised that you have received this email by error and that any use, 
dissemination, forwarding, printing or copying of this email is unauthorised. 
Kindly immediately notify [EMAIL PROTECTED] com.my *Reference to Hyundai-Sime 
Darby Motors shall mean Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. and/or any or all 
of its related and associated companies. 






                
___________________________________________________________ 
Try the all-new Yahoo! Mail. "The New Version is radically easier to use" – The 
Wall Street Journal 
http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke