Got this article from a friend….and I’m wondering if this is a true 
case….nampak macam genuine case since the writer able to cite few names, 
mungkin kena check kesahihan nama2 staff kat bawah ni…..
Pesakit barah dipinggirkan daripada rawatan asas (Basic treatment) sengaja 
dibiarkan mati dalam keadaan penuh keseksaan di Wad 3 sebuah Hospital 
kerajaan di Manjung 
 
Bapa saya dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Seri Manjung daripada 
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - PJ untuk rawatan Palliactive. 
Keadaan bapa saya o.k Cuma tidak boleh makan dan minum sebab sistem 
penghadaman rosak disebabkan oleh barah. Beliau bergantung kepada TPN. 
Sikap segelintir jururawat dan doktor di hospital itu memberi layanan yang 
begitu teruk terhadap pesakit barah dan dipinggirkan daripada rawatan 
serta membuat penipuan atas keputusan pemeriksaan terhadap pesakit 
(observation chart). Mengapa  PPUM boleh memberi layanan yang begitu baik 
terhadap bapa saya tetapi Hospital Kerajaan ini tidak? Saya ingin 
memghuraikan kronologi rawatan buruk dan insiden terhadap bapa saya.
 
1) Masuk Hospital Kerajaan di Seri Manjung pada 31/10/2006
Beliau demam pada waktu malam, bagi tahu jururawat tetapi disuruh beritahu 
doctor pada keesokan pagi sebab waktu malam tidak ada doktor yang bertugas 
dan ubat. Adik saya terpaksa membeli ubat dari luar untuk bapa saya.
Mengapa ini boleh berlaku?
 
2) Sikap angkuh dan kurang ajar dua orang jururawat Noraini dan Siti 
Habibah enggan  membantu kami apabila mereka diperlukan. Sebaliknya, 
mereka memaki ibu saya serta menengking bapa saya (pesakit) walaupun ibu 
saya merayu jangan marah bapa saya tetapi jururawat tersebut tetap berbuat 
demikian. Jururawat tersebut juga mengugut bapa saya akan menghalau beliau 
keluar daripada hospital jika selalu memanggilnya dan membuat aduan. 
Padahalnya, jururawat itu tidak sibuk dan duduk bersembang  di kaunter .
Apakah salahnya jika kami memanggilnya hanya kerana memerlukan penjagaan 
jururawat? Ke manakah perginya Prinsip Kejururawatan (senyum, sayang, 
segera, sentuh dll).
 
3) 11/11/2006 kira-kira 5pm
Bapa saya kelihatan pucat, restless dan susah bernafas saya menanya 
jururawat keadaannya, mareka menyatakan tekanan darah rendah 100/60. Bila 
doktor datang, terus memberitahu kami ia adalah kesan Morphine tanpa 
melihat dan memeriksa bapa saya. Kemudian, terus beredar. Begitu pandaikah 
doktor? Inikah etika seorang profesion yang bergelar doktor? Mengapa tidak 
bertanggungjawab langsung  terhadap nyawa pesakit? 
 
4) 12/11/2006 - 2pm
Keadaan bapa saya bertambah serius dan tekanan darah turun ke 80/40, bapa 
saya sangat restless dan bola mata melihat ke atas dan tidak berdaya untuk 
bercakap langsung. Adik saya segera bergegas ke kaunter jururawat meminta 
pertolongan dalam keadaaan kelam kabut. Jururawat membawa peralatan dan 
memberi oksigen kepada pesakit. Malangnya, peralatan perubatan tidak 
berfungsi. Begitukah Nursing Care sehingga pesakit dekat collapse pun 
tidak tahu? Kemudian datang seorang doktor Melayu perempuan dengan selamba 
saja memeriksa pesakit. Selepas itu, memberi ibu saya borang D.I.L 
(Dangerous Ill List) untuk ditandatangani. Doktor tersebut ditegur oleh 
bapa saudara untuk menyelamatkan pesakit dahulu, tandatangan D.I.L tidak 
penting. Bapa saudara saya mengatakan pesakit kelihatan sangat pucat dan 
memerlukan darah. Selepas itu, doktor baru menghantar spesimen untuk 
mengesan tahap darah. Tidak lama kemudian, keputusan HB Hemoglobin 4.4gm. 
Mengapakah doktor  tidak membuat pemantauan darah sehingga keadaan begitu 
teruk? Ini adalah disebabkan oleh kecuaian rawatan doktor yang menjaga kes 
ini. Inikah dipanggil amalan perubatan yang professional dan penyayang? 
 
5) 14/11/2006 - 2pm
Central Vein Line Blockage selama 7 jam tidak dihiraukan oleh jururawat 
dan doktor.    Bapa saya bergantung kepada Central Vein Line untuk hidup 
melalui cecair (TPN) –Peripheral vein semua rosak. Ada doktor datang 
tetapi mengatakan beliau tidak tahu buat (dislodged obstruction) . Hanya 
doktor  pakar tahu buat. Ke manakah perginya dua orang pakar kontrak 
surgikal apabila diperlukan? Sikap pakar yang tidak bertanggungjawab dan 
tidak beretika harus diambil tindakan. Keadaaan bapa saya bertambah serius 
sehingga adik saya dan bapa saudara saya terpaksa mengadu kepada pengarah 
hospital. Setengah jam kemudian, pakar surgikal dan pengarah hospital 
datang melawat bapa saya. Sejak bapa saya dimasukkan ke Hospital Kerajaam 
ini, pakar surgikal tidak pernah datang merawatnya. Hanya selepas mengadu 
kepada pengarah barulah nampak batang hidungnya. Apa gunanya pakar berada 
di Hospital Kerajaan ini? Apa gunanya mengupah doktor kontrak ini yang 
tidak mahu membantu merawat pesakit serta tidak bertanggungjawab? Mengapa 
hospital lain juga mempunyai dua orang pakar tetapi boleh memeriksa bapa 
saya setiap hari? Walaupun hospital ini lebih besar daripada Hospital 
Kerajaan di Seri Manjung. 
 
6) 16/11/2006 -  4:30pm
Keadaan bapa saya berubah lagi jadi restless dan keliru disebabkan 
dehydrated. Nasib baik ada seorang pakar luar datang melawat bapa saya. 
Pada masa yang sama beliau telah memberi pertolongan dan merawatnya dan 
nyawanya diselamatkan. Selepas memberi satu pint cecair bapa saya pulih 
sedikit. Selepas itu doktor panggilan baru tiba. Mengapa doktor panggilan 
tiba lambat? 
 
7) 17/11/2006 - 2pm
Keadaan bapa saya masih tidak beransur baik mukanya pucat dan restless. 
Kami tidak boleh buat apa-apa lagi sebab sudah membuat aduan kepada 
pengarah (14/11/2006) . Doktor dan pakar masih tidak mahu merawat bapa 
saya. Sikap doktor dan pakar yang degil dan tidak berperikemanusiaan 
terhadap pesakit barah/ secara tidak langsung ingin menyeksa bapa saya 
sehingga mati. 
 
Bapa saya kelihatan sangat pucat dan tenat, saya pun tanya jururawat 
Hemoglobin iaitu 6.5gm (16/11/06). Saya tanya mengapa tidak membuat 
pemindahan darah. Bapa saya kelihatan semakin pucat. 
 
Datang Dr. Kelvin (Lelaki Cina) mengatakan tidak perlu membuat pemindahan 
darah dan tidak memberikan sebab. Adik saya berkata sanggup menderma darah 
kepada hospital atas pemindahan darah kepada bapa saya. 
 
Namun tiada rawatan yang sepatutnya diambil, keengganan doktor memberikan 
rawatan secara tidak langsung memaksa kami keluar dari Hospital Kerajaan 
itu. Kami terpaksa mengambil tindakan jika tidak, bapa saya akan mati 
akibat kekurangan darah. Kami tidak sanggup mempertaruhkan nyawa bapa saya 
sekali lagi. 
 
8) 17/11/2006 - 4:10pm
Adik saya terpaksa mengegaskan bapa saya ke pusat rawatan swasta untuk 
menyelamatkan nyawanya. Semasa di hospital swasta doktor segera membuat 
pemeriksaan tekanan darah 70/30 dan hemoglobin 6.0 gm. Doktor tersebut 
terus membuat pemindahan darah untuk menyelamatkannya.
 
Saya ingin menekankan beberapa perkara seperti berikut adalah kecuaian 
rawatan yang disengajakan oleh pihak unit surgical Hospital Kerajaan di 
Seri Manjung: 
 
1) Mengapa pesakit barah perlu dipinggirkan?
Doktor dan jururawat tidak masuk ke dalam bilik membuat pemeriksaan. 
Begitu handalkah doktor dengan hanya melihat melalui cermin dan catitkan 
dalam rekod pesakit? Ini semua merupakan pemalsuan rekod pesakit. Inilah 
sebab utama mereka tidak tahu perkembangan pesakit sehingga hemoglobin 
rendah sampai ke tahap yang merbahaya. 
 
2) Bapa saya mempunyai hak kemanusiaan untuk hidup. Mengapa diseksa oleh 
para doktor dan pakar yang enggan merawatnya?
 
3) Mengapa hemoglobin 4.4gm doktor pun tidak tahu atau sengaja berbuat 
demikian? Hemoglobin yang rendah terbiar oleh doktor menyebabkan hypoxia 
pada otak. Ini menyebabkan kerosakan sel otak serta bapa saya kehilangan 
ingatan. 
 
4) Ke manakah perginya pakar surgikal apabila diperlukan? Doktor bawahan 
tidak boleh atau tidak tahu merawat bapa saya semasa kecemasan. 
 
5) Mengapa Dr. Kelvin kata hemoglobin 6.5gm tidak perlu membuat pemindahan 
darah? Bapa saya masih bernyawa dan cuma restless. Beliau ingin membunuh 
bapa saya secara perubatan. 
 
6) Mengapakah hospital swasta boleh merawatnya sebaliknya Hospital 
Kerajaan di Seri Manjung yang besar ini tidak boleh? Ini sungguh memalukan 
dan menyedihkan pihak pengurusan Hospital Kerajaan di Seri Manjung dan 
Kementerian Kesihatan Malaysia. 
 
Apakah itu maksud HOSPITAL? Apakah pula tugas seorang doktor atau 
jururawat? Jikalau doktor atau jururawat tersebut tidak ada etika 
profesion atau tidak rela memberi rawatan yang sewajar kepada pesakit, 
lebih baiklah mereka tukar kerja atau letak jawatan. Kalau tidak, lebih 
banyak pesakit yang meminta rawatan daripada Hospital Kerajaan di Seri 
Manjung akan diseksa oleh doktor dan jururawat di sana . Nama Kementerian 
Kesihatan Malaysia juga akan tercemar kelak. 
 
Saya merayu kepada semua orang yang membaca kisah benar ini supaya 
menyebarkan artikal ini kepada seramai kawan atau saudara mara yang 
semungkin. 
 
Terima Kasih!
<html>
<img src="http://klia.com.my/MATechnologies/final.gif";>
</html>

This e-mail and any attachments may contain confidential and
privileged information. If you are not the intended recipient,
please notify the sender immediately by return e-mail, delete this
e-mail and destroy any copies. Any dissemination or use of this
information by a person other than the intended recipient is
unauthorized and may be illegal. 

Kirim email ke