Assalamualaykom,

Sikap kejumudan, tidak berjejak di atas dasar ilmiah yang telah dibina oleh
al-Quran, Sunnah dan juga ulama terdahulu amat membimbangkan. Apabila orang
yang tidak cermat dan tidak memiliki amanah di dalam displin keilmuan
berbicara dengan status quo sebagai orang yang berilmu, maka masyarakat akan
diperbodohkan.

Sudah sampai masanya kelayakan utk seseorang memberikan ceramah diberikan
had maksima.

Saya rasa, disebabkan POLITIK, lagi ramai yang telah kafir mengkafir,
bercerai berai, bergaduh, bertumbuk, masyarakat berpecah belah, fitnah
memfitnah, label melabel, qazaf dan 1001 pertelingkahan...adakah ini
bermaksud parti politik tidak boleh berjenamakan ISLAM? ataupun umat Islam
tidak boleh terlibat dengan politik yang ada jenama Islam? ataupun umat
Islam tidak boleh berpolitik langsung?

Hai, susah betul nak menyikapi sesuatu isu secara rasional....

Maszlee


On 01 Mar 2007 17:22:11 -0800, hilyahmohdkhalid <hilyahmohdkhalid> wrote:

  uh huh...hanya kerana "orang" yang bermasalah, keseluruhan konsep hendak
dihukum???

Jika ramai non-muslim melihat betapa jauh ke belakangnya umat Islam di
Malaysia, dengan akhlak yang sangat tidak bersopan,  di tambah banyak yang
buat kes2 bohsia, bohjan, di penjara, pusat serenti et al; berbanding dengan
Kristian yang majoriti gologan berjaya, berkerjaya, akhlak pula cukup bagus,
cukup menyenangkan hati (jika hendak diaplikasikan konsep yang sama) maka
non-muslim ni patut menolak Islam dan menerima agama Kristian???

bijak...bijak...

Lily
[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote:

 Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri
Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan
fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti
Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa
perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan
ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila
suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami
melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh.
Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya
juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka
robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam
membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu
jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua
amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan
tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah,
membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al
Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi.
Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah
sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka.
Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah
bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau
kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka
bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini
adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan
mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada
jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran
yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang
mengharuskan jawatan Mufti ini ? Begitu juga dengan
Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan
ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ?

Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai
terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa
agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh
merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan
rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan
buang bayi dan banyak lagi. Setiap amalan wirid,
qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada
mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu
dan akal.

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.
"Bank in slip" boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1,
Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Have a burning question?
Go to www.Answers.yahoo.com and get answers from real people who know.



 ------------------------------
Food 
fight?<http://answers.yahoo.com/dir/index;_ylc=X3oDMTFvbGNhMGE3BF9TAzM5NjU0NTEwOARfcwMzOTY1NDUxMDMEc2VjA21haWxfdGFnbGluZQRzbGsDbWFpbF90YWcx?link=ask&sid=396545367>Enjoy
 some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food Drink 
Q&A.<http://answers.yahoo.com/dir/index;_ylc=X3oDMTFvbGNhMGE3BF9TAzM5NjU0NTEwOARfcwMzOTY1NDUxMDMEc2VjA21haWxfdGFnbGluZQRzbGsDbWFpbF90YWcx?link=ask&sid=396545367>



Kirim email ke