kadang-kadang membaca saja juga tak cukup. kene berguru juga. tapi
masalahnya apabila salah pilih guru pula. isu seperti inilah yang sering
dihadapi, dia punya kapla. jadi untuk mengelakkan daripada tersalah pilih
guru, elak2 lah bertandang ke rumah-rumah guru2 neh, ramai-ramaikanlah
belajar di masjid. pilihlah langkah selamat. kita digalakkan bersama-sama
orang berilmu, tetapi bukan menyanjung orang berilmu sebab once dia dah
start rasa riak, sebelah kaki dan terjunam ke neraka. Nauzubillah...

On 2/28/07, muhammadafiq <muhammadafiq> wrote:

  Assalamualaikum.
Saya ingat cerita suami isteri bercerai sebab isteri tu baca Qunut Subuh
benar-benar menunjukkan kejahilan suami itu (Kalau kisah ini benar). TAPI
saya yakin dan faham sahabat2 Salafi tidak seperti itu. Bagi kita masalah
Qunut Subuh nie ialah khilaf yang mu'tabarah. Kalau nak baca, bacalah. Kalau
tak nak baca tak payah lah baca. Yang baca pulak jangan Bidaahkan yang tidak
baca Qunut, begitu jugalah sebaliknya. Dan inilah juga yang diajar dalam
kuliah2 SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Kalau betullah semua cerita2 ni. Ini jelas menunjukkan orang itu yang
tidak faham Sunnah. Bukan nya salah aliran Salaf.

Samalah keadaannya macam orang yang pergi Haji. Waktu melontar, ramai
jemaah yang maut atas bermacam2 alasan. Takkan kita nak kata ibadah Haji ni
ganas. SIAPA SALAH? Ibadah Haji ke Jemaah yang tidak sabar2 nak melontar
sampai tolak-menolak?

Antara perkara yang saya hairan lagi. Masalah Tahlil dan Kenduri Arwah.
Bagi orang yang belajar agama dan baca kitab2 Imam Asshafie. Jelas bahawa
ma'tam ( berkumpul sesudak kematian @ kenduri arwah) termasuk dalam Bidaah
yang sesat. Bahkan dalam kitab2 Melayu juga ada disebutkan hal ini. Apa yang
perlu kita buat sekarang BACALAH....
Baru kita dapat beza yang mana satu Sunnah dan yang mana satu Bidaah.

Banyak lagi masalah2 yang disebutkan dalam e-mail saudara kita ini telah
dijawab oleh tokoh2 Sunnah samada dalam Malaysia atau diluar.
Saya ingat kalau selak Kitab Fatawa Muashorah karangan Dr Yusuf AlQaradawi
pun ada juga ttg masalah ini. Banyak buku2 dan tulisan2 tentang ini.
Tolonglah baca dan jangan tuduk tak tentu hala. Kalau tuduhan itu tak
betul itu FITNAH namanya. Saya ingat hukum mengenai FITNAH ni semua orang
dah tahu kot.

Wallahu A'lam
[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote:

 Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri
Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan
fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti
Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa
perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan
ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila
suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami
melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh.
Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya
juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka
robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam
membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu
jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua
amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan
tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah,
membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al
Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi.
Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah
sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka.
Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah
bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau
kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka
bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini
adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan
mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada
jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran
yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang
mengharuskan jawatan Mufti ini ? Begitu juga dengan
Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan
ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ?

Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai
terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa
agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh
merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan
rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan
buang bayi dan banyak lagi. Setiap amalan wirid,
qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada
mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu
dan akal.

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
Sumbangan untuk PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.
"Bank in slip" boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1,
Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Have a burning question?
Go to www.Answers.yahoo.com and get answers from real people who know.


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com







--
Ahmad Ghazali Bin Ahmad Tajuddin
Photographer, Graphic Designer
012-9082320
http://www.walimatul-urus.net
http://gezzeg.fotopages.com

Kirim email ke