mufti ini mungkin alim dalam hal hal ilmu yang tercatit di kertas kertas tetapi
rasanya dia jahil dalam hal hal berkaitan keadaan semasa yang memerlukan
perkara ijtihadiyyah...sekiranya tidak perlu mengintip hal berkaitan maksiat
kiranya tidak mahu mengaibkan manusia yang terlibat dengan maksiat itu...maka
pihak-pihak lain yang bertugas melibatkan penguasaan undang-undang tidak
perlulah melaksanakan pengintipan untuk mencari pembuktian kes-kes jenayah
lain....pihak polis tidak perlulah mengintip dan menyiasat kes-kes jenayah yang
dilaporkan dan yang berlaku...pihak kastam tidak perlulah mengintip kejadian
penyeludupan yang dilaporkan dan berlaku... pihak imigresyen tidak perlu
mengintip dan memeriksa premis untuk mencari pendatang asing dan ada 1001 macam
lagi kejadian jenayah yang tidak perlu diintip , disiasat atau seumpamanya
sekiranya kita tidak mahu mengaibkan perlakuan maksiat..maksiat bukan sahaja
dikhususkan atas perbuatan berdua-duan dalam istilahnya khalwat atau
perzinaan tetapi maksiat juga meliputi perbuatan mungkar yang
lain..merogol..membunuh..menyeludup..memasuki negara cara haram , perasugut ,
rasuah dan 1001 lagi perkara kemungkaran yang mana kalau dibuktikan pastilah
akan mengaibkan si pelaku mungkar tersebut...saranan mufti perlis bukan lah
satu perkara baru atau membuka minda baru dalam fakta dan
keintelektualan...tetapi sekadar memperlihatkan bagaimana seorang yang alim
ilmu-ilmu islam pun masih jumud dan jahil dalam meng instibatkan hukum untuk
kesesuaian keadaan yang memerlukan ijtihadiyyah baru dalam membuktikan sesuatu
kemungkaran....
Apa yang kita tidak bersetuju adalah pengintipan atau pengintaian yang
dilakukan oleh para dalam istilahnya " mat skodeng " yang sememangnya mengintai
dan mengintip sesuatu perlakuan maksiat itu bukan untuk pencegahan dan
penguatkuasaan undang-undang atau seumpamanya tetapi lebih kepada keseronokan
nafsu semata-mata..sudah tentulah hal ini terlarang...
Adalah tidak adil sama sekali menyamakan tugas pegawai Jabatan Agama yang
membuat pengintipan mahupun pemeriksaan atas seseorang ataupun premis atas
tugas dan tanggungjawab pencegahan maksiat dan kemungkaran mahu disamakan
dengan perbuatan mat-mat skodeng yang jelas melakukan perbuatan tersebut untuk
tujuan kenafsuan semata-mata...disinilah menampakkan kejumudan pentafsiran
mufti perlis dalam hal-hal berkaitan dimana beliau telah menjadi jaguh kepada
golongan islam liberal atau yang seumpamanya yang sememangnya mahukan kebebesan
hak untuk sesiapa pun di pelihara tanpa di nilai dengan neraca keimanan serta
syariat islam yang syumul.
Adalah lebih adil kiranya mufti perlis menjuruskan segala daya kemampuan
ilmuannya dalam usaha memartabat dan mendaulatkan syariat Allah swt agar
benar-benar dilaksanakan di negeri yang telah di istiharkan sebagai Perlis
Darul Sunnah daripada mengelirukan ummat dengan pentafsiran jumud beliau dalam
hal yang berkaitan hukum yang boleh di ijtihadkan lagi...
Adalah adil bagi mufti perlis untuk melipatgandakan usaha beliau untuk
membenteras dan mengharamkan dalam kapasiti beliau sebagai seorang mufti dalam
perkara-perkara maksiat yang jelas berlaku yang merupakan dosa-dosa besar
seperti seperti sport toto , kedai-kedai nombor ekor , casino judi di genting
highland , premis-premis arak dan maksiat-maksiat lainnya yang besar sekiranya
mufti perlis ini mendokong pegangan Al-Quran dan As Sunnah serta begitu yakin
bahawa negeri yang beliau menjadi mufti sekarang ini sebagai negeri yang begitu
kuat melaksanakan peraturan Al Quran dan A s Sunnah..
Saya menasihatkan kepada mufti perlis janganlah kiranya atas faktor pangkat
dan kedudukan kamu takut untuk menyentuh perkara-perkara yang lebih
dasar...janganlah sekadar untuk menjaga periok nasi dan kemuliaan penghormatan
dari manusia kamu takut untuk menyatakan yang HAQ walaupun pahit...janganlah
kamu rasakan pandangan dan ilmu kamu lebih hebat dari orang lain kerana itu
akan menjadi hijab antara kamu dengan Allah swt...
Saya adalah antara mereka yang sering menjemput anda berceramah diperingkat
awal lagi sewaktu anda dalam proses pengajian PHD anda...saya dapat rasakan
berbezanya pandangan anda pada waktu itu dengan pandangan yang lebih bebas
dengan hujah keilmuan anda tanpa takut menyatakan kebenaran dengan pandangan
-pandangan anda sekarang...
Adalah lebih benar kiranya anda membuktikan diri anda sebagai pelaksana
pegangan salafiyyah dan dengan kapasiti anda sebagai seorang mufti perlis
sekarang menutup premis-premis perjudian seperti kedai ekor dan seumpamanya di
negeri yang anda menjadi mufti sendiri....kiranya ini tidak berlaku..kami faham
anda bukanlah sebenarnya apa yang diharap-harapkan tetapi sekadar mereka yang
telah berlalu sebelum anda yang sekadar memanaskan kerusi yang anda duduk
sekarang dan mencari glamor dalam isu-isu yang mengelirukan ummat dan
menguntungkan para mungkarat.
Terima kasih PM Mufti
KANGAR 23 Feb. Mufti kerajaan negeri Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainul Abidin
(gambar) berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi yang mengarahkan supaya usaha mewujudkan kumpulan pengintip untuk
mengesan perbuatan sumbang atau maksiat dihentikan.
Dr. Mohamad Asri memberitahu Bernama di sini, arahan yang dikeluarkan Abdullah
sejajar dengan pandangan kerajaan Perlis sendiri yang awal-awal lagi tidak
bersetuju terhadap tindakan mengintip bagi mengesan perbuatan maksiat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik
kenyataan Abdullah pada sidang media di Jakarta, Indonesia sebelum berlepas
pulang pada akhir lawatan kerja dua harinya ke republik itu.
Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pasukan pengintip tidak perlu
ditubuhkan untuk mencegah maksiat walaupun setiap negeri mempunyai bidang kuasa
undang-undang di bawah Jabatan Agama Islam.
Abdullah berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Terengganu
mempertahankan tindakannya menggunakan khidmat individu tertentu sebagai
pemberi maklumat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi
mengatasi kes maksiat di negeri tersebut.
Mohamad Asri berkata, beliau bersyukur kerana pandangan yang pertama kali
dicetuskannya sebelum ini mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan negara
walaupun timbul pelbagai pendapat dan spekulasi berhubung cadangan beliau itu.
Mohamad Asri berkata, beliau juga hairan terhadap tindakan kerajaan Terengganu
yang selama ini melaungkan konsep Islam Hadhari tetapi mengambil pendekatan
menggunakan kumpulan pengintip bagi mengesan perbuatan sumbang atau maksiat di
negeri tersebut.
Saya sangkakan ini sebagai sesuatu yang direstui oleh kerajaan pusat tetapi
dengan adanya arahan Perdana Menteri yang meminta semua negeri supaya
menghentikan penggunaan kumpulan pengintip tersebut, barulah saya sedari bahawa
tindakan itu bukanlah arahan di peringkat pusat, katanya.
Mohamad Asri berkata, orang ramai boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan
enam garis panduan yang disediakan dalam membanteras perbuatan sumbang atau
maksiat tanpa menggunakan kumpulan pengintip.
Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_03.htm&arc=hive
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...
---------------------------------
Any questions? Get answers on any topic at Yahoo! Answers. Try it now.