Umno Selangor kukuhkan cengkaman ke atas surau, masjid
Saidah Hairan
Fri | Mar 09, 07 | 07:40:46 AM SHAH ALAM, 9 Mac
(Hrkh) - Umno mengukuhkan cengkamannya ke atas surau dan masjid di Selangor
berdasarkan arahan pejabat agama Islam daerah dan negeri yang menghendaki
borang senarai pegawai dan AJK-nya disah dan ditandangani Adun atau Ketua Umno
Bahagian.
Sebagai contoh, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling baru-baru ini mengedarkan
surat arahan dan format borang senarai pegawai dan AJK surau di bawah kariah
masjid kepada semua nazir masjid negeri Selangor.
Surat arahan tersebut ditandatangani Pegawai Tadbirnya, Haji Mohamad Nawi Abu
Bakar, bertarikh 29 Januari 2007 dan salinan kepada, Pejabat Adun Kota
Anggerik; Batu Tiga; Taman Medan; Kota Damansara; Paya Jaras; Seri Setia; Meru
dan Sri Muda.
Satu salinan turut diberi kepada pejabat Umno Bahagian (1) Serdang; Petaling
Jaya; Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan.
Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Ramli Sidom di
pejabat PAS, Shah Alam, semalam (8 Mac).
Surat itu mengarahkan; Arahan memaklumkan tempoh tamat pegawai dan AJK surau
negeri Selangor pada 15 Jun dan mengedarkan format borang senarai pegawai dan
AJK kepada semua surau di bawah kariah masjid bagi tempoh 16 Jun 2007 hingga 15
Jun 2010.
Surat bilangan (67) dlm. JAI.SEL.BPM/01/056 Jld.2 bertarikh 19 Januari 2007.
Pihak Jabatan Agama berharap semua nazir masjid bekerjasama dan membantu pihak
kami untuk membuat pengumuman berkenaan sebelum solat Jumaat, mengadakan
perjumpaan bersama pihak surau di bawah kariah bagi memaklumkan tempoh tamat
pegawai dan AJK surau dan mengedarkan borang senarai pegawai dan AJK surau
untuk diisi lengkap.
Borang mestilah bertaip komputer dan bertandatangan dan bercop rasmi Ahli Dewan
Undangan Negeri atau Ketua Umno Bahagian bagi Adun bukan Islam sahaja dan
disimpan satu salinan ke dalam disket/CD.
Borang yang telah lengkap mestilah dihantar ke Unit Pengurusan Masjid, Pejabat
Agama Islam Daerah Petaling Tingkat 6, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris
Shah, Shah Alam sebelum 1 Mac.
Ustaz Ramli berkata, selama ini Umno menuduh PAS mempolitikkan masjid tetapi
sekarang terbukti dalam pelantikan semula AJK surau Selangor, parti itu
menganggap seolah-olah masjid hak miliknya.
Beliau mempersoalkan, kenapa perlu campur tangan Ketua Umno Bahagian dalam
menentukan AJK surau sedangkan surau atau masjid bukan premis biasa yang boleh
ditentukan oleh orang politik.
Katanya, arahan tersebut amat mendukacitakan dan Pemuda PAS menyarankan kepada
Majlis Agama Islam Selangor supaya pelantikan AJK surau dan masjid mestilah
diserahkan kepada ahli kariah.
PAS Selangor akan mengkaji dari aspek perundangan dan akan menghantar
memorandum kepada Mais dan Sultan Selangor, katanya. - lanh
Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan
yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM
(564070000336)
---------------------------------
Jumlah dilihat: 1300 | Cetak | Emel
Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat,
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke ' ); document.write( addy_text4323
); document.write( '' ); //-->\n [EMAIL PROTECTED] ' ); //--> Alamat email
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk
melihatnya ' ); //--> .
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan
dilayan.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.