Assalamualaikum

Penggunaan perkataan MasyaAllah hanya untuk memuji
sesuatu yang baik dan indah bukan dikaitkan dengan
sesuatu yang kurang baik... harap dapat dibetulkan
amalan ini

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Maasya Allah ! Sdr masih belum tahu mengenai
> Khilafah, ke ? Untuk pengetahuan sdr, dakwah
> mengenainya sangat popular dikalangan gerakan Islam
> diluar sana, terutama di Timur Tengah, hinggakan
> Amerika juga turut berminat untuk menjalankan kajian
> mengenainya justeru khuatir akan kebangkitannya,
> lalu memburuk-burukkannya melalui lisan-lisan
> pemimpin mereka dalam ceramah politik disana-sini.
> 
> Tak pa lah, insyallah, saya jelaskan mengenainya di
> sini seringkas mungkin.
> 
> Menurut Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani dalam karyanya
> Al-Khilafah, “Khilafah adalah kepimpinan umum kaum
> muslimin seluruh dunia untuk menerap, memelihara dan
> mengembang Islam keseluruh dunia”. Maksudnya,
> Khilafah adalah sebuah entiti pentadbiran (kiyan
> tanfizi) bagi Islam, yang menzahirkan Islam sebagai
> ‘the way of life’. Boleh juga sdr lihat dari aspek
> politik, Khilafah adalah satu-satunya sistem politik
> Islam yang tidak bergaul/digaul dengan sistem
> politik asing seperti yang kedapatan diseluruh dunia
> pada hari ini.
> 
> Khilafah itu bercirikan kepada 2 (dua) hal;
> Diterapkan didalam wilayahnya syari’ah
> (peraturan-peraturan Islam) sahaja
> Keamanan berada ditangan Islam, yakni pemimpin
> Negara (entity) tersebut adalah muslim yang
> menjalankan 3 fungsinya seperti yang disebutkan
> dalam definisi Syeikh Taqiyuddin (rah. ‘alaih).
> 
> Kedua-dua ciri tersebut tidak boleh digugurkan,
> kerana keguguran salah satunya menyebabkan
> kesahihannya gugur sebagai sebuah entiti pentadbiran
> Islam iaitulah Khilafah.
> 
> Khilafah yang juga disebut sebagai Daulah Islamiyyah
> didirikan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat di
> Yastrib a.k.a. Madinah pada tahun 1 Hijriah. Baginda
> memimpin Khilafah selama lebih kurang 10 tahun,
> kemudian diteruskan kepimpinannya oleh para khulafa’
> ar-rasyidin, kemudian bermula era kekhilafahan
> Umayyah, Abbasiyyah dan terakhir Uthmaniyyah.
> Khilafah diruntuhkan secara rasmi setelah
> penggulingan Sultan Abdul Mejid V pada tanggal 3 Mac
> 1924. Beliau merupakan Khalifah Islam yang terakhir
> dibai’at secara sah, dan digulingkan oleh Mustafa
> Kamal Attartuk laknatullahi ‘alaih di Istanbul
> Turki.
> 
> Banyak channel yg sdr blh dpt maklumat mengenai
> Khilafah ni, antaranya adalah dengan mendapatkannya
> secara langsung dari syabab Hizbut Tahrir. Di
> Malaysia, mereka boleh dihubungi dari laman web
> www.mykhilafah.com atau mereka boleh ditemui
> dimasjid-masjid pada hari Jumaat ketika mengedar
> selebaran Sautun Nahdhah.
> 
> Sdr juga blh melawati laman2 web yang lain,
> 
> www.hizb.uk.org
> www.khilafah.com
> 
> dan lain-lain yang sdr dptkan pautan (links) dalam
> website www.mykhilafah.com.
> Khilafah adalah Negara kita. Menegakkanya semula
> adalah kewajipan yang dibebankan atas bahu kita.
> Untuk menegakkannya kita wajib menyampaikannya
> (berdakwah) kepada seluruh umat Islam dan umat
> manusia. Banyak dalil-dalil yang berkaitan tentang
> kewajipannya blh sdr temui dalam website dan
> kitab-kitab yang diterbitkan oleh Hizbut Tahrir.
> Saya sedang mentelaahnya, dan saya dapati ianya amat
> baik. Apakata sdr pula memberi peluang pada diri sdr
> sendiri mentelaahnya ? Tak rugi pun, bahkan
> bertambah pula ilmu dan amal.. insyallah.
> 
> Wassalam
> 
> 
> 
> ----- Original Message ----
> From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
> Sent: Thursday, March 8, 2007 8:57:55 AM
> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa
> - Orang Islam mesti baca
> 
> defina what is DAULAH KHILAFAH, maybe people will
> understand.
> 
> 
> ----- Original Message ----
> From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
> Sent: Wednesday, March 7, 2007 4:22:50 PM
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa -
> Orang Islam mesti baca
> 
> 
> Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti
> meleleh dari tadi. Dada pulak asyik sebak je. Kat
> tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran
> HT Malaysia. SN 111 – MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH
> ADALAH WAJIB.
> 
> Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri,
> tak berguna dan macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni
> nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju semua orang
> ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat
> dapat tegakkan semula DAULAH KHILAFAH.
> 
> Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas
> realiti yang ada. Oh…..aku duk kat Malaysia rupanya.
> Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma parti-parti
> politik periuk nasik . Yang masing-masing pentingkan
> agenda politik sendiri. Ada yang membela BANGSA –
> YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada pulak yang
> membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri
> supaya boleh masuk dengan keadaan sekarang. Yang
> kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun
> tak akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu
> sendiri. Sebabnya…..remote control untuk setiap
> negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan
> kafir-kafir Amerika , Britain dan Yahudi. Jadi kalau
> berkuasa mana-mana parti pun berani ke sorang diri
> sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan
> Sunah????Besar mana la sangat Malaysia ni. Dah la
> tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak.
> 
> Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya
> orang ‘Islam’, tak habis-habis ber’perang’ satu sama
> lain menegakkan kebodohan sendiri sambil
> diperhatikan oleh kafir-kafir dalam dan luar negara.
> Maka bertepuk tangan dan ketawa bergulung-guling la
> kafir-kafir ni tengok acara ‘perang’ antara umat
> ‘Islam’ ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik
> telah menjalankan ubatnya keseluruh urat saraf
> umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan
> jahil tegar.
> 
> Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba
> mengangkat dan menjunjung Mufti-mufti kesukaan
> masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti
> dengan isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad,
> nak intip orang khalwat dan macam-macam lagi.
> 
> Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya
> tanggungjawab Mufti ni pada umat. Keja dia bukannya
> membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah
> dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti
> yang ada sekarang ni benar-benar menjunjung Islam
> dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara maksiat
> akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana.
> 
> Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah
> yang datang yang sebenarnya berpunca dari sistem
> buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah
> yang akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu
> sawatnya tak diganti. Kita sekarang sedang mengubat
> penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah
> dengan sistem buatan manusia yang ada, bukan
> mencegah dengan menukar kepada sistem yang telah
> Allah turunkan, SYARIAT ISLAM.
> 
> Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai
> pulak yang kena serangan darah tinggi. Aku sendiri
> pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya
> cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai
> untuk berlindung. Aku takut mati lebih-lebih lagi
> kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah.
> 
> Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar
> Rasullullah mengatakan, “Barangsiapa melepaskan
> tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia
> akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa
> hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya
> tidak ada bai’ah(kepada Khalifah) maka dia mati
> dalam keadaan mati jahilliyah” (HR Muslim).
> 
> 
> Get your own web address.
> Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.
> 
> 
> 
> 
> 
> Sucker-punch spam with award-winning protection.
> Try the free Yahoo! Mail Beta.
> 
> 
> 
> 
>
____________________________________________________________________________________
> Be a PS3 game guru.
> Get your game face on with the latest PS3 news and
> previews at Yahoo! Games.
> http://videogames.yahoo.com/platform?platform=120121


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke