Rumah tak siap, pembeli serbu Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri
Mohd Sabri Said
Sat | Mar 31, 07 | 11:22:08 AM PULAU PINANG,
31 Mac (Hrkh) - Pembeli rumah Taman Haji Abdullah Fahim Fasa 4, Kepala Batas
menyerbu Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri (KGN), Dato' Shamsuri Salleh untuk
bertanya kenapa perumahan yang menempatkan 89 rumah dua tingkat masih tidak
siap sepenuhnya sedangkan tempoh siap pada tahun 2004.
Mereka terpaksa bertindak drastik kerana tidak tahan dengan bebanan
menanggung pinjaman bank serta menyewa rumah yang dianggarkan mencecah RM1,000
ke atas setiap bulan.
Padahal dakwa mereka, tidak sepatutnya berlaku begitu kerana rumah yang
dijanjikan siap pada tahun 2004 sehingga kini masih tidak boleh menduduki
malah banyak cermin, syiling dan tingkap pecah.
Salah seorang wakil pembeli yang enggan namanya disiarkan menyifatkan,
kelewatan sehingga tiga tahun menimbulkan bebanan kepada pembeli kerana
terpaksa membayar pinjaman bank, sewa rumah, keperluan hidup, pendidikan
anak-anak dan sebagainya.
Jika keadaan ini terus berlanjutan sambungnya, mereka tidak teragak-agak akan
membawa isu ini ke pengetahuan Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana
Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kami dah tak tahan menanggung kos yang tinggi setiap bulan kerana KGN janji
perumahan siap tahun 2004. Jika masih gagal aduan akan disampaikan terus
kepada Perdana Menteri kerana pengabaian KGN boleh memalukan beliau yang juga
Ahli Parlimen di situ, " jelasnya kecewa.
Pertemuan singkat sempena Mesyuarat Agung KGN di Sekolah Menengah Sungai Ara,
Pulau Pinang itu turut dihadiri berbelas-belas anggota polis serta Special
Branch (SB).
Harakahdaily dimaklumkan, Dato' Shamsuri seakan mahu melepaskan tangan dengan
berkata, beliau tidak tahu kenapa ia jadi begitu tetap beliau yakin masalah
itu akan selesai pada bulan April tahun ini.
Sementara itu, Pengurus Projek Taman berharga RM140 ribu ke atas yang turut
berada dalam majlis berkenaan bertekad akan menyelesaikan masalah yang
dihadapi di tapak projek itu pada hari ini.
Tinjauan Harakahdaily ke tapak projek mendapati kerja-kerja menurap tar
sedang dilakukan oleh empat orang pekerja.
Manakala perumahan yang 70 peratus siap mula di tumbuhi lalang. - mks.
Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang
boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM
(564070000336)
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.