Assalamualaikum dan selamat Sejahtera Semua Selamat menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah SAW.
Beberapa minggu lepas, kita didedahkan oleh akhbar tempatan serta majalah tempatan tentang pelaburan internet adalah Haram. Harian Metro 18 Mac pula beria-ria, seolah-olah bertepuk kedua-dua tangan apabila kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengatakan pelaburan internet adalah HARAM. Saya tidak membaca lapuran tersebut, tetapi bagi saya, adalah tidak adil dengan hanya mengatakan semua pelaburan internet adalah haram, Kalu betul sudah ada keputusan Majlis Fatwa Ulama, sepatutnya mesti memberitahu dengan jelas, pelaburan dari dari syarikat yang mana satu, dengan menyebut satu persatu dan bukannya main sebut "semua pelaburan internet adalah haram". Harian Metro pula melaporkan ada beberapa orang pelabur yang kononnya menyesal kerana memakan duit haram hasil dari pelaburan haram ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang betul2 menyesal ini, diharap mereka sudah bertaubat. H.Metro menulis di muka hadapan iaitu "SAHAM NERAKA" Saya dapat merasakan begitu terkedu hati pelabur2 internet ini pada masa itu apabila dihentam oleh kawan2 di pejabat yang tidak membuat pelaburan internet (sebab mereka tidak ada duit). Apa yang menjadi kemusykilan saya disini ialah begini; 1. Adalah menjadi sangat tidak adil, sekiranya pada masa yang sama kita dan anak bini kita sedang memakan dari hasil yang haram lalu kita menghentam orang lain dan mengutuk orang lain yang membuat pelaburan haram di internet. Yang paling jelas, saya lihat di Harian Metro ada mengiklankan keputusan LOTERI, TOTO, 4D dan sebagainya. Bagi saya Loteri, Toto dan seangkatan dengannya ini sudah wujud sebelum pelaburan internet lagi, jadi sudah lama H Metro ini telah menerima dan bersubahat dengan syarikat perjudian haram ini. Hasil daripada bayaran dari syarikat perjudian dari duit haram inilah yang digunakan sebahagiannya untuk membayar gaji atau bonus kepada pekerja-pekerja mereka, termasuklah penulis-penulis ruangan agama di akhbar mereka, semuanya makan duit haram dan bakal di bakar di Neraka bersama-sama. Ini tak termasuk lagi saham Harian Metro laburkan, adakah semuanya bertepatan dengan syariah..... Kalau ulama yang betul ikhlas, menulislah dimana2 akhbar namun untuk menerima bayaran tidak sama sekali. Kalau mereka menulis ruangan agama, tetapi menerima bayaran dari duit haram ini juga... bagi pendapat saya adalah 2 x 5 jugak......... Beberapa akhbar serta majalah tempatan menunjukkan yang mereka begitu alim menghentam pelaburan di internet kononnya haram dan riba, maka rakyat Malaysia menjadi keliru kononya HANYA pelaburan yang diiktirafkan oleh kerajaan sahaja adalah HALAL. Sepatutnya ULAMAK serta persatuan-persatuan Islam juga tidak berhenti-henti memberitahu di surat khabar bahawa pelaburan seperti di ASB juga Haram, saya pernah terbaca beberapa bulan dahulu di laman web zaharudin.com. ASB adalah HARAM, Bank-bank di Malaysia yang mengamalkan sistem perbankan konvensional juga HARAM, Pinjaman peribadi, kereta, rumah juga melibatkan RIBA. Kenapa akhbar2 seperti Harian Metro atau Kosmo tidak bising2 tentang benda HARAM ini. Semua pekerja-pekerja mereka juga sepatutnya menyesal dan bertaubat kerana telah melakukan perkara terkutuk ini dah bertahun-tahun menerima hasil ini dan diberi makan untuk anak bini dan menjadi darah daging mereka, semua ini bakal di BAKAR api neraka. Kerajaan mempromosikan ASB begitu hebat suatu ketika dahulu, asb adalah Amanah Saham Bumiputera yang dikhaskan untuk kaum bumiputera yang majoritinya melayu dan Islam, tetapi kerajaan mempromosikan dan menyediakan benda HARAM kepada rakyatnya. Yang paling menyedihkan sekali bagi saya adalah pinjaman pelajaran, bagi pelajar2 yang hendak melanjutkan pelajaran ke IPTA, dahulu masa zaman saya, ada pinjaman dari MARA atau JPA tanpa interest, tetapi sekarang itu semuanya dah tak ada bahkan diganti dengan PTPTN yang menetapkan interest sebanyak 4% setahun. Bagi saya interest itu dalam Bahasa Inggeris, tetapi kalau dalam Bahasa Melayu adalah BUNGA dan ia adalah RIBA. Saya tidak mahir sangat dari segi bahasa ni, tapi saya rasa hukummya sama dengan RIBA dan sama-sama bakal memakan daging busuk diakhirat nanti. Yang terbaru pulak nih adalah KWSP buat pelaburan HARAM seperti yang di dalam attachment dari ahli kita di hidayahnet. Kerajaan tidak boleh memberi alasan kononnya ada yang pencarum bukan Islam dalam KWSP. Tidak semestinya kalau ada pencarum bukan Islam maka kita kena melabur ditempat haram. Kerajaan kita yang menentukan, walaupun sedikit dan terhad tapi HALAL, itu lebih berkat. Ada pula pekerja2 bank yang tahu bekerja di institusi yang mengamalkan RIBA adalah Haram tetapi masih tetap bekerja disana dan memakan hasil yang haram kerana kononnya mereka berkata "DARURAT". Bagi saya, selagi kita yang tinggal di Malaysia adalah bukan darurat, lainlah kalau kita tinggal di negara yang diperintah oleh orang-orang Kafir seperti Amerika, Jepun, dan lain2. Kita dibawah pemerintahan yang mengaku beragama ISLAM, bahkan bukan hanya Islam, tetapi ISLAM HADHARI lagi. Kerajaan kita boleh mengubah sistem pemerintah yang bagaimana, kerajaan boleh menentukan sama ada yang halal atau yang haram untuk rakyatnya. Kalau kerajaan tak mampu memilih yang mana satu haram atau halal, maka rakyat sebenarnya BOLEH memilih jenis kerajaan yang bagaimana yang kita mahu. Saya cuma nak mengingatkan kepada saya sendiri, bekerja, berdakwah, atau menulis ruangan agama biarlah ikhlas dan konsisten. Bukan bermusim dan pilih kasih, biar adil kepada semua. Semoga apa yang kita buat menjadi ibadah dan diterima oleh Allah. Wassalam *Saya sedia ditegur, sekiranya coretan saya ini mengandungi kenyataan yang tidak benar. Dari Hamba yang Daif -- Your Partner In Success NeverGiveUp Jet Li(m) Secret Millionaire <http://usana4all.com>
