Assalamualiakum.....dan selamat ke atas anda semua

   Fatwa adalah fatwa...., tapi adakah pihak yang mengeluarkan fatwa ini ada 
berbincang
   dengan pengeluar saham internet mengenai perjalanan saham itu ?.Ataupun hanya
   baca risalah dan kemudian keluarkan fatwa...Mengikut ustaz Zaharuddin dia 
mengambil
    masa 4 jam untuk membuat ulasan tentang Em Pay. Apakah ianya mencukupi 
?.Sedangkan
   isu doa qunut , tahlil dan lain lain yang terang terang telah kita amalkan 
dari dulu lagi
   sampai lah nii...pun tak habis lagi.Janganlah terlalu pandai menghukum 
sedangkan 
   kita tak tahu apakah jalan cerita yang sebenarnya.Pernah terjadi zaman 
Rasulullah
   SAW , beliau menasihati para sahabat supaya jangan menghina sahabat yang 
minum
   arak kerana baginda lebih mengetahui bahawa mereka masih mencintai Allah dan 
Rasulnya.
   Dari itu kita jangan pandang pada kulitnya saja sedangkan kita masih tak 
tahu isinya
   bagaimana dan terus jatuhkan hukum , apakah ulamak begini yang perlu kita
   ikut ?.

   Saya cabar pihak ulama yang sebegini supaya menjatuhkan hukum untuk pelaburan
   yang dibuat oleh pihak Tabung Haji dan seterusnya menghebahkannya di ruang 
   akhbar kerana ianya berkait rapat orang Islam 100% dan perbuatan Haji itu 
sendiri.
   Sila layari web ini : 
   http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm.

  Sudah menjadi hukum alam apabila sesuatu benda itu terjadi melibatkan 
  diri dan persekitaran mereka ianya akan ditepis sekuatnya begitu juga 
sebaliknya.

  Bagaimana ulamak yang pergi kehulu kehilir dengan berceramah dan mengharapkan
  bayaran untuk menampung keluarga mereka.Jawapannya mereka akan mengadakan
  jawapan yang menghalalkan perbuatan itu .

  Bagi saya 1000 kali lagi baik jemaah tabligh yang pergi dari satu pintu rumah 
ke satu
  pintu dengan menghadapi 1000 macam perangai manusia dan dengan tidur tanpa
  beralaskan tilam tebal dan bilik berhawa dingin .

  Fikir fikirkanlah...jangan jadi ulamak dalam semak ( pepatah org Melayu ).

  Berilah bangsa kita bernafas dalam situasi sekarang.
  
   

   

   
  ----- Original Message ----- 
  From: mohd nasuha ahusan 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Sunday, April 08, 2007 6:37 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Betul ke KWSP membuat pelaburan HARAM



  wassalam. kami faham, kenapa tuan terasa hati. tapi tolong jangan 
mempertikaikan fatwa ini. kerana ulama' pewaris nabi. mereka lebih tahu tentang 
hukum hakam ini. tolong jangan salahkan mereka. siapa lagi yang kita nak rujuk 
hukum hakam yang tak jelas, klu bukan mufti2 yang sedia ada.


  "Jet Li (m)"@yahoo.com wrote:
    Assalamualaikum dan selamat Sejahtera Semua
    Selamat menyambut hari keputeraan Baginda
    Rasulullah SAW.

    Beberapa minggu lepas, kita didedahkan oleh akhbar
    tempatan serta majalah tempatan tentang pelaburan
    internet adalah Haram.

    Harian Metro 18 Mac pula beria-ria, seolah-olah 
    bertepuk kedua-dua tangan apabila kononnya Jawatankuasa
    Fatwa Negeri Perlis mengatakan pelaburan internet adalah 
    HARAM. Saya tidak membaca lapuran tersebut,
    tetapi bagi saya, adalah tidak adil dengan hanya 
    mengatakan semua pelaburan internet adalah haram,

    Kalu betul sudah ada keputusan Majlis Fatwa Ulama, 
    sepatutnya mesti memberitahu dengan jelas, pelaburan dari 
    dari syarikat yang mana satu, dengan menyebut satu persatu
    dan bukannya main sebut "semua pelaburan internet adalah 
    haram".

    Harian Metro pula melaporkan ada beberapa orang pelabur
    yang  kononnya menyesal kerana memakan duit haram
    hasil dari pelaburan haram ini, saya ingin mengucapkan
    tahniah kepada yang betul2 menyesal ini, diharap mereka
    sudah bertaubat. 

    H.Metro menulis di muka hadapan iaitu "SAHAM NERAKA"
     
    Saya dapat merasakan begitu terkedu hati pelabur2 internet
    ini pada masa itu apabila dihentam oleh kawan2 di pejabat
    yang tidak membuat pelaburan internet (sebab mereka tidak 
    ada duit).

    Apa yang menjadi kemusykilan saya disini ialah begini;
    1. Adalah menjadi sangat tidak adil, sekiranya pada masa
    yang sama kita dan anak bini kita sedang memakan dari 
    hasil yang haram lalu kita menghentam orang lain dan mengutuk
    orang lain yang membuat pelaburan haram di internet.

    Yang paling jelas, saya lihat di Harian Metro ada mengiklankan
    keputusan LOTERI, TOTO, 4D dan sebagainya. Bagi saya
    Loteri, Toto dan seangkatan dengannya ini sudah wujud sebelum
    pelaburan internet lagi, jadi sudah lama H Metro ini telah 
    menerima dan bersubahat dengan syarikat perjudian haram ini.

    Hasil daripada bayaran dari syarikat perjudian dari duit haram 
    inilah yang digunakan sebahagiannya untuk membayar
    gaji atau bonus kepada pekerja-pekerja mereka, termasuklah
    penulis-penulis ruangan agama di akhbar mereka, semuanya
    makan duit haram dan bakal di bakar di Neraka bersama-sama.

    Ini tak termasuk lagi saham Harian Metro laburkan, adakah
    semuanya bertepatan dengan syariah.....

    Kalau ulama yang betul ikhlas, menulislah dimana2 akhbar
    namun untuk menerima bayaran tidak sama sekali. Kalau 
    mereka menulis ruangan agama, tetapi menerima bayaran 
    dari duit haram ini juga... bagi pendapat saya adalah 2 x 5 
    jugak.........

    Beberapa akhbar serta majalah tempatan menunjukkan 
    yang mereka begitu alim menghentam pelaburan di internet 
    kononnya haram dan riba, maka rakyat Malaysia menjadi 
    keliru kononya HANYA pelaburan yang diiktirafkan oleh 
    kerajaan sahaja adalah HALAL. Sepatutnya ULAMAK 
    serta persatuan-persatuan Islam juga tidak berhenti-henti 
    memberitahu di surat khabar bahawa pelaburan seperti di 
    ASB juga Haram, saya pernah terbaca beberapa bulan dahulu 
    di laman web zaharudin.com. ASB adalah HARAM, Bank-bank 
    di Malaysia yang mengamalkan sistem perbankan konvensional 
    juga HARAM, Pinjaman peribadi, kereta, rumah juga melibatkan 
    RIBA. Kenapa akhbar2  seperti Harian Metro atau Kosmo tidak 
    bising2 tentang benda HARAM ini.

    Semua pekerja-pekerja mereka juga sepatutnya menyesal 
    dan bertaubat kerana telah melakukan perkara terkutuk ini dah 
    bertahun-tahun menerima hasil ini dan diberi makan untuk anak 
    bini dan menjadi darah daging mereka, semua ini bakal di BAKAR 
    api neraka. Kerajaan mempromosikan ASB begitu hebat suatu 
    ketika dahulu, asb adalah Amanah Saham Bumiputera yang 
    dikhaskan untuk kaum bumiputera yang majoritinya melayu dan 
    Islam, tetapi kerajaan mempromosikan dan menyediakan benda 
    HARAM kepada rakyatnya.

    Yang paling menyedihkan sekali bagi saya adalah pinjaman 
    pelajaran, bagi pelajar2 yang hendak melanjutkan pelajaran ke
    IPTA, dahulu masa zaman saya, ada pinjaman dari MARA atau JPA
    tanpa interest, tetapi sekarang itu semuanya dah tak ada bahkan 
    diganti dengan PTPTN yang menetapkan interest sebanyak 4% 
    setahun. Bagi saya interest itu dalam Bahasa Inggeris, tetapi kalau 
    dalam Bahasa Melayu adalah BUNGA dan ia adalah RIBA. Saya tidak 
    mahir sangat dari segi bahasa ni, tapi saya rasa hukummya sama 
    dengan RIBA dan sama-sama bakal memakan daging busuk diakhirat 
    nanti. 

    Yang terbaru pulak nih adalah KWSP buat pelaburan HARAM
    seperti yang di dalam attachment dari ahli kita di hidayahnet.
    Kerajaan tidak boleh memberi alasan kononnya ada yang 
    pencarum bukan Islam dalam KWSP. Tidak semestinya kalau
    ada pencarum bukan Islam maka kita kena melabur ditempat
    haram. Kerajaan kita yang menentukan, walaupun sedikit dan terhad
    tapi HALAL, itu lebih berkat.

    Ada pula pekerja2 bank yang tahu bekerja di institusi yang 
    mengamalkan RIBA adalah Haram tetapi masih tetap bekerja 
    disana dan memakan hasil yang haram kerana kononnya
    mereka berkata "DARURAT". Bagi saya, selagi kita yang tinggal
    di Malaysia adalah bukan darurat, lainlah kalau kita tinggal di 
    negara yang diperintah oleh orang-orang Kafir seperti Amerika,
    Jepun, dan lain2. Kita dibawah pemerintahan yang mengaku
    beragama ISLAM, bahkan bukan hanya Islam, tetapi ISLAM HADHARI
    lagi. Kerajaan kita boleh mengubah sistem pemerintah yang 
    bagaimana, kerajaan boleh menentukan sama ada yang halal atau
    yang haram untuk rakyatnya. Kalau kerajaan tak mampu memilih
    yang mana satu haram atau halal, maka rakyat sebenarnya
    BOLEH memilih jenis kerajaan yang bagaimana yang kita mahu.

    Saya cuma nak mengingatkan kepada saya sendiri, bekerja, 
    berdakwah, atau menulis ruangan agama biarlah ikhlas dan 
    konsisten. Bukan bermusim dan pilih kasih, biar adil kepada 
    semua. Semoga apa yang kita buat menjadi ibadah dan diterima
    oleh Allah. 

    Wassalam
    *Saya sedia ditegur, sekiranya coretan saya ini mengandungi
    kenyataan yang tidak benar.

    Dari Hamba yang Daif
    -- 
    Your Partner In Success
    NeverGiveUp
    Jet Li(m)
    Secret Millionaire 




------------------------------------------------------------------------------
  Never miss an email again!
  Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.

   
  ********************* Confidentiality Notice ***************************** 
  This message was scanned for computer viruses using F-protd 
  AntiVirus Daemon Scanner. This message contains confidential 
  information and is intended only for the individual named. 
  If you are not the named addressee you should not disseminate, 
  distribute or copy this e-mail. Please notify the sender 
  immediately by email, if you have received this e-mail by 
  mistake and delete this e-mail from your system. 
  ************************************************************************** 
********************** Confidentiality Notice ****************************
This message was scanned for computer viruses using F-protd AntiVirus
Daemon Scanner. This message contains confidential information and is 
intended only for the individual named. If you are not the named addressee
you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify
the sender immediately by email, if you have received this e-mail by
mistake and delete this e-mail from your system.
**************************************************************************


Kirim email ke