Assalamualaikum Hahahahaa....... gelak dulu...... hahahaha.......... Tak lama lagi kerana tekanan pemain saham internet....... ulama' akan keluar fatwa baru "Saham internet kini halal" Kemudian kerana kritikan penyimpan wang di bank konvensional dan kerana isu pelaburan Tabung Haji, maka ulama' akan keluar baru " Faedah (riba') dari akaun simpanan dan akaun simpanan tetap kini sudah halal" Kemudian kerana dalil "Pernah terjadi zaman Rasulullah SAW, beliau menasihati para sahabat supaya jangan menghina sahabat yang minum arak kerana baginda lebih mengetahui bahawa mereka masih mencintai Allah dan Rasulnya." maka ulama' akan keluar fatwa berperingkat pula "Jangan menghina peminum arak" dan disusuli dengan fatwa " Arak kini telah halal diminum kerana dikeluarkan dari pengilang Islam" Dan bakal banyak lagi fatwa yang bakal 'menghalalkan' apa apa jua yang haram kerana kritikan dan cabaran orang orang yang seperti tuan. Terima kasih atas segala cabaran dan kritikan tuan. Syabas dan tahniah juga di ucapkan kepada tuan kerana berjaya berjaya berada dikalangan mereka yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w iaitu golongan buih buih dilaut. Wassalam. terima kasih Ahmad Hisham Din Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
________________________________ From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of "abu samah" Sent: 08 April 2007 21:09 To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Betul ke KWSP membuat pelaburan HARAM Assalamualiakum.....dan selamat ke atas anda semua Fatwa adalah fatwa...., tapi adakah pihak yang mengeluarkan fatwa ini ada berbincang dengan pengeluar saham internet mengenai perjalanan saham itu ?.Ataupun hanya baca risalah dan kemudian keluarkan fatwa...Mengikut ustaz Zaharuddin dia mengambil masa 4 jam untuk membuat ulasan tentang Em Pay. Apakah ianya mencukupi ?.Sedangkan isu doa qunut , tahlil dan lain lain yang terang terang telah kita amalkan dari dulu lagi sampai lah nii...pun tak habis lagi.Janganlah terlalu pandai menghukum sedangkan kita tak tahu apakah jalan cerita yang sebenarnya.Pernah terjadi zaman Rasulullah SAW , beliau menasihati para sahabat supaya jangan menghina sahabat yang minum arak kerana baginda lebih mengetahui bahawa mereka masih mencintai Allah dan Rasulnya. Dari itu kita jangan pandang pada kulitnya saja sedangkan kita masih tak tahu isinya bagaimana dan terus jatuhkan hukum , apakah ulamak begini yang perlu kita ikut ?. Saya cabar pihak ulama yang sebegini supaya menjatuhkan hukum untuk pelaburan yang dibuat oleh pihak Tabung Haji dan seterusnya menghebahkannya di ruang akhbar kerana ianya berkait rapat orang Islam 100% dan perbuatan Haji itu sendiri. Sila layari web ini : http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm <http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm> . Sudah menjadi hukum alam apabila sesuatu benda itu terjadi melibatkan diri dan persekitaran mereka ianya akan ditepis sekuatnya begitu juga sebaliknya. Bagaimana ulamak yang pergi kehulu kehilir dengan berceramah dan mengharapkan bayaran untuk menampung keluarga mereka.Jawapannya mereka akan mengadakan jawapan yang menghalalkan perbuatan itu . Bagi saya 1000 kali lagi baik jemaah tabligh yang pergi dari satu pintu rumah ke satu pintu dengan menghadapi 1000 macam perangai manusia dan dengan tidur tanpa beralaskan tilam tebal dan bilik berhawa dingin . Fikir fikirkanlah...jangan jadi ulamak dalam semak ( pepatah org Melayu ). Berilah bangsa kita bernafas dalam situasi sekarang. ----- Original Message ----- From: mohd nasuha ahusan <mailto:mohd nasuha ahusan> To: Ikhwanul Muslimun <mailto:[EMAIL PROTECTED]> Sent: Sunday, April 08, 2007 6:37 AM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Betul ke KWSP membuat pelaburan HARAM wassalam. kami faham, kenapa tuan terasa hati. tapi tolong jangan mempertikaikan fatwa ini. kerana ulama' pewaris nabi. mereka lebih tahu tentang hukum hakam ini. tolong jangan salahkan mereka. siapa lagi yang kita nak rujuk hukum hakam yang tak jelas, klu bukan mufti2 yang sedia ada. "Jet Li (m)"@yahoo.com <mailto:"Jet Li (m)"@yahoo.com> wrote: Assalamualaikum dan selamat Sejahtera Semua Selamat menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah SAW. Beberapa minggu lepas, kita didedahkan oleh akhbar tempatan serta majalah tempatan tentang pelaburan internet adalah Haram. Harian Metro 18 Mac pula beria-ria, seolah-olah bertepuk kedua-dua tangan apabila kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengatakan pelaburan internet adalah HARAM. Saya tidak membaca lapuran tersebut, tetapi bagi saya, adalah tidak adil dengan hanya mengatakan semua pelaburan internet adalah haram, Kalu betul sudah ada keputusan Majlis Fatwa Ulama, sepatutnya mesti memberitahu dengan jelas, pelaburan dari dari syarikat yang mana satu, dengan menyebut satu persatu dan bukannya main sebut "semua pelaburan internet adalah haram". Harian Metro pula melaporkan ada beberapa orang pelabur yang kononnya menyesal kerana memakan duit haram hasil dari pelaburan haram ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang betul2 menyesal ini, diharap mereka sudah bertaubat. H.Metro menulis di muka hadapan iaitu "SAHAM NERAKA" Saya dapat merasakan begitu terkedu hati pelabur2 internet ini pada masa itu apabila dihentam oleh kawan2 di pejabat yang tidak membuat pelaburan internet (sebab mereka tidak ada duit). Apa yang menjadi kemusykilan saya disini ialah begini; 1. Adalah menjadi sangat tidak adil, sekiranya pada masa yang sama kita dan anak bini kita sedang memakan dari hasil yang haram lalu kita menghentam orang lain dan mengutuk orang lain yang membuat pelaburan haram di internet. Yang paling jelas, saya lihat di Harian Metro ada mengiklankan keputusan LOTERI, TOTO, 4D dan sebagainya. Bagi saya Loteri, Toto dan seangkatan dengannya ini sudah wujud sebelum pelaburan internet lagi, jadi sudah lama H Metro ini telah menerima dan bersubahat dengan syarikat perjudian haram ini. Hasil daripada bayaran dari syarikat perjudian dari duit haram inilah yang digunakan sebahagiannya untuk membayar gaji atau bonus kepada pekerja-pekerja mereka, termasuklah penulis-penulis ruangan agama di akhbar mereka, semuanya makan duit haram dan bakal di bakar di Neraka bersama-sama. Ini tak termasuk lagi saham Harian Metro laburkan, adakah semuanya bertepatan dengan syariah..... Kalau ulama yang betul ikhlas, menulislah dimana2 akhbar namun untuk menerima bayaran tidak sama sekali. Kalau mereka menulis ruangan agama, tetapi menerima bayaran dari duit haram ini juga... bagi pendapat saya adalah 2 x 5 jugak......... Beberapa akhbar serta majalah tempatan menunjukkan yang mereka begitu alim menghentam pelaburan di internet kononnya haram dan riba, maka rakyat Malaysia menjadi keliru kononya HANYA pelaburan yang diiktirafkan oleh kerajaan sahaja adalah HALAL. Sepatutnya ULAMAK serta persatuan-persatuan Islam juga tidak berhenti-henti memberitahu di surat khabar bahawa pelaburan seperti di ASB juga Haram, saya pernah terbaca beberapa bulan dahulu di laman web zaharudin.com <http://zaharudin.com/> . ASB adalah HARAM, Bank-bank di Malaysia yang mengamalkan sistem perbankan konvensional juga HARAM, Pinjaman peribadi, kereta, rumah juga melibatkan RIBA. Kenapa akhbar2 seperti Harian Metro atau Kosmo tidak bising2 tentang benda HARAM ini. Semua pekerja-pekerja mereka juga sepatutnya menyesal dan bertaubat kerana telah melakukan perkara terkutuk ini dah bertahun-tahun menerima hasil ini dan diberi makan untuk anak bini dan menjadi darah daging mereka, semua ini bakal di BAKAR api neraka. Kerajaan mempromosikan ASB begitu hebat suatu ketika dahulu, asb adalah Amanah Saham Bumiputera yang dikhaskan untuk kaum bumiputera yang majoritinya melayu dan Islam, tetapi kerajaan mempromosikan dan menyediakan benda HARAM kepada rakyatnya. Yang paling menyedihkan sekali bagi saya adalah pinjaman pelajaran, bagi pelajar2 yang hendak melanjutkan pelajaran ke IPTA, dahulu masa zaman saya, ada pinjaman dari MARA atau JPA tanpa interest, tetapi sekarang itu semuanya dah tak ada bahkan diganti dengan PTPTN yang menetapkan interest sebanyak 4% setahun. Bagi saya interest itu dalam Bahasa Inggeris, tetapi kalau dalam Bahasa Melayu adalah BUNGA dan ia adalah RIBA. Saya tidak mahir sangat dari segi bahasa ni, tapi saya rasa hukummya sama dengan RIBA dan sama-sama bakal memakan daging busuk diakhirat nanti. Yang terbaru pulak nih adalah KWSP buat pelaburan HARAM seperti yang di dalam attachment dari ahli kita di hidayahnet. Kerajaan tidak boleh memberi alasan kononnya ada yang pencarum bukan Islam dalam KWSP. Tidak semestinya kalau ada pencarum bukan Islam maka kita kena melabur ditempat haram. Kerajaan kita yang menentukan, walaupun sedikit dan terhad tapi HALAL, itu lebih berkat. Ada pula pekerja2 bank yang tahu bekerja di institusi yang mengamalkan RIBA adalah Haram tetapi masih tetap bekerja disana dan memakan hasil yang haram kerana kononnya mereka berkata "DARURAT". Bagi saya, selagi kita yang tinggal di Malaysia adalah bukan darurat, lainlah kalau kita tinggal di negara yang diperintah oleh orang-orang Kafir seperti Amerika, Jepun, dan lain2. Kita dibawah pemerintahan yang mengaku beragama ISLAM, bahkan bukan hanya Islam, tetapi ISLAM HADHARI lagi. Kerajaan kita boleh mengubah sistem pemerintah yang bagaimana, kerajaan boleh menentukan sama ada yang halal atau yang haram untuk rakyatnya. Kalau kerajaan tak mampu memilih yang mana satu haram atau halal, maka rakyat sebenarnya BOLEH memilih jenis kerajaan yang bagaimana yang kita mahu. Saya cuma nak mengingatkan kepada saya sendiri, bekerja, berdakwah, atau menulis ruangan agama biarlah ikhlas dan konsisten. Bukan bermusim dan pilih kasih, biar adil kepada semua. Semoga apa yang kita buat menjadi ibadah dan diterima oleh Allah. Wassalam *Saya sedia ditegur, sekiranya coretan saya ini mengandungi kenyataan yang tidak benar. Dari Hamba yang Daif -- Your Partner In Success NeverGiveUp Jet Li(m) Secret Millionaire <http://usana4all.com/> ________________________________ Never miss an email again! Yahoo! Toolbar <http://us.rd.yahoo.com/evt=49938/*http://tools.search.yahoo.com/toolbar /features/mail/> alerts you the instant new Mail arrives. Check it out. <http://us.rd.yahoo.com/evt=49937/*http://tools.search.yahoo.com/toolbar /features/mail/> ********************* Confidentiality Notice ***************************** This message was scanned for computer viruses using F-protd AntiVirus Daemon Scanner. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by email, if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. ************************************************************************ ** ********************* Confidentiality Notice ***************************** This message was scanned for computer viruses using F-protd AntiVirus Daemon Scanner. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by email, if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. ************************************************************************ **
