Assalamualaikum
ini hanya pendapat saya .......saya tak menyebelahi mana2 pihak
berdasar kan apa yang tertulis dalam akhbar dan juga dalam web ustaz
zaharuddin itu .
beliau hanya membuat kajiannya bersendirian tanpa ada sokongan dan
perbincangan daripada pihak yang berkenaan dan juga orang lain .seperti apa
yang dikatakan oleh saudara dibawah empat jam beliau ambik masa untuk membaca.
saya rasa empat jam tidak cukup untuk menjatuhkan hukum .karana untuk
menubuhkan syarikat pun bukan ambil masa dalam sehari .cara yang lebih elok
berbincang terlebih dahulu dengan pihak pengurusan atau orang perseorangan
yang haram tetap haram fatwa oleh ulamak pun tak boleh la nak ikut orang
ramai .benda yang benar perlu kita terima. tetapi orang sekarang bukan macam
orang dulu hanya ikut apa yang yang diajar . sekarang internet bahan rujukan
yang paling mudah apa yang terjadi diluar kita boleh tahu hanya di depan
komputer .jadi kita boleh membuat rujukan dan membuat perbandingan dengan apa
yang kita dengar dan belajar
saya takut tajuk dalam harian metro saham internet saham neraka boleh jadi
pengguna internet penghuni neraka kalau ada yang salah tafsir.ini kerana
tajuknya terlalu luas untuk dikelaskan. ini boleh membuat semua orang keliru .
lagi satu pendapat saya di pasaraya terdapat banyak makanan ringan yang
dikilang kan oleh orang bukan islam ada yang halal dan ada yang tak halal
.sebelum mendapatkan sijil halal jakim akan buat pemeriksaan dulu di permis
tersebut baru dapat sijil halal .jadi sebelum mengatakan sesuatu perlu membuat
penelitian terlebih dahulu tak bolehla terus menjatuhkan hukum semua makanan
ringan buatan orang bukan islam tak boleh dimakan .
ini karana saya percaya pada zaman sekarang zaman moden kita tak akan percaya
dengan mudah sesuatu perkara tanpa ada bukti yang kukuh .seperti kes roti hi5
siap dengan gambar lagi . gambar kilang yang teruk mengalahkan tandas awan
.tetapi lepas sebulan dua nak cuci balik nama siap buat majlis lagi dengan anak
yatim dan ulamak kita sambil ulamak kita tunjuk tanda ok dengan gambar jugak
.so bukti yang jelas juga perlu di tunjuk .ini kerana saya takut apa yang
diperkatakan mengenai saham internet ini sebaliknya terjadi maka ada pihak yang
akan teraniaya dan juga menyebabkan fitnah
ini kerana ayam adalah haiwan dan haiwan tak semestinya hanya ayam
dan lagi satu sebagai peringatan kepada saya dan kepada semua jangan kita
menghukum seseorang itu sebagai ahli neraka ataupun golongan yang seangkatan
dengannya .kerana kita sendiri tidak tahu sejauh mana amalan kita dan juga
adakah amalan kita diterima oleh ALLAH
berkenaan dalil dibawah . kita tak boleh mentafsirkan sesuatu dalil sesuka
hati kita. kita kena belajar dulu berkenaan dalil ,hadis dan sunnah sebelum
mengeluarkan hujjah takut kita salah tafsir ini kerana hadis tersebut
berdasarkan sejarah bukan untuk masa sekarang
wasallam
terima kasih
aswan
"Ahmad Hisham"@yahoo.com wrote:
Assalamualaikum
Hahahahaa....... gelak dulu...... hahahaha..........
Tak lama lagi kerana tekanan pemain saham internet....... ulama' akan keluar
fatwa baru "Saham internet kini halal"
Kemudian kerana kritikan penyimpan wang di bank konvensional dan kerana isu
pelaburan Tabung Haji, maka ulama' akan keluar baru " Faedah (riba') dari akaun
simpanan dan akaun simpanan tetap kini sudah halal"
Kemudian kerana dalil "Pernah terjadi zaman Rasulullah SAW, beliau menasihati
para sahabat supaya jangan menghina sahabat yang minum arak kerana baginda
lebih mengetahui bahawa mereka masih mencintai Allah dan Rasulnya." maka ulama'
akan keluar fatwa berperingkat pula "Jangan menghina peminum arak" dan disusuli
dengan fatwa " Arak kini telah halal diminum kerana dikeluarkan dari pengilang
Islam"
Dan bakal banyak lagi fatwa yang bakal 'menghalalkan' apa apa jua yang haram
kerana kritikan dan cabaran orang orang yang seperti tuan. Terima kasih atas
segala cabaran dan kritikan tuan.
Syabas dan tahniah juga di ucapkan kepada tuan kerana berjaya berjaya berada
dikalangan mereka yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w iaitu golongan buih
buih dilaut.
Wassalam.
terima kasih
Ahmad Hisham Din
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
---------------------------------
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of "abu
samah"
Sent: 08 April 2007 21:09
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Betul ke KWSP membuat pelaburan HARAM
Assalamualiakum.....dan selamat ke atas anda semua
Fatwa adalah fatwa...., tapi adakah pihak yang mengeluarkan fatwa ini ada
berbincang
dengan pengeluar saham internet mengenai perjalanan saham itu ?.Ataupun
hanya
baca risalah dan kemudian keluarkan fatwa...Mengikut ustaz Zaharuddin dia
mengambil
masa 4 jam untuk membuat ulasan tentang Em Pay. Apakah ianya mencukupi
?.Sedangkan
isu doa qunut , tahlil dan lain lain yang terang terang telah kita amalkan
dari dulu lagi
sampai lah nii...pun tak habis lagi.Janganlah terlalu pandai menghukum
sedangkan
kita tak tahu apakah jalan cerita yang sebenarnya.Pernah terjadi zaman
Rasulullah
SAW , beliau menasihati para sahabat supaya jangan menghina sahabat yang
minum
arak kerana baginda lebih mengetahui bahawa mereka masih mencintai Allah
dan Rasulnya.
Dari itu kita jangan pandang pada kulitnya saja sedangkan kita masih tak
tahu isinya
bagaimana dan terus jatuhkan hukum , apakah ulamak begini yang perlu kita
ikut ?.
Saya cabar pihak ulama yang sebegini supaya menjatuhkan hukum untuk
pelaburan
yang dibuat oleh pihak Tabung Haji dan seterusnya menghebahkannya di ruang
akhbar kerana ianya berkait rapat orang Islam 100% dan perbuatan Haji itu
sendiri.
Sila layari web ini :
http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm.
Sudah menjadi hukum alam apabila sesuatu benda itu terjadi melibatkan
diri dan persekitaran mereka ianya akan ditepis sekuatnya begitu juga
sebaliknya.
Bagaimana ulamak yang pergi kehulu kehilir dengan berceramah dan
mengharapkan
bayaran untuk menampung keluarga mereka.Jawapannya mereka akan mengadakan
jawapan yang menghalalkan perbuatan itu .
Bagi saya 1000 kali lagi baik jemaah tabligh yang pergi dari satu pintu
rumah ke satu
pintu dengan menghadapi 1000 macam perangai manusia dan dengan tidur tanpa
beralaskan tilam tebal dan bilik berhawa dingin .
Fikir fikirkanlah...jangan jadi ulamak dalam semak ( pepatah org Melayu ).
Berilah bangsa kita bernafas dalam situasi sekarang.
----- Original Message -----
From: mohd nasuha ahusan
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Sunday, April 08, 2007 6:37 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Betul ke KWSP membuat pelaburan HARAM
wassalam. kami faham, kenapa tuan terasa hati. tapi tolong jangan
mempertikaikan fatwa ini. kerana ulama' pewaris nabi. mereka lebih tahu tentang
hukum hakam ini. tolong jangan salahkan mereka. siapa lagi yang kita nak rujuk
hukum hakam yang tak jelas, klu bukan mufti2 yang sedia ada.
"Jet Li (m)"@yahoo.com wrote:
Assalamualaikum dan selamat Sejahtera Semua
Selamat menyambut hari keputeraan Baginda
Rasulullah SAW.
Beberapa minggu lepas, kita didedahkan oleh akhbar
tempatan serta majalah tempatan tentang pelaburan
internet adalah Haram.
Harian Metro 18 Mac pula beria-ria, seolah-olah
bertepuk kedua-dua tangan apabila kononnya Jawatankuasa
Fatwa Negeri Perlis mengatakan pelaburan internet adalah
HARAM. Saya tidak membaca lapuran tersebut,
tetapi bagi saya, adalah tidak adil dengan hanya
mengatakan semua pelaburan internet adalah haram,
Kalu betul sudah ada keputusan Majlis Fatwa Ulama,
sepatutnya mesti memberitahu dengan jelas, pelaburan dari
dari syarikat yang mana satu, dengan menyebut satu persatu
dan bukannya main sebut "semua pelaburan internet adalah
haram".
Harian Metro pula melaporkan ada beberapa orang pelabur
yang kononnya menyesal kerana memakan duit haram
hasil dari pelaburan haram ini, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada yang betul2 menyesal ini, diharap mereka
sudah bertaubat.
H.Metro menulis di muka hadapan iaitu "SAHAM NERAKA"
Saya dapat merasakan begitu terkedu hati pelabur2 internet
ini pada masa itu apabila dihentam oleh kawan2 di pejabat
yang tidak membuat pelaburan internet (sebab mereka tidak
ada duit).
Apa yang menjadi kemusykilan saya disini ialah begini;
1. Adalah menjadi sangat tidak adil, sekiranya pada masa
yang sama kita dan anak bini kita sedang memakan dari
hasil yang haram lalu kita menghentam orang lain dan mengutuk
orang lain yang membuat pelaburan haram di internet.
Yang paling jelas, saya lihat di Harian Metro ada mengiklankan
keputusan LOTERI, TOTO, 4D dan sebagainya. Bagi saya
Loteri, Toto dan seangkatan dengannya ini sudah wujud sebelum
pelaburan internet lagi, jadi sudah lama H Metro ini telah
menerima dan bersubahat dengan syarikat perjudian haram ini.
Hasil daripada bayaran dari syarikat perjudian dari duit haram
inilah yang digunakan sebahagiannya untuk membayar
gaji atau bonus kepada pekerja-pekerja mereka, termasuklah
penulis-penulis ruangan agama di akhbar mereka, semuanya
makan duit haram dan bakal di bakar di Neraka bersama-sama.
Ini tak termasuk lagi saham Harian Metro laburkan, adakah
semuanya bertepatan dengan syariah.....
Kalau ulama yang betul ikhlas, menulislah dimana2 akhbar
namun untuk menerima bayaran tidak sama sekali. Kalau
mereka menulis ruangan agama, tetapi menerima bayaran
dari duit haram ini juga... bagi pendapat saya adalah 2 x 5
jugak.........
Beberapa akhbar serta majalah tempatan menunjukkan
yang mereka begitu alim menghentam pelaburan di internet
kononnya haram dan riba, maka rakyat Malaysia menjadi
keliru kononya HANYA pelaburan yang diiktirafkan oleh
kerajaan sahaja adalah HALAL. Sepatutnya ULAMAK
serta persatuan-persatuan Islam juga tidak berhenti-henti
memberitahu di surat khabar bahawa pelaburan seperti di
ASB juga Haram, saya pernah terbaca beberapa bulan dahulu
di laman web zaharudin.com. ASB adalah HARAM, Bank-bank
di Malaysia yang mengamalkan sistem perbankan konvensional
juga HARAM, Pinjaman peribadi, kereta, rumah juga melibatkan
RIBA. Kenapa akhbar2 seperti Harian Metro atau Kosmo tidak
bising2 tentang benda HARAM ini.
Semua pekerja-pekerja mereka juga sepatutnya menyesal
dan bertaubat kerana telah melakukan perkara terkutuk ini dah
bertahun-tahun menerima hasil ini dan diberi makan untuk anak
bini dan menjadi darah daging mereka, semua ini bakal di BAKAR
api neraka. Kerajaan mempromosikan ASB begitu hebat suatu
ketika dahulu, asb adalah Amanah Saham Bumiputera yang
dikhaskan untuk kaum bumiputera yang majoritinya melayu dan
Islam, tetapi kerajaan mempromosikan dan menyediakan benda
HARAM kepada rakyatnya.
Yang paling menyedihkan sekali bagi saya adalah pinjaman
pelajaran, bagi pelajar2 yang hendak melanjutkan pelajaran ke
IPTA, dahulu masa zaman saya, ada pinjaman dari MARA atau JPA
tanpa interest, tetapi sekarang itu semuanya dah tak ada bahkan
diganti dengan PTPTN yang menetapkan interest sebanyak 4%
setahun. Bagi saya interest itu dalam Bahasa Inggeris, tetapi kalau
dalam Bahasa Melayu adalah BUNGA dan ia adalah RIBA. Saya tidak
mahir sangat dari segi bahasa ni, tapi saya rasa hukummya sama
dengan RIBA dan sama-sama bakal memakan daging busuk diakhirat
nanti.
Yang terbaru pulak nih adalah KWSP buat pelaburan HARAM
seperti yang di dalam attachment dari ahli kita di hidayahnet.
Kerajaan tidak boleh memberi alasan kononnya ada yang
pencarum bukan Islam dalam KWSP. Tidak semestinya kalau
ada pencarum bukan Islam maka kita kena melabur ditempat
haram. Kerajaan kita yang menentukan, walaupun sedikit dan terhad
tapi HALAL, itu lebih berkat.
Ada pula pekerja2 bank yang tahu bekerja di institusi yang
mengamalkan RIBA adalah Haram tetapi masih tetap bekerja
disana dan memakan hasil yang haram kerana kononnya
mereka berkata "DARURAT". Bagi saya, selagi kita yang tinggal
di Malaysia adalah bukan darurat, lainlah kalau kita tinggal di
negara yang diperintah oleh orang-orang Kafir seperti Amerika,
Jepun, dan lain2. Kita dibawah pemerintahan yang mengaku
beragama ISLAM, bahkan bukan hanya Islam, tetapi ISLAM HADHARI
lagi. Kerajaan kita boleh mengubah sistem pemerintah yang
bagaimana, kerajaan boleh menentukan sama ada yang halal atau
yang haram untuk rakyatnya. Kalau kerajaan tak mampu memilih
yang mana satu haram atau halal, maka rakyat sebenarnya
BOLEH memilih jenis kerajaan yang bagaimana yang kita mahu.
Saya cuma nak mengingatkan kepada saya sendiri, bekerja,
berdakwah, atau menulis ruangan agama biarlah ikhlas dan
konsisten. Bukan bermusim dan pilih kasih, biar adil kepada
semua. Semoga apa yang kita buat menjadi ibadah dan diterima
oleh Allah.
Wassalam
*Saya sedia ditegur, sekiranya coretan saya ini mengandungi
kenyataan yang tidak benar.
Dari Hamba yang Daif
--
Your Partner In Success
NeverGiveUp
Jet Li(m)
Secret Millionaire
---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.
********************* Confidentiality Notice *****************************
This message was scanned for computer viruses using F-protd
AntiVirus Daemon Scanner. This message contains confidential
information and is intended only for the individual named.
If you are not the named addressee you should not disseminate,
distribute or copy this e-mail. Please notify the sender
immediately by email, if you have received this e-mail by
mistake and delete this e-mail from your system.
**************************************************************************
********************* Confidentiality Notice *****************************
This message was scanned for computer viruses using F-protd
AntiVirus Daemon Scanner. This message contains confidential
information and is intended only for the individual named.
If you are not the named addressee you should not disseminate,
distribute or copy this e-mail. Please notify the sender
immediately by email, if you have received this e-mail by
mistake and delete this e-mail from your system.
**************************************************************************
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.