Nadiah Amirah janji kongsi pengalaman
 


TAHNIAH...Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menandatangani buku Diari 
Nadiah milik pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, Nadiah 
Amirah Jamil di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. Pada majlis itu, Gabungan 
Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melantik Nadiah sebagai Duta 
Akademiknya.Seorang lagi pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, 
menerima anugerah Pelajar Melayu Terbilang GPMS.



 
KEPALA BATAS, 17 Mac - Nadiah Amirah Jamil yang dilantik sebagai Duta Akademik 
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjanji mencurahkan segala 
pengalaman dan pengetahuannya bagi membantu lebih ramai pelajar mencapai 
kecemerlangan dalam pelajaran.
Pelajar pintar itu juga berazam untuk menjadikan peranannya sebagai duta 
pertubuhan itu bagi berkongsi segala formula pembelajaran yang membantunya 
mendapat keputusan 18A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
Sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai tugas yang murni, Nadiah Amirah, 18, 
berkata, dia mahu pelajar-pelajar lain di negara ini meletakkan matlamat yang 
tinggi untuk berjaya dalam pelajaran.
“Saya berterima kasih kepada GPMS di atas pelantikan ini, saya akan menguatkan 
azam untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar lain untuk sama-sama 
mengecapi kejayaan.
“Apa yang penting, saya mahu membantu dalam mendorong mereka untuk berjaya,” 
katanya ketika ditemui selepas menerima watikah pelantikan sebagai Duta 
Akademik GPMS daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di 
sini hari ini.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan buku Diari Nadiah yang 
merupakan catatan peribadi pelajar itu sejak berusia tujuh tahun.
Nadiah Amirah berkata, dia akan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjayakan 
penjelajahannya ke seluruh negara bersama GPMS bermula 27 Mac ini untuk bertemu 
dan berkongsi resipi kejayaan dengan pelajar lain.
Dia dan keluarga berterima kasih kepada GPMS kerana memberi peluang kepadanya 
untuk terlibat sama dalam usaha membangunkan pendidikan negara khususnya di 
kalangan anak-anak Melayu.
"(Pelantikan) ini adalah satu penghargaan kepada saya dan sekeluarga, dan saya 
sangat bersedia untuk berkongsi kejayaan dengan pelajar-pelajar lain,” katanya 
yang bercita-cita untuk menjadi ahli farmasi suatu hari nanti.
Mengenai Diari Nadiah, pelajar itu memberitahu, tulisannya dalam buku itu 
banyak menceritakan pengalamannya sebagai murid dan pelajar serta bagaimana dia 
memotivasikan diri sendiri untuk berjaya dalam pelajaran.
Katanya, dia berharap penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak dapat membantu 
pelajar lain untuk meningkatkan motivasi diri dan berusaha bersungguh-sungguh 
mengejar kejayaan.
“Mesej yang jelas dalam diari ini ialah pengalaman dan keadaan sekeliling 
sebenarnya boleh membantu kita belajar dan memahami sesuatu, termasuklah dalam 
soal-soal pembelajaran,” katanya.


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, 10 April, 2007 9:44:20 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan dibidas tidak 
iktirafkecemerlangan Siti Fatimah

Cek rasa, Encik Abd Mutalib kita mungkin tersilap faham; depa bukan 
mempolitikkan kisah adik Siti Fatimah, hanya menyatakan yang benar.

Yang telah cek fahami, adik Siti itu bersekolah di sekolah bukan tajaan 
pemerintah. Walaupun demikian, keputusan yang dia dapati mengatasi sekolah 
pemerintah. Ini yang memalukan pemerintah. Disebab itulah mereka keluarkan 
kenyataan bahawa tiada pelajar terbaik untuk peperiksaan tahun 2006.Maka, 
pemerintah lah yang mempolitikkan kisah ini, bukan sebaliknya.

Dari pandangan cek lah, jika ada terdapat unsur politik dari pihak kerajaan 
Kelantan atau PAS, ianya semata untuk memperjuangkan hak adik Siti, salahkah 
itu? Salahkah jika kita memperjuangkan yang benar?



From:"Abd Mutalib Ibrahim" 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan dibidas tidak 
iktirafkecemerlanga n Siti Fatimah


Jangan politikkan cerita pasal Siti Fatimah ni.
Kesian dia.
Dia budak lagi. Jangan kalutkan fikiran dia pasal soalan politik.
Carilah cerita lain. 

>>> syed dahij 06/04/2007 08:19:32 >>>
Kerajaan dibidas tidak iktiraf kecemerlangan Siti Fatimah Roy Rasul 
Mon | Apr 02, 07 | 05:22:50 PM KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) * Ismail Noh (PAS * 
Pasir Mas) membidas kerajaan pusat kerana tidak mengisytihar kecemerlangan Siti 
Fatimah Mukhtar yang menjadi pelajar terbaik SPM 2006 semata-mata kerana 
pelajar tersebut adalah pelajar dari Sekolah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) 
Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata Siti Fatimah mendapat 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran 
Malaysia 2006 dan merupa pelajar terbaik di negara ini.

"Jangan disebabkan kamu marah kepada satu kaum atau satu puak maka kamu tidak 
berlaku adil, sepatutnya hendaklah kamu bertindak adil kepada mereka kerana 
adil itu membawa ketakwaan kepada Allah Taala," katanya sambil membaca sepotong 
hadis dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan 
Zainal Abidin di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, tidak adil kecemerlangan Siti Fatimah tidak diisytihar disebabkan 
pelajar berkenaan adalah daripada Sekolah Agama Yayasan Kelantan.

Katanya yang hak mesti dikata hak dan katakanlah walaupun pahit.

"Jangan marah, kerana PAS memerintah negeri Kelantan maka tidak diisytiharkan 
Fatimah sebagai pelajar terbaik. Ini tidak adil, di mana ketelusannya, " 
katanya.

Tambahan pula katanya, dalam titah ucapan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong 
ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal keempat, parlimen ke-11 pada 19 
Mac lalu mengajak masyarakat supaya muhasabah.

Selain itu beliau turut menyentuh mengenai banjir luar biasa yang berlaku di 
Johor pada penghujung tahun lepas yang mana katanya sepatutnya banjir tersebut 
melanda negeri-negeri sebelah Pantai Timur termasuk Kelantan.

Oleh kerana itu katanya, rakyat tidak boleh berangan-angan tinggi sangat 
sebaliknya mesti akur dengan ketentuan Allah SWT. - mks.





The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from 
your Internet provider.



      ___________________________________________________________ 
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your free account today 
http://uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http://uk.docs.yahoo.com/mail/winter07.html 

Kirim email ke