Encik Mutalib, bak kata anak muda la ni: "Gua caya sama lu".
Cek kata ni bukan apa, cek gemar pada gaya budibicara Encik Mutalib. Tabik!
wrote:From:"Abd Mutalib Ibrahim"
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan dibidas tidak
Kalau macam tu kita tengok tahun depan, ada tak akhbar menyiarkan berita
tentang pelajar terbaik tahun 2007. Kalau ada, memang sah ini cerita
politik sebab kerajaan pusat mahu menafikan kebolehan kerajaan negeri
Kelantan dalam bidang pendidikan.
>>> Amir Hamzah 10/04/2007 21:44:20 >>>
Cek rasa, Encik Abd Mutalib kita mungkin tersilap faham; depa bukan
mempolitikkan kisah adik Siti Fatimah, hanya menyatakan yang benar.
Yang telah cek fahami, adik Siti itu bersekolah di sekolah bukan tajaan
pemerintah. Walaupun demikian, keputusan yang dia dapati mengatasi
sekolah pemerintah. Ini yang memalukan pemerintah. Disebab itulah mereka
keluarkan kenyataan bahawa tiada pelajar terbaik untuk peperiksaan tahun
2006.Maka, pemerintah lah yang mempolitikkan kisah ini, bukan
sebaliknya.
Dari pandangan cek lah, jika ada terdapat unsur politik dari pihak
kerajaan Kelantan atau PAS, ianya semata untuk memperjuangkan hak adik
Siti, salahkah itu? Salahkah jika kita memperjuangkan yang benar?
From:"Abd Mutalib Ibrahim"
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan dibidas tidak
iktirafkecemerlanga n Siti Fatimah
Jangan politikkan cerita pasal Siti Fatimah ni.
Kesian dia.
Dia budak lagi. Jangan kalutkan fikiran dia pasal soalan politik.
Carilah cerita lain.
>>> syed dahij 06/04/2007 08:19:32 >>>
Kerajaan dibidas tidak iktiraf kecemerlangan Siti Fatimah
Roy Rasul
Mon | Apr 02, 07 | 05:22:50 PM KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) * Ismail
Noh (PAS * Pasir Mas) membidas kerajaan pusat kerana tidak mengisytihar
kecemerlangan Siti Fatimah Mukhtar yang menjadi pelajar terbaik SPM 2006
semata-mata kerana pelajar tersebut adalah pelajar dari Sekolah Agama
Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu, Kelantan.
---------------------------------
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your freeaccount today.