Kalau macam tu kita tengok tahun depan, ada tak akhbar menyiarkan berita
tentang pelajar terbaik tahun 2007. Kalau ada, memang sah ini cerita
politik sebab kerajaan pusat mahu menafikan kebolehan kerajaan negeri
Kelantan dalam bidang pendidikan.
>>> Amir Hamzah 10/04/2007 21:44:20 >>>
Cek rasa, Encik Abd Mutalib kita mungkin tersilap faham; depa bukan
mempolitikkan kisah adik Siti Fatimah, hanya menyatakan yang benar.
Yang telah cek fahami, adik Siti itu bersekolah di sekolah bukan tajaan
pemerintah. Walaupun demikian, keputusan yang dia dapati mengatasi
sekolah pemerintah. Ini yang memalukan pemerintah. Disebab itulah mereka
keluarkan kenyataan bahawa tiada pelajar terbaik untuk peperiksaan tahun
2006.Maka, pemerintah lah yang mempolitikkan kisah ini, bukan
sebaliknya.
Dari pandangan cek lah, jika ada terdapat unsur politik dari pihak
kerajaan Kelantan atau PAS, ianya semata untuk memperjuangkan hak adik
Siti, salahkah itu? Salahkah jika kita memperjuangkan yang benar?
From:"Abd Mutalib Ibrahim"
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan dibidas tidak
iktirafkecemerlangan Siti Fatimah
Jangan politikkan cerita pasal Siti Fatimah ni.
Kesian dia.
Dia budak lagi. Jangan kalutkan fikiran dia pasal soalan politik.
Carilah cerita lain.
>>> syed dahij 06/04/2007 08:19:32 >>>
Kerajaan dibidas tidak iktiraf kecemerlangan Siti Fatimah
Roy Rasul
Mon | Apr 02, 07 | 05:22:50 PM KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) * Ismail
Noh (PAS * Pasir Mas) membidas kerajaan pusat kerana tidak mengisytihar
kecemerlangan Siti Fatimah Mukhtar yang menjadi pelajar terbaik SPM 2006
semata-mata kerana pelajar tersebut adalah pelajar dari Sekolah Agama
Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu, Kelantan.
Beliau berkata Siti Fatimah mendapat 17 A1 dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2006 dan merupa pelajar terbaik di negara ini.
"Jangan disebabkan kamu marah kepada satu kaum atau satu puak maka
kamu tidak berlaku adil, sepatutnya hendaklah kamu bertindak adil kepada
mereka kerana adil itu membawa ketakwaan kepada Allah Taala," katanya
sambil membaca sepotong hadis dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang
DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, tidak adil kecemerlangan Siti Fatimah tidak diisytihar
disebabkan pelajar berkenaan adalah daripada Sekolah Agama Yayasan
Kelantan.
Katanya yang hak mesti dikata hak dan katakanlah walaupun pahit.
"Jangan marah, kerana PAS memerintah negeri Kelantan maka tidak
diisytiharkan Fatimah sebagai pelajar terbaik. Ini tidak adil, di mana
ketelusannya, " katanya.
Tambahan pula katanya, dalam titah ucapan Seri Paduka Yang DiPertuan
Agong ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal keempat, parlimen
ke-11 pada 19 Mac lalu mengajak masyarakat supaya muhasabah.
Selain itu beliau turut menyentuh mengenai banjir luar biasa yang
berlaku di Johor pada penghujung tahun lepas yang mana katanya
sepatutnya banjir tersebut melanda negeri-negeri sebelah Pantai Timur
termasuk Kelantan.
Oleh kerana itu katanya, rakyat tidak boleh berangan-angan tinggi
sangat sebaliknya mesti akur dengan ketentuan Allah SWT. - mks.
---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address
from your Internet provider.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.